Tawaran Biasiswa IJM Scholarship 2024 Pelajar Lepasan SPM STPM
Tawaran Biasiswa IJM Scholarship 2024 untuk pelajar lepasan SPM STPM kembali lagi tahun ini. Pelajar yang berminat dan berkelayakan boleh semak dahulu syarat kelayakan permohonan tajaan pendidikan ini.
Sebelum ini kami ada menulis mengenai peluang biasiswa dari Top Glove, Gamuda dan Yayasan Tenaga Nasional (YTN).
Permohonan Biasiswa IJM
Pelajar yang mengambil kursus dalam senarai di bawah dipelawa untuk memohon.
- Civil Engineering
- Electrical Engineering
- Mechanical Engineering
- Quantity Surveying
- Architecture
- Economics
- Building Surveying / Construction Management
- Business Analytics / Data Science
- Business Administration
- Human Resource Management
- Maritime Operation Management
- Science Logistics / Transportation Management
- Property / Real Estate / Urban Planning
- Environmental Science and Sustainability
- Information Technology / Software Engineering
- Marketing / Communication
Pelajar yang memenuhi kriteria boleh menghantar terus permohonan mereka secara online.
Permohonan yang telah disenarai pendek biasanya akan dihubungi untuk sesi tapisan seterusnya.
Syarat Kelayakan
Sila semak syarat kelayakan di bawah sebelum memohon.
- Berumur tidak melebihi 21 tahun
- Sedang menunggu tawaran pengajian sepenuh masa untuk kursus bachelor degree di universiti tempatan
- Mempunyai pencapaian akademik seperti di bawah
- Minimum 5A SPM termasuk Matematik, Matematik Tambahan dan Fizik / O’Level
- Minimum 3A di peringkat STPM (mesti lulus Pengajian Am) / Matrikulasi / A-Level / Diploma atau yang setaraf
- Penguasaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu yang baik menulis dan bertutur
- Aktif dalam bidang sukan dan ko-kurikulum
- Benar-benar perlukan biasiswa
- Belum mendapat sebarang tajaan dari mana-mana pihak
Rujuk gambar di bawah untuk syarat kelayakan lebih terperinci seperti mana yang ada di laman website rasmi penaja.
Jika anda perlukan maklumat lebih terperinci mengenai kriteria kelayakan memohon, bolehlah menghubungi pihak IJM terus secara langsung.
Cara Memohon
Seperti yang telah disebut tadi, pelajar yang berminat dan layak boleh membuat permohonan melalui online di portal khas yang disediakan.
LINK: https://www.ijm.com/ijm-scholarship
Silalah menghantar permohonan anda dengan segera sebelum tarikh tutup.
Selepas melengkapkan semua maklumat yang diperlukan dalam borang online tersebut, bolehlah submit untuk menghantar permohonan anda.
GROUP HUMAN RESOURCES
IJM Corporations Berhad
Location: Wisma IJM, Jalan Yong Shook Lin,
46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Email: hr_scholarship@ijm.com
Phone +603-79858288
Fax +603-79529388
IJM Scholarship Interview (Temuduga)
Pelajar yang berjaya atau tersenarai pendek akan dihubungi untuk sesi IJM scholarship interview. Anda kenalah bersedia untuk berhadapan dengan sesi tersebut.
Ianya adalah cabaran terbesar dalam melengkapkan dan menentukan sama ada anda berpeluang mendapat tajaan pelajaran tersebut atau sebaliknya.
Di peringkat ini sangat penting kerana, pernilaian ke atas pemohon dibuat dan prestasi anda semasa interview sangatlah penting.
Ramai orang kata peringkat ini 50% sudah berada di tangan anda, dan jika anda cemerlang semasa interview biasiswa itu akan menjadi milik anda.
Persediaan yang rapi akan meningkatkan peluang anda. Anda boleh baca tips menghadiri temuduga biasiswa untuk persediaan.
Buatlah persediaan dengan sepenuhnya, ini adalah masa depan anda. Sesi temuduga biasiswa IJM ini tidak boleh dipandang ringan.
Peluang Biasiswa Dari Sumber Lain
Selain biasiswa yang ditawarkan ini, salah satu yang amat popular ialah biasiswa Gamuda.
Sepertimana biasiswa korporat yang lain, penerima biasiswa ini akan ditawarkan pekerjaan dengan syarikat tersebut sebaik tamat pengajian.
Sebenarnya ada banyak peluang biasiswa di luar sana. Terpulang kepada pelajar untuk cuba memohon.