Bas Alor Setar Ke Kelantan Jadual & Harga Tiket Bas

Bas Alor Setar ke Kelantan. Ingin pergi ke Kota Bharu, Kelantan dari Alor Setar, Kedah? Kenapa tidak menggunakan perkhidmatan bas ekspres. Ramai yang kerja di Kedah nak balik Kelantan tak? Musim cuti-cuti nie bukan sahaja ramai balik kampung tetapi juga jalan-jalan ke negeri tersebut.

Tak kenal maka tak cinta, kata peribahasa orang dulu-dulu. Kalau kenal lebih banyak mengenai negeri tersebut sudah tentu ada banyak tarikan pengunjung di sana.

Berbaloi untuk dilawati.

Walaupun, kini sudah mempunyai kemudahan penerbangan yang lebih laju daripada bas ekspres, namun bas ekspres masih menjadi pilihan ramai orang.

Antara sebab utama ialah tambang bas ditawarkan lebih murah dan berpatutan serta perjalanan yang lebih selesa berbanding dengan penerbangan dalam kapal terbang.

Untuk makluman anda, penerbangan dari Alor Setar ke Kota Bharu bukan penerbangan berterusan.

Malah, penumpang dikehendaki berhenti di KLIA untuk menukar pesawat sebelum meneruskan perjalanan ke Kota Bharu.

Oleh sebab itu, ramai penumpang lebih gemar menaiki bas ekspres. Lebih- lebih lagi, anda boleh menikmati pemandangan yang indah ketika dalam perjalanan bas.

Syarikat Bas Dari Alor Setar Ke Kelantan

Terdapat beberapa buah syarikat yang menawarkan servis bas ekspres dari Alor Setar ke Kelantan. Sebenarnya ada banyak lagi, tetapi yang dalam senarai ini adalah yang agak popular dan menjadi pilihan ramai.

Senarai syarikat bas express yang beroperasi menghubungkan kedua-dua destinasi ini.

Jadual Bas

Untuk pengetahuan anda, bas beroperasi dari Alor Setar ke Kota Bharu pada setiap hari. Sebanyak 6 trip bas disediakan per hari.

Syarikat Konsortium E- Mutiara serta Sani Express hanya menyediakan satu trip bas bagi destinasi ini, dengan bas pertama beroperasi pada pukul 10.00 pagi.

Manakala, syarikat Pancaran Matahari Express dan Perdana Express menawarkan 2 trip bas per hari iaitu pada pukul 10.00 pagi dan 10.00 malam.

Selain itu, jumlah masa diambil untuk sampai ke Kota Bharu ialah dalam 7 jam 45 minit.

Masa perjalanan boleh menjadi lama ketika musim perayaan dan keadaan trafik teruk. Jumlah jarak perjalanan bagi laluan Alor Setar – Kota Bharu ialah dalam 361 km.

Harga Tiket

Berikut merupakan senarai harga tiket bas bagi laluan perjalanan Alor Setar – Kota Bahru. Tambang bas ditawarkan bergantung pada jenis operator bas serta kualiti perkhidmatan disediakan untuk penumpang.

Di samping itu, harga tiket boleh berubah ketika musim perayaan dan promosi. Kadang- kadang, sesetengah syarikat bas menawarkan promosi serta diskaun tambang bas.

Sebab itu, penumpang dinasihatkan agar rajin menyemak laman penempahan tiket agar tidak meninggalkan sebarang promosi tiket.

  • Konsortium E- Mutiara- RM 39.50
  • Pancaran Matahari Express- RM 45.00
  • Perdana Express- RM 39.50
  • Sani Express- RM 40.00

Harga tambang bas ini bergantung kepada perubahan semasa. Ianya boleh menjadi lebih mahal pada masa-masa tertentu seperti semasa perayaan di mana berlaku pergerakan penumpang besar-besaran secara tiba-tiba.

Book Tiket Bas

Tiket bas boleh ditempah dengan begitu mudah menggunakan laman web penempahan tiket. Kini, terdapat beberapa platform penempahan tiket yang khas dibina untuk penumpang.

Antara yang digemari oleh penumpang ialah  easybook.com dan busonlineticket.com.

Penumpang boleh melakukan pembayaran menggunakan beberapa opsyen ditawarkan. Antaranya ialah dengan menggunakan kad kredit, kad debit, Alipay serta perbankan online melalui FPX.

Penumpang turut boleh membeli tiket secara terus dari Terminal Bas Alor Setar.

Cuma perlu beratur berpanjangan dan mungkin boleh menghadapi masalah tiket habis.

Oleh sebab itu, penumpang dinasihatkan agar menempah tiket di atas talian. Cepat, selamat dan menjimatkan masa.

Harap sedikit informasi mengenai harga tiket dan jadual bas Alor Setar ke Kelantan, Kota Bharu ini bermanfaat kepada anda. Marilah bersama menyokong industri pengangkutan awam dalam negara kita.