Diploma Teknologi Maklumat Syarat Kelayakan & Peluang Kerjaya

Diploma Teknologi Maklumat atau Information Technology (IT) informasi syarat kelayakan dan peluang kerjaya. Zaman ini IT sememangnya penting dalam urusan seharian kita.

Kerana itu juga peluang pekerjaan dalam bidang ini semakin banyak dan bertambah. Tidak lama lagi akan beralih ke fasa Artificial Intelligence (AI). Ianya sangat berkait rapat dengan kepakaran dalam bidang IT.

Teknologi yang semakin berkembang bukan sahaja di Malaysia malahan di seluruh dunia telah menjadikan IT antara keperluan yang penting kepada kehidupanharian manusia.

Info Berkaitan: Senarai Biasiswa lepasan SPM & STPM terkini di Malaysia.

Apa tidaknya, teknologi maklumat telah membantu manusia dalam memudahkan pelbagai urusan termasuklah pendidikan dan pekerjaan.

Kini, ramai guru-guru dan pelajar yang telah mula memanfaatkan IT secara meluas dalam pendidikan seperti belajar secara online atau untuk mendapatkan maklumat dan ilmu.

Semuanya dengan menggunakan teknologi yang semakin berkembang.

Bukan itu sahaja, pekerjaan yang menggunakan IT juga tidak kurang hebatnya, siapa kata dengan menggunakan IT sahaja tidak boleh menjana pendapatan?

Sebenarnya terlalu luas peluang pekerjaan dan pendidikan dalam bidang teknologi seperti teknologi maklumat.

Jika anda lihat kini pelbagai perniagaan atau perusahaan yang memerlukan teknologi untuk melancarkan aktiviti perniagaan mereka.

Mengapa? Sudah pasti kerana kemudahan yang di bawakan oleh teknologi ini sendiri yang telah memudahan pelbagai pengurusan.

Tapi sesuai dengan kemajuan dan kecanggihan teknologi ini sendiri, sudah tentu ia memerlukan kepakaran dalam menggunakan teknologi barulah ia dapat digunakan dengan betul sesuai dengan fungsinya.

Sebenarnya terdapat pelbagai kursus pendidikan ditawarkan di Malaysia dalam bidang teknologi seperti Diploma Teknologi Maklumat, di mana dalam program ini anda akan memperoleh kemahiran berkenaan dengan teknologi maklumat.

Kalau di Malaysia banyak IPT yang menawarkan kursus tersebut, antara IPT yang popular ialah UiTM, UTHM, Politeknik, UNISZA dan UNIKL.

Apa Itu Diploma Teknologi Maklumat?

Diploma dalam bidang ini atau sering disebut sebagai Diploma in Information Technology (IT) adalah antara kursus yang paling di gemari oleh pelajar-pelajar di luar sana.

Ini kerana bukan sahaja struktur pembelajarannya yang menarik tapi kemahiran yang dapat di peroleh daripada bidang ini memberi kan anda pelbagai peluang kerjaya yang menarik.

Sebenarnya, IT ini sendiri menyediakan pendidikan serta latihan dalam bidang pengkomputeran serta penekanan khusus pada bidang teknologi maklumat.

Atau secara jelasnya lagi, bidang ini adalah berkaitan IT dan teknologi yang sudah jelas kepentingannya pada masa kini.

Bukan itu sahaja, kursus ini juga akan menyediakan pelajar dengan kemhiran yang boleh pindah dan kemahiran berbagai yang dapat menyesuai pelajar dengan teknologi baru.

Di samping itu, kursus ini juga akan menyediakan pelajar untuk menceburi kerjaya yang memerlukan kemahiran dalam bidang teknologi dan pengkomputeran.

Apa yang lebih menarik adalah peluang kerjaya yang luas dapat dicapai oleh pelajar dalam bidang ini setelah tamat pengajian kelak.

Tambahan pula, peluang-peluang kerjaya yang ditawarkan bagi bidang teknologi maklumat bukan sahaja luas malahan jawatan yang ditawarkan juga adalah sangat menarik.

Syarat Kelayakan Kemasukan

Untuk memasuki kursus dalam bidang ini anda perlulah menepati beberapa syarat kelayakan terlebih dahulu.

Berikut di kongsikan syarat-syarat kelayakan mengikut kategori yang diperlukan bagi melayakkan anda untuk memohon bagi program diploma ini.

  • SPM
    Lulus dengan sekurang-kurangnya kredit dalam mana-mana 3 mata pelajaran termasuklah mata pelajaran matematik.
    Atau,
  • STPM
    Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan minimum gred C (PNGK 2.00) dalam mana-mana mata pelajaran.
    Dan,
    Kredit dalam mata pelajaran Matematik dalam SPM atau yang diiktiraf setaraf dengannya.
    Atau,
  • STAM
    Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan sekurang-kurangnya Gred Maqbul iaitu lulus serta kredit dalam mata pelajaran matematik pada peringkat SPM atau setara dengannya.
    Atau,
  • SKM
    Lulus SKM tahap 3 serta kredit dalam mata pelajaran matematik pada peringkat SPM atau yang diiktiraf setaraf dengannya.
    Atau,
  • Lulus sebarang kelayakan yang diiktiraf setaraf dengan dengan sijil (tahap 3,KKM) serta memperoleh kredit dalam mata pelajaran matematik pada peringkat SPM atau yang setara dengannya.
  • Bagi GCE atau O-Level hendaklah mendapat minimum kredit dalam tiga mata pelajaran termasuklah bagi mata pelajaran matematik.

Nota Penting
Bagi calon yang mempunyai kredit dalam bidang yang berkaitan dengan pengkomputeran pada peringkat SPM atau yang setara dengannya boleh di berikan keutamaan.

Anggaran Yuran Dan Tempoh Pengajian

Seterusnya bagi memudahkan anda berikut dikongsikan anggaran yuran serta tempoh pengajian bagi program ini.

Yuran bagi kursus sebenarnya adalah bergantung kepada IPT masing-masing.

Tapi dalam anggaran biasanya yuran pengajian bagi Diploma ini adalah berjumlah RM19,985.00 dan bagi yuran pengajian antarabangsa adalah RM24,065.00.

Yuran ini adalah anggaran berdasarkan yuran pengajian Kolej Universiti Islam Melaka dan mungkin sedikit berbeza dengan institusi yang lainnya.

Seterusnya bagi tempoh pengajian pula biasanya mengambil masa sehingga 2 tahun 4 bulan atau 5 semester panjang dan 2 semester pendek.

Terdapat juga institusi yang menawarkan Diploma ini bagi tempoh 6 semester. Tempoh bagi pengajian juga bergantung kepada setiap institusi masing-masing.

Subjek Atau Silibus Kursus

Program pengajian dalam bidang IT ini menyediakan pendidikan serta latihan dalam pelbagai subjek dan kursus seperti berikut:

Kursus dan Subjek

  • Platform Technologies
  • Computing Foundation
  • Programming Essentials / Software
  • Networking
  • Industry-Led modules
  • Industry Domain Cluster
  • Bahasa Inggeris
  • Pengajian Islam/Pendidikan Moral
  • Ko-kurikulum
  • Inventive problem Solving

Berikut adalah antara kursus dan subjek yang ditawarkan dalam program ini bagi memberi peluang yang lebih luas kepada pelajar untuk mencapai pelbagai kerjaya dalam bidang teknologi.

Pendek kata jika anda semak subjek atau silibus yang ditawarkan di antara IPT untuk kursus ini tidak ada banyak beza yang besar.

Kebanyakan subjek yang ditawarkan adalah bertujuan untuk menyediakan tenaga mahir untuk keperluan industri dan kerjaya.

Bukan itu sahaja, kursus serta subjek yang ditawaran juga memberikan kemahiran teknikal serta bahasa kepada pelajar bagi menyediakan pelajar dengan kemahiran yang boleh pindah dan kemahiran berbagai yang dapat menyesuaikan mereka dengan teknologi baru.

Pekerjaan Atau Peluang Kerjaya

Tahukah anda program ini adalah antara program yang sangat popular kerana mempunyai peluang kerjaya yang luas?

Cuba anda ambil sedikit masa dan layari portal jobstreet.com. Anda akan mendapati kebanyakan vacancy atau kekosongan kerja mensyaratkan pemohon pandai menggunakan applikasi IT sekurang-kurangnya MS Office.

Bukan sahaja peluang kerjaya yang luas malahan jawatan-jawatan yang ditawarkan juga menarik dan berbaloi.

Apa tidaknya, penggunaan IT ini bukan sahaja maju di negara kita tapi sehinggakan seluruh dunia.

Oleh itu lah tenaga pakar dalam bidang IT pada masa kini sangat diperlukan seiring dengan teknologi yang semakin membangun.

Jadi apakah antara peluang kerjaya yang boleh diceburi oleh pelajar-pelajar Diploma Teknologi Maklumat?

Berikut antara peluang pekerjaan atau kerjaya dalam bidang ini.

  • Network Support Personnel
  • System Support Personnel
  • Network Administrator
  • Web Programmer
  • Database Programmer
  • Computer Application Programmer
  • System Analysts Assistant
  • Software Developer
  • Software Tester
  • IT Supporting Engineer
  • Assistant Network Engineer
  • Technical Helpdesk
  • Internet Programmer
  • Database Administrator
  • Systems Programmer

Menarik bukan? Jika anda melepasi syarat kelayakan dan berminat dalam bidang IT anda boleh pilih kursus ini.

Anda boleh memohon untuk mendaftarkan diri bagi program diploma ini di mana-mana institusi pilihan anda apabila permohonan dibuka.

Semoga sedikit informasi mengenai peluang kerjaya dan syarat kelayakan kemasukan ke Diploma Teknologi Maklumat (IT) ini bermanfaat kepada anda. All the best!