Tawaran Biasiswa Menteri Besar Selangor Sambung Pengajian Ke Mesir, Jordan & Maghribi

Tawaran biasiswa ini adalah terbuka kepada anak-anak Selangor yang berkelayakan dan berminat memohon untuk sambung pengajian peringkat Sarjana Muda atau Pascasiswazah ke Mesir, Jordan atau Maghribi.

Tawaran biasiswa khas Dato Menteri Besar Selangor untuk sambung pengajian ke Timur Tengah

READ: Permohonan Biasiswa Sagong Tasi & Syarat Kelayakan Untuk Orang Asli Selangor

Syarat Kelayakan Biasiswa Menteri Besar Selangor

Berikut adalah antara syarat kelayakan untuk memohon biasiswa khas ini.

  • Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria seperti berikut:
    • Pemohon dan Ibu Bapa merupakan warganegara Malaysia; dan
    • Pemohon, Ibu atau Bapa lahir dan menetap di Negeri Selangor; atau
    • Pemohon telah dan sedang bermastautin lebih sepuluh (10) tahun di Selangor.
  • Pemohon telah mendaftarkan diri bagi pengajian SEPENUH MASA peringkat Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah di university yang diiktiraf di Mesir, Jordan dan Maghribi
  • Bukan pelajar semester akhir atau diberikan lanjutan tempoh pengajian.
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi RM20,000 sebulan.
  • Pelajar, Ibu, Bapa, ahli keluarga lain tidak di senarai hitam oleh TKWBNS atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak TKWBNS.
  • Pemohon belum menerima sebarang tajaan lain (Biasiswa, Pinjaman atau Dermasiswa) termasuk bagi Ijazah Perubatan, Pergigian dan Veterinar).

Untuk memohon layari Pembiayaan Pendidikan Negeri Selangor

Hantar permohonan anda sebelum tarikh tutup iaitu 14 Mei 2024.

Jika anda perlukan maklumat lanjut bolehlah berhubung Cawangan Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di talian 03-5521 2275/03-5544 7484 atau emel ke tkwbns@selangor.gov.my.