Diploma Perakaunan Syarat Kelayakan & Kerjaya
Diploma Perakaunan (Accounting / Accountancy) syarat kelayakan dan peluang kerjaya masa depan untuk graduan dalam bidang tersebut. Masa selepas SPM adalah masa di mana biasanya pelajar akan memikirkan hala tuju yang seterusnya demi masa hadapan yang lebih cerah.
Biasanya ramai pelajar yang merancang untuk melanjutkan pelajaran sebelum memasuki alam pekerjaan.
Adakah anda antara pelajar yang sedang merancang untuk melanjutkan pelajaran? Jika iya apakah bidang yang bakal anda pilih?
Sebenarnya pemilihan bidang dalam melanjutkan pelajaran adalah sangat penting. Sebelum ini kami ada menulis sedikit informasi mengenai Diploma Penguatkuasaan Undang-Undang, Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Seni Kulinari.
Anda boleh ambil masa membacanya untuk meluaskan pengetahuan anda dalam pemilihan bidang kerjaya masa depan anda.
Info Berkaitan: Senarai Biasiswa Pelajar Lepasan SPM / STPM Di Malaysia.
Dalam memilih bidang anda, pastikan anda mempunyai minat dalam bidang tersebut dan potensi bidang tersebut dalam memberikan anda peluang kerjaya yang luas di masa hadapan.
Perlulah diingatkan pemilihan bidang yang salah hanya akan membazirkan masa anda dan kemungkinan besar tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada anda.
Bagi mereka yang masih tidak tahu ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang apa, jangan risau, kali ini kami akan kongsikan kepada anda satu bidang yang sangat popular dalam kalangan pelajar.
Bukan itu sahaja peluang pekerjaan yang sangat luas dalam bidang ini juga mungkin akan menarik minat anda untuk mengambilnya.
Bidang tersebut adalah Diploma perakaunan yang pastinya selalu menjadi pilihan pelajar-pelajar di luar sana.
Berikut adalah sedikit informasi berkaitan bidang pengajian ini bagi menjelaskan lagi kepada anda berkenaan diploma tersebut.
Apa Itu Diploma Perakaunan?
Program pengajian ini adalah satu program ataupun bidang yang sangat popular menjadi pilihan pelajar, terutamanya pelajar lepasan SPM.
Diploma ini juga ditawarkan di pelbagai IPT seluruh Malaysia sama ada di universiti awam atau universiti swasta bahkan sehingga ke luar negara.
Ini kerana permintaan yang luas bagi kerjaya yang berkaitan dengan bidang perakaunan dalam dan luar Malaysia.
Tahukah anda, perakaunan sebenarnya merupakan pengukuran, pendedahan atau peruntukan kepastian mengenai maklumat yang membantu dalam pengurus serta orang lain yang membuat keputusan perniagaan bagi membuat keputusan mengenai peruntukan sumber.
Diploma dalam bidang perakaunan ini menyediakan pelajar bagi memasuki alam pekerjaan kelak sebagai pengamal perakaunan pada peringkat profesional.
Dalam bidang ini juga pelajar akan mempelajari segala asas-asas perakaunan bagi membolehkan pelajar menyediakan penyata kewangan yang lengkap.
Penyata kewangan yang lengkap tersebut adalah seperti kunci kira-kira, penyata pendapatan, penyata ekuiti pemilik serta penyata aliran tunai.
Bukan itu sahaja, pelajar juga dapat mempelajari cara untuk menyediakan Analisa mengenai prestasi kewangan sesebuah entiti perniagaan yang sememangnya banyak diperlukan kini.
Ramai pelajar dari bidang perakaunan diperlukan dan permintaannya semakin meningkat dari semasa ke semasa sejajar dengan pelbagai jenis perniagaan yang mula berkembang di pelbagai negara terutamanya negara Malaysia.
Matlamat Program
Diploma ini ditawarkan bagi memberi pelajar pengetahuan beserta dengan kemahiran yang relevan untuk menjadi lebih profesional dalam bidang perakaunan.
Bukan itu sahaja, program ini juga bagi melahirkan pelajar yang profesional dalam peringkat kemasukan dalam industri perakaunan atau kewangan.
Dengan adanya program pengajian dalam bidang ini maka semakin ramai graduan yang berpotensi dalam bidang perakaunan yang mempunyai pengetahuan mengenai akaun, pengauditan, percukaian dan kewangan.
Graduan-graduan tersebut akan diperlukan untuk mengisi kekosongan dalam bidang perakaunan yang semakin berkembang pesat terutamanya di dalam Malaysia di samping meningkatkan kemajuan Malaysia dalam bidang perakaunan dan kewangan.
Syarat Kelayakan
Berikut adalah syarat-syarat yang diperlukan bagi melayakkan anda mengikuti pengajian dalam bidang tersebut.
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh keputusan sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga (3) mata pelajaran, iaitu termasuklah Matematik dan lulus Bahasa Inggeris.
Atau, - Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), dengan memperolehi keputusan sekurang-kurangnya PNGK 2.00 iaitu gred C dalam mana-mana subjek.
Dan,
Kredit dalam subjek matematik serta lulus Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.
Atau, - Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya gred Maqbul (lulus).
Dan,
Kredit dalam matematik serta lulus Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.
Atau, - Lulus SKM tahap 3 dalam bidang yang berkenaan serta lulus SPM dengan minimum 1 kredit dalam mana-mana subjek dengan kredit bagi subjek matematik dan lulus Bahasa Inggeris.
Atau, - Lulus O-level dengan memperoleh sekurang-kurangnya Gred C dalam tiga (3) mata pelajaran termasuklah matematik serta lulus Bahasa Inggeris.
Atau, Kelayakan dan sijil lain yang diiktiraf setara dengannya oleh kerajaan Malaysia.
Jika anda menepati mana-mana kriteria yang terdapat di atas jangan lepaskan peluang anda untuk mendaftar bagi program ini.
Tempoh Dan Anggaran Yuran Pengajian
Bagi diploma perakaunan biasanya tempoh pengajian untuk program diploma dalam bidang tersebut adalah 2 tahun hingga 2 tahun setengah tempoh pengajian iaitu 4 hingga 8 semester.
Tempoh berkenaan adalah bergantung kepada setiap institusi yang menawarkannya.
Bagi yuran yang ditawarkan pula bergantung kepada jenis institusi tersebut sama ada swasta ataupun awam.
Untuk universiti awam seperti UITM biasanya akan menawarkan yuran pengajian berjumlah RM748 bagi semester pertama dan RM540 untuk semester yang seterusnya.
Yuran tersebut adalah secara umum sahaja dan mungkin berbeza dengan universiti awam yang lain.
Bagi universiti swasta pula biasanya akan menawarkan yuran pengajian sekitar RM21,000 untuk keseluruhan pengajian.
Yuran ini juga adalah bergantung dan mungkin berbeza dengan setiap universiti swasta yang menawarkan program tersebut.
Senarai Institusi Menawarkan Program Perakaunan
Terdapat pelbagai institusi yang menawarkan jurusan perakaunan di Malaysia, bukan sahaja institusi awam malahan institusi swasta juga ada menawarkannya.
Berikut kami kongsikan kepada anda beberapa senarai institusi awam dan swasta yang menawarkan jurusan perakaunan bagi memudahkan anda membuat pilihan.
Universiti Awam
- Universiti Utara Malaysia
- Universiti Teknologi MARA
- Universiti Teknologi Malaysia
- Universiti Putra Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia
- Universiti Malaya
- Universiti Sains Malaysia
- Universiti Malaysia Sarawak
- Universiti Islam Antarabangsa
- Universiti Tun Hussien Onn Malaysia
Universiti Swasta
- Universiti Tenaga Nasional
- Adorna Institute Of Technology
- Institut Teknologi Pertama
- Inti College
- Kolej IKRAM
- L&G – Twintech Institute Of Technology
- Sepang Institute Of Technology
- Kolej Tunku Abdul Rahman
- Cosmopoint College
Sebenarnya ada banyak IPT yang menawarkan bidang tersebut. Terpulang kepada anda untuk memilih IPT yang sesuai, dan terdekat dengan anda.
Peluang Kerjaya
Untuk pengetahuan anda bidang perakaunan menjadi pilihan kepada ramai pelajar kerana peluang kerjaya dalam jurusan tersebut yang sangat luas di Malaysia.
Jika anda merupakan pelajar dalam bidang perakaunan, berikut adalah antara bidang kerjaya yang boleh anda ceburi setelah tamat pengajian kelak.
A. Juru Audit
Antara skop kerja bagi jawatan pengauditan ini adalah seperti tugas memeriksa perakaunan serta penyata kewangan dalam perniagaan atau organisasi yang berkenaan.
B. Penganalisis bajet
Tugas bagi seorang pengurus bajet adalah dalam hal-hal menguruskan pelan kewangan sesebuah organisasi ataupun perniagaan.
Bagi bidang kerjaya penganalisis bajet, ia memerlukan kemahiran kuantitatif kerana ia melibatkan tugas rundingan.
C. Akauntan Kewangan
Skop kerja bagi Akauntan kewangan adalah dalam hal-hal merujuk maklumat dari lejar am untuk menyediakan penyata kewangan dan sebagainya.
Selain itu akauntan kewangan juga bertanggungjawab dalam mengambil bahagian dalam keputusan penting perniagaan termasuklah perancangan serta unjuran kewangan jangka Panjang.
D. Akauntan Cukai
Akauntan cukai bertanggungjawab dalam menyediakan penyata cukai pendapatan sektor korporat dan peribadi yang berkenaan.
Akauntan cukai juga akan menyediakan strategi untuk mengurangkan cukai.
Berikutlah antara peluang kerjaya dalam jurusan perakaunan, sebenarnya terdapat pelbagai lagi peluang kerjaya yang anda dapat ceburi dalam bidang perakaunan kerana permintaannya yang luas.
Pelajar dalam bidang ini adalah antara program yang mejadi pilihan ramai pelajar di Malaysia.
Bukan sahaja kerana struktur pengajiannya yang menarik tapi juga kerana peluang kerjaya yang luas dalam bidang tersebut.
Semoga sedikit informasi berkenaan syarat kelayakan dan peluang kerjaya diploma perakaunan ini memberi manfaat kepada pelajar-pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran kelak.