Biasiswa UEM Syarat Kelayakan & Permohonan Online

Biasiswa UEM syarat kelayakan untuk memohon tajaan pendidikan dari UEM. Baru tamatkan peperiksaan SPM? Ingin melanjutkan pengajian ke peringkat pra-universiti?

Kenapa tidak cuba memohon biasiswa tersebut. Program tajaan pelajaran dari UEM merupakan inisiatif tahunan yang ditawarkan oleh UEM Group yang bertujuan untuk melahirkan pemimpin negara yang berbakat pada masa depan.

Sebelum ini ada kongsikan artikel mengenai biasiswa Mahsa University, Top Glove dan Yayasan Tenaga Nasional (YTN).

Jika anda berminat dan ada sedikit masa anda digalakkan untuk membacanya, mungkin tajaan pelajaran ini sesuai dengan anda.

Untuk pengetahuan pembaca, para pelajar yang terpilih untuk memperoleh tajaan pendidikan ini akan mengikuti program pra-universiti di Kolej Yayasan UEM (KYUEM) Lembah Beringin dan akan melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di universiti antarabangsa yang beroperasi di Malaysia.

Sebenarnya banyak tajaan pendidikan yang boleh anda cuba untuk memohon. Jika anda ada sedikit masa, baca senarai biasiswa terkini untuk lepasan SPM dan STPM di Malaysia.

Mungkin ada di antara biasiswa tersebut yang sesuai dan boleh anda mohon.

Syarat Kelayakan Permohonan Biasiswa UEM

Syarat kelayakan am di bawah adalah untuk panduan umum sahaja. Untuk syarat kelayakan yang lebih terperinci dan terkini anda boleh layari website rasmi UEM.

Berikut merupakan senarai syarat kelayakan yang harus dipatuhi sebelum memperoleh biasiswa ini.

  • Para pemohon perlu merupakan warganegara Malaysia.
  • Pemohon perlu aktif dalam kokurikulum dan kriteria ini akan memberikan kelebihan.
  • Mahir dalam bahasa Inggeris dan boleh tulis dan bercakap dengan baik dalam bahasa Inggeris.
  • Para pemohon perlu mempunyai ciri keperibadian yang positif dan rajin.
  • Para pemohon perlu memiliki pencapaian akademik yang cemerlang.
  • Memperoleh sekurang- kurangnya 7As (A+/ A) dalam mata pelajaran berkaitan dalam peperiksaan SPM.

Selain itu maklumat tambahan di bawah juga penting untuk anda tahu.

Ianya penting kerana jika ada antaranya yang tidak sesuai dengan anda, tidak perlulah buang masa memohon tajaan pendidikan ini.

Maklumat Tambahan

Sila ambil sedikit masa membaca maklumat tambahan di bawah. Ianya amat penting.

  • Para pemohon tidak boleh terikat dengan institusi atau organisasi lain.
  • Pemohon yang terpilih menerima tajaan pelajaran ini tidak boleh menerima biasiswa atau sebarang bantuan kewangan dari sumber lain selama terikat dengan perjanjian tajaan bersama UEM Group.
  • Calon berjaya perlu menanggung segala kos yang dikenakan semasa membuat dan mengemukakan permohonan ini.
  • Semua keputusan UEM group dalam permohonan biasiswa ini adalah muktamad. Para pemohon yang gagal tersenarai pendek tidak boleh membuat rayuan.

Jurusan Bidang Pengajian

Pemohon yang layak dan mengambil mana-mana bidang pengajian di bawah berpeluang untuk memohon.

Berikut merupakan jurusan bidang pengajian yang sesuai untuk memohon biasiswa ini.

Hanya calon yang bakal menyambung pengajian dalam bidang ini digalakkan untuk memohon biasiswa ini.

  • Pengurusan Perniagaan
  • Sains Aktuari
  • Kewangan
  • Ekonomi
  • Pemasaran
  • Perakaunan
  • Quantity Surveying
  • Kejuruteraan Sivil
  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Kejuruteraan Elektronik
  • IT dan pengajian berkaitan dengan komputer
  • Perundangan
  • Sains Komputer
  • Kejuruteraan Perisian
  • Perundangan
  • Perkhidmatan pembangunan
  • Land Surveying
  • Sistem komputer
  • Networking

Cara Memohon

Permohonan bagi biasiswa ini boleh dilakukan secara atas talian. Calon dikehendaki untuk melengkapkan borang permohonan dan perlu mengemukakan permohonan secara dalam talian sebelum tarikh tutup.

Hanya calon yang tersenarai pendek akan dihubungi melalui telefon atau email untuk menghadiri sesi temu duga.

Para pemohon yang tersenarai pendek untuk sesi temu duga mesti membawa sijil asal (transkrip, sijil akademik dan sijil kokurikulum) pada hari temuduga.

Anda digalakkan membaca artikel mengenai Panduan Menghadapi Temuduga Biasiswa.

Mungkin ianya boleh membantu anda sedikit sebanyak semasa menghadiri temuduga nanti.

Untuk pengetahuan pemohon, UEM Group tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang masalah, kerosakan, kehilangan atau apa jenis masalah lain yang dialami oleh pemohon.

Ini termasuklah sebarang kegagalan/ kelewatan dalam mengemukakan permohonan secara atas talian disebabkan mana-mana gangguan rangkaian, kesilapan sistem, komunikasi atau kegagalan yang dialami oleh penyedia perkhidmatan internet pemohon dan / atau oleh UEM Group.

Para pemohon yang berjaya turut tertakluk pada perkara di bawah:

  • Terma dan syarat yang tertera dalam perjanjian tajaan pendidikan dan bon ikatan pemohon dan penjamin masing- masing dikehendaki memasuki perjanjian dengan UEM Group.
  • Calon berjaya perlu lulus dalam pemeriksaan perubatan. Pemeriksaan perubatan ini boleh dilakukan di mana- mana klinik/ hospital panel UEM Group.

Maklumat Perhubungan

Mungkin anda perlukan maklumat lebih terperinci dan terkini anda boleh berhubung terus dengan pihak penaja.

Berikut merupakan maklumat perhubungan bagi biasiswa inI. Sila hubungi nombor di bawah untuk sebarang pertanyaan atau layari laman webportal rasmi UEM.

Alamat: 17-2 Mercu UEM, Jalan Stesen Sentral 5 Kuala Lumpur Sentral, Wilayah Persekutuan, 50470 Kuala Lumpur.
Talian: 6032 727 6511/ 6809/ 6439/ 6850
Email: scholarship.info@uemnet.com

Semoga sedikit maklumat am mengenai biasiswa UEM ini bermanfaat kepada anda. Kepada pelajar yang ingin mencuba memohon, kami ucapkan All The Best!