Permohonan Rayuan UPUOnline Lepasan STPM

Berita penting untuk pelajar lepasan STPM! Jika anda tidak berjaya semasa pengumuman keputusan baru-baru sesi akademik 2023/2024 jangan risau kerana anda masih berpeluang.

“Permohonan Rayuan UPUOnline® bagi lepasan STPM/Setaraf sesi akademik 2023/2024 boleh dibuat mulai hari ini 7 September 2023 jam 12.00 tengah hari sehingga 16 September 2023, jam 5.00 petang”

Demikian menurut kenyataan rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi (MOHE) Malaysia.

Ini bermakna, anda masih berpeluang dan ambil peluang ini untuk membuat rayuan.

Iklan rayuan UPU lepasan STPM 2023/2024

READ:Syarat Kemasukan IPG Lepasan STPM

Semak gambar siaran KPT di atas untuk rujukan lanjut anda berkenaan rayuan yang perlu anda buat.

Mana tahu reziki anda pula kali ini.

Rayuan boleh anda buat melalui portel rasmi UPU yang di sediakan di https://upu.mohe.gov.my/

Sila ambil perhatian bahawa rayuan ini dibuka kepada pemohon yang tidak berjaya atau mendapat tawaran pengajian sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline® di portal rasmi UPU.

Sila ambil maklum juga bahawa KPT ada menyediakan Kaunter runding cara dan konsultasi rayuan kemasukan ke Universiti Awam UPUOnline dari 7 hingga 15 September 2023.

Rujuk iklan di bawah untuk maklumat terperinci mengenai perkhidmatan kaunter rundingan tersebut. Ini sangat bermanfaat kepada anda dan jangan lepaskan peluang.

Kaunter ini dibuka di

Ruang Lobi
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)
No.2, Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5, Putrajaya

Jangan tunggu lagi, sila membuat rayuan sebelum tarikh tutup seperti mana yang dinayatan dalam iklan yang dikeluarkan oleh MOHE.

All the best!