Bas Ke Sandakan Jadual & Harga Tiket

Bas ke Sandakan dari Kota Kinabalu (KK). Bas ekspress adalah bas yang menjadi pilihan warga kota mahupun luar bandar. Penumpang akan menaiki bas untuk pergi ke tempat percutian ataupun balik kampung menziarahi keluarga. Biasanya pengguna memilih perkhidmatan bas kerana dua sebab; pertama kerana ingin menjimatkan kos perjalanan kenderaan sendiri ataupun memang tiada kenderaan sendiri.

Kali ini kami ingin cerita sedikit informasi umum mengenai perkhidmatan bas express yang menghubungkan dua destinasi utama di Sabah iaiti Kota Kinabalu dan Sandakan yang terletak di pantai timur Sabah.

Penumpang boleh book tiket bas secara online >> DI SINI

Kami bukan mahu bercakap tentang perkhidmatan bas itu, tetapi apa yang pernah ditanya kepada kami terutamanya. Ia berkait dengan perkhidmatan bas ekspress ke destinasi tersebut dari Kota Kinabalu.

Seperti yang kita tahu, Kota kinabalu ialah ibu negeri Sabah manakala Sandakan adalah antara bandar terbesar di negeri itu.

Jarak antara kedua dua bandar adalah lebih kurang 331 km dan mengambil masa selama lima jam untuk sampai ke destinasi. Memang agak lama duduk dalam bas. Apa kajian kami tentang perkhidmat bas ke destinasi tersebut?

Sebelum menjalankan kajian, kami telah melayari satu laman web bertemakan percutian di Google iaitu Rome2Rio. Laman ini dapat membantu anda dalam memberi maklumat tentang cara(kenderaan) anda boleh pergi ke lokasi. Contohnya bas, teksi, pesawat dan kereta sendiri. Anda boleh memilihnya sendiri.

Sebenarnya portal yang paling menarik untuk pilihan pengangkutan ke Sandakan ialah 12Go Asia. Anda boleh dapat maklumat harga tiket flight dan juga bas. Pilihan di tangan anda.

Jika anda lebih gemar guna bas express, applikasi online EasyBook.com adalah yang terbaik anda boleh gunakan untuk book tiket bas anda.

Cara beli tiket bas untuk ke Sandakan

Pertama sekali, anda perlu mengisi lokasi pertama iatu Kota Kinabalu dan lokasi destinasi iaitu Sandakan. Kemudian terus klik ‘Search’. Kemudian akan terpapar maklumat maklumat penting senarai jadual bas dan harga tiket. Terdapat pilihan untuk meneruskan destinasi seperti yang disebutkan tadi.

Selepas itu anda tinggal buat pilihan yang sesuai dengan badget dan jadual perjalanan anda.

Ya, ia juga termasuklah harga untuk setiap pilihan. Ramai juga bertanya tentang kos perjalanan yang agak jauh itu. Jika anda memilih untuk menaiki pesawat, jumlah maksimum yang perlu dibayar ialah RM799. Jika memilih bas, anda hanya perlu membayar sebanyak RM43.

Di situ akan diberi maklumat tentang perkhidmatan bas di Kota Kinabalu. Syarikat yang bertanggungjawab mengendali bas itu ialah Salam Bumimas Express, Sida Express dan Tung Ma Express.

Bas ini beroperasi dua kali dalam sehari antara Kota Kinabalu ke Sandakan. Anda perlu berada di North Bus Terminal Inanam untuk menaiki bas dari Kota Kinabalu. Anda boleh merujuk di salambumimas.com ataupun di email bintangjayaexpress@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Bagaimana dengan penempahan tiket? Jika anda tidak menggunakan applikasi online seperti Easybook, anda boleh buat tempahan secara online di laman website syarikat-syarikat milik bas itu sendiri seperti  web salambumimas.com.

Anda perlu klik ‘buy’ terlebih dahulu. Kemudian, anda perlu maklumat penting di Online Booking seperti yang tertera. Isikan tarikh, lokasi awal dan destinasi serta bilangan penumpang. Kemudian klik ‘Search’.

Kemudian, sama juga di laman web lain di mana anda perlu mengisi maklumat peribadi anda. Contohnya nama pembeli, alamat email, nombor telefon dan nombor IC.

Sudah selesai bahagian itu, barulah anda boleh membuat pembayaran secara online. Sekarang, anda perlu mengisi nombor kad kredit atau kad debit. Harga tiket online anda juga akan terpapar di situ.

Klik ‘proceed’ setelah berpuas hati. Kemudian tiket online anda akan dihantar melalui email. Sebelum terlupa, anda mestilah menyimpan gambar tiket itu dengan cara ‘screenshot’ supaya anda dapat menunjukkan tiket itu kepada penjaga kaunter nanti.

Inilah sedikit informasi umum tentang perkhidmatan bas ekspress dari Kota Kinabalu ke Sandakan. Kedua dua lokasi itu memang jauh dan mengambil masa yang lama untuk sampai.

Tapi macam orang selalu kata, jauh perjalanan luas pengalaman. Di Sandakan juga terdapat banyak tempat yang menarik dan lebih elok untuk percutian bersama keluarga. Sebainya, rancang percutian anda dengan teliti supaya ianya perjalanan percutian yang berbaloi dan mengembirakan.

Anda boleh lakukan semua itu jika ada duit lebih. Tambang saja sudah mencecah RM43, belum lagi campur perbelanjaan di Sandakan. Apapun jaga diri, jaga duit.

Kalau nak baca senarai tarikan pelancong di daerah Sandakan boleh baca website rasmi Sabah Tourism. Di sana semua infomasi mengenai tarikan pelancong di daerah tersebut ada untuk panduan anda.

Semoga sedikit informasi umum mengenai bas ke Sandakan ini bermanfaat kepada anda. Marilah bersama memperkasa dan menyokong pengangkutan awam dan industri pelancongan dalam negara kita.