Harga Tiket Bas Alor Setar Ke Kota Bharu Dari RM 38.50 Book Online

Harga tiket bas dari Alor Setar ke Kota Bharu, Kelantan kini dari RM38.50. Anda boleh semak jadual bas ke Kota Bharu dan book tiket secara online.

Sekarang ini ada banyak portal yang menyediakan perkhidmatan tempahan tiket bas secara atas talian.

Antara yang popular di Malaysia ialah EasyBook.com

READ: Panduan Book Tiket Bas Online Dan Dapat Diskaun

Syarikat Bas Dari Alor Setar Ke Kelantan

Terdapat beberapa syarikat bas yang menawarkan servis bas ekspres dari Terminal bas Alor Setar Shahab Perdana ke Kota Bharu, Kelantan.

Senarai syarikat bas express yang beroperasi menghubungkan kedua-dua destinasi ini.

Jadual Bas

Untuk semakan jadual bas dengan mudah, seperti dah bagi tahu tadi gunakan apps atau portal online.

Jika anda gunakan portal Easybook.com paparan jadual bas untuk destinasi tersebut anda akan dapat maklumat jadual bas seperti di bawah.

  • Sani Express – 10:00:00 22:30:00 (Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat)
  • Perdana Express – 10:00:00 22:00:00 (Sun Mon Tue Thu Fri Sat)
  • Queen Express – 10:00:00 22:00:00 (Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat)
  • Ekspres Mutiara – 10:00:00 22:00:00 (Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat)
  • Pancaran Matahari – 10:00:00 22:00:00 (Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat)

Untuk pengetahuan anda, bas beroperasi dari Alor Setar ke Kota Bharu pada setiap hari. Sebanyak 6 trip bas setiap hari.

Jumlah masa diambil untuk sampai ke Kota Bharu ialah dalam 7 jam 45 minit.

Masa perjalanan boleh menjadi lama ketika musim perayaan dan keadaan trafik teruk. Jumlah jarak perjalanan bagi laluan Alor Setar – Kota Bharu ialah dalam 368 km.

Harga Tiket

Berikut merupakan senarai harga tiket bas bagi laluan perjalanan Alor Setar – Kota Bahru. Tambang bas ditawarkan bergantung pada jenis operator bas serta kualiti perkhidmatan disediakan untuk penumpang.

Di samping itu, harga tiket boleh berubah ketika musim perayaan dan promosi. Kadang- kadang, sesetengah syarikat bas menawarkan promosi serta diskaun tambang bas.

Sebab itu, penumpang dinasihatkan agar rajin menyemak laman penempahan tiket agar tidak tertinggal sebarang promosi tiket.

  • Konsortium E- Mutiara – RM 39.50
  • Pancaran Matahari Express – RM 48.00
  • Perdana Express – RM 39.50
  • Sani Express – RM 38.50
  • Queen Express – RM 39.50

Harga tambang bas ini bergantung kepada perubahan semasa. Ianya boleh menjadi lebih mahal pada masa-masa tertentu seperti semasa perayaan di mana berlaku pergerakan penumpang besar-besaran secara tiba-tiba.

Book Tiket Bas

Tiket bas boleh ditempah dengan begitu mudah menggunakan laman web penempahan tiket. Kini, terdapat beberapa platform penempahan tiket yang khas dibina untuk penumpang.

Antara yang digemari oleh penumpang ialah  easybook.com dan busonlineticket.com.

Penumpang boleh melakukan pembayaran menggunakan beberapa opsyen ditawarkan. Antaranya ialah dengan menggunakan kad kredit, kad debit, Alipay serta perbankan online melalui FPX.

Penumpang turut boleh membeli tiket secara terus dari Terminal Bas Alor Setar.

Cuma perlu beratur berpanjangan dan mungkin boleh menghadapi masalah tiket habis.

Oleh sebab itu, penumpang dinasihatkan agar menempah tiket di atas talian. Cepat, selamat dan menjimatkan masa.