Feri Ke Tanjung Balai Dari Kukup: Jadual & Harga Tiket

Feri ke Tanjung Balai dari Kukup Johor harga tiket dari RM100 untuk penumpang dewasa dan RM 70.00 untuk penumpang kanak-kanak . Destinasi ini agak popular dan ramai pengunjung melawat Karimun dari Termina Feri Kukup.

Sebelum ini kami pernah menulis sedikit maklumat umum mengenai perkhidmatan ferry ke Batam dari Stulang Laut di Johor.

Ianya berguna kepada mereka yang merancang untuk melawat Batam.

Kali ini kami ingin kongsi sedikit info mengenai harga tiket dan jadual ferry ke destinasi tersebut dari Terminal Feri Kukup di Johor.

Penumpang boleh book tiket feri online ke Tanjung Balai >> DI SINI

Ada sesiapa pernah melawat Tanjung Balai yang terletak di Karimun, Indonesia?

Tarikan pelancong di tanjung balai karimun

Tempat ini sangat popular untuk pantai- pantai cantik seperti Pantai Gading, Pantai Pahlawan serta Pantai Pongkar.

Cara yang paling mudah dan murah untuk mengunjungi Tanjung Balai ialah dengan menggunakan perkhidmatan feri. Senang dan lebih murah.

Pelancong boleh mangambil feri dari Terminal Feri Antarabangsa Kukup yang terletak di Johor.

Terminal ini terletak di perkampungan nelayan di daerah Pontian dan hanya 40 km jauh dari Johor Bahru.

Pelancong yang singgah di kawasan berdekatan terminal ini boleh mengambil kesempatan untuk mengunjungi Taman Negara Kukup yang terkenal untuk binatang liar seperti monyet, ikan belacak dan babi hutan.

Feri Ke Tanjung Balai Dari Kukup Johor

Antara syarikat popular yang menawarkan perkhidmatan feri dari Kukup ke destinasi tersebut ialah Feri Kukup.

Syarikat ini merupakan sebuah syarikat tempatan yang disediakan khas untuk menawarkan perkhidmatan feri dari Johor ke Indonesia.

Antara feri yang menyediakan perkhidmatan dari Terminal Feri Kukup ke destinasi ini ialah MV Tuah 1, Mv Tuah 2, Ocean Indoma dan Marina Baru 5

Syarikat ini turut menawarkan perjalanan sehala dan pergi-balik (return) dan penumpang boleh memilih perjalanan mereka mengikut kesesuaian mereka.

Pastikan anda membaca artikel ini untuk mendapatkan maklumat berkaitan harga tiket feri, jadual feri serta maklumat- maklumat lain yang berguna.

Harga Tiket & Jadual Feri

Para penumpang boleh menempah tiket feri untuk sehala atau pergi- balik sekali. Anda dinasihatkan untuk menempah terus tiket dua hala bagi mengelakkan masalah kehabisan tiket. Bagi mereka yang tidak pasti dengan tarikh pulang balik dari Tanjung Balai, anda digalakkan untuk menempah tiket sehala.

Harga Tiket Ferry

Berikut merupakan harga tambang feri yang telah ditawarkan untuk perjalanan dari Terminal Feri Kukup:

  • Sehala : RM 100 (dewasa)/ RM 70 (kanak- kanak)
  • Dua hala: RM 125 (dewasa)/ RM 85 (kanak- kanak)

Jadual Feri

Syarikat Feri Kukup beroperasi pada setiap hari dengan menawarkan perkhidmatan feri sebanyak empat kali sehari. Jarak perjalanan dari Terminal Feri Kukup ke destinasi ini ialah sejauh 37 km. Biasanya, masa diambil untuk sampai ke destinasi pilihan ialah dalam 2 jam.

Berikut merupakan jadual perjalanan feri di Terminal Feri Kukup:

  • Dari Kukup ke Tanjung Balai: 9:00 am, 11:00 am, 2:00 pm dan 5:00 pm.
  • Dari Tanjung Balai ke Kukup: 8.00 am, 10.00 am, 12.00 pm dan 2.30 pm.

Cara Book Tiket Feri

Penumpang mempunyai dua pilihan untuk membeli tiket iaitu secara online atau membeli secara manual.

Kaedah paling senang ialah menempah tiket secara online kemudian redeem tiket di Terminal Kukup sebelum menaiki feri.

Penempahan secara online bukan sahaja memudahkan urusan malah turut menjamin tiket serta menjimatkan masa.

Keburukan membeli tiket secara manual ialah anda tidak dapat menjamin tiket sekiranya tiket habis dijual.

Cuba bayangkan situasi beratur berpanjangan di kaunter semata- mata untuk membeli tiket, kemudian tiket habis?

Lebih baik anda menempah tiket di online, di mana penumpang boleh memilih tarikh serta masa perjalanan mengikut kesesuaian.

Bagi yang berminat, anda boleh menempah tiket di Easybook.com. Ia merupakan sebuah portal penempahan tiket online terbesar di Malaysia.

Lokasi & Kemudahan Di Terminal Feri Kukup

Sebelum itu, ini ada sedikit maklumat mengenai lokasi dan cara untuk pergi ke Terminal Ferry Kukup di Johor berserta kemudahan-kemudahan yang disediakan untuk penumpang feri ke Tanjung Balai.

Kemudahan Di Terminal Feri Kukup

Bangunan di terminal ini mempunyai kemudahan seperti kaunter membeli tiket, kaunter pertukaran mata wang serta laluan beratur.

Selain itu, restoran- restoran makanan di sini menyediakan pelbagai juadah tempatan untuk penumpang dan makanan yang paling popular ialah masakan laut.

Bagi mereka yang ingin membeli minuman atau makanan ringan, anda boleh singgah di mini market di sini.

Kemudahan lain seperti tandas dan pondok berehat turut disediakan untuk keselesaan dan kemudahan penumpang.

Lokasi Terminal Ferry Kukup

Orang tempatan serta pelancong asing boleh pergi ke Terminal Feri Kukup menggunakan pelbagai jenis pengangkutan yang disediakan di sekitar tempat tersebut.

Bagi yang datang dari Terminal Bas Larkin, anda boleh menggunakan perkhidmatan bas disediakan ke Pontian.

Untuk pengetahuan anda, perkhidmatan bas disediakan untuk setiap 15 minit.

Setelah sampai ke Pontian, ambil bas bernombor 605 untuk sampai ke Kukup. Selain bas, anda turut boleh menggunakan perkhidmatan lain seperti teksi, atau grab.

Bagi yang memandu kenderaan sendiri, anda boleh meletakkan kenderaan di tempat parkir disediakan di Terminal Feri Kukup.

Maklumat Perhubungan

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi nombor telefon di bawah untuk info lanjut.
Nombor telefon: +607-696 0666
Alamat: Terminal Feri Antarabangsa Kukup, Jalan Kukup Laut, 82300, Kukup, Pontian, Johor, Malaysia.

Hotel Terdekat di Terminal Tanjung Balai

Berikut merupakan beberapa hotel yang terdekat dengan Terminal Feri Tanjung Balai. Anda boleh boleh membuat booking hotel melalui portal-portal terkenal seperti Trivago.

1. Hotel Maximillian

Hotel ini menawarkan kemudahan yang selesa dan berciri moden kepada para pelanggan.

Pelanggan boleh mengakses WiFi percuma di sini. Kemudahan lain yang turut ditawarkan ialah TV, pendingin hawa, minibar, karaoke dan sauna.

Untuk pengetahuan anda, Pantai Pongkar dan Pantai Pahlawan sangat berdekatan dengan hotel ini. Pelancong boleh sampai ke sana dalam 45 minit dengan memandu. Kadar bayaran bermula dari RM 131 per malam.

2. Hotel Aston Karimun City

Hotel ini memiliki kemudahan seperti kolam renang, WiFi percuma dan tempat parkir untuk pelanggan yang membawa kenderaan sendiri.

Setiap bilik menawarkan kemudahan seperti TV, pendingin hawa , minibar, cerek elektrik dan lain- lain.

Hotel ini turut menawarkan hidangan Barat serta Asia untuk pelanggan. Harga untuk per malam bermula dari RM 199.

3. Hotel H3

Hotel ini menawarkan perkhidmatan untuk harga yang murah. Harga untuk sebilik per malam bermula dari RM 59.

Antara kemudahan yang disediakan ialah WiFi percuma dan TV berkabel. Sarapan pagi halal turut disediakan untuk pelanggan.

Semoga sedikit informasi mengenai jadual dan harga tiket feri ke Tanjung Balai dari Kukup Johor ini bermanfaat kepada anda. Melancong itu baik untuk menambah pengetahuan, pengalaman dan rehatkan diri dan minda.