Jadual & Harga Tiket Bas Ke Ipoh Dari Kuala Lumpur
Harga tiket bas ke Ipoh dari Kuala Lumpur terkini dari RM 20.00 sehala. Anda juga boleh semak informasi jadual bas untuk penumpang yang mahu naik bas ke destinasi tersebut.
Kali nie nak cerita sedikit pasal informasi harga tiket bas untuk perjalanan dari berberapa destinasi utama di Semenanjung Malaysia ke Ipoh Perak.
Kalau nak ke Ipoh naik bas yang bagusnya sekarang ini penumpang boleh beli tiket bas online lebih awal.
Penumpang boleh book tiket bas secara online >> DI SINI
Bandaraya Ipoh adalah destinasi yang agak popular. Penumpang yang hendak ke Ipoh boleh menaiki bas dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS), KLIA, Shah Alam, KL Sentral dan banyak lagi.
Ini mungkin kerana Ipoh terletak di tengah perjalanan ke utara dan ke selatan di pantai barat Semenanjung Malaysia maka banyak syarikat bas beroperasi ke destinasi itu.
Harga Tiket Bas Ke Ipoh & Jadual Bas
Di bawah ada informasi jadual bas dan senarai harga tambang bas ke Ipoh. Harga tiket dan jadual perjalanan bas ini mungkin boleh berubah dari masa ke semasa.
Untuk yang terkini mengenai tambang dan jadual bas ada baiknya anda semak terus secara online di portal applikasi online bas express seperti easybook.com dan redbus.my.
Informasi yang ada di sini juga sebenarnya diambil dari yang terkini secara online. Antaranya ialah busonlineticket.com, catchthatbus.com dan easybook.com.
Kami cadangkan anda guna applikasi EasyBook.com. Portal tersebut senang digunakan dan mesra pengguna.
Senarai harga tiket bas dari destinasi terpilih ke Ipoh untuk rujukan anda.
- Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Ipoh – dari RM 20.00
- KLIA ke Ipoh – dari RM 45.00
- Shah Alam ke Ipoh – dari RM 24.20
- KL Sentral ke Ipoh – dari RM 21.20
- Penang ke Ipoh – dari RM 14.00
- Alor Setar ke Ipoh – dari RM23.90
- Perlis ke Ipoh – dari RM 26.40
- Kota Bharu Kelantan ke Ipoh – dari RM 34.00
- Kuala Terengganu ke Ipoh – dari RM 62.00
- Kuantan Pahang ke Ipoh – dari RM 43.20
- Melaka Sentral ke Ipoh – dari RM 37.00
- Johor Bahru ke Ipoh – dari RM 50.00
Nota: Untuk info anda, harga tiket bas ke Ipoh di atas adalah yang terendah (ekonomi) untuk ke destinasi tersebut. Bas yang menawarkan kemudahan yang lebih banyak dan selesa sudah tentu akan lebih mahal harga tiketnya.
Begitu juga semasa musim permintaan tinggi seperti semasa perayaan harga dan jadual bas tersebut boleh berubah.
Jarak Perjalanan KL Ke Ipoh
Ramai juga yang tanya soalan ini, KL ke Ipoh berapa jam? Masa perjalanan banyak bergantung kepada keadaan lalulintas semasa.
Kalau tiba-tiba traffic jammed, terutama semasa musim menjelang perayaan tentu lambat sikit sampai.
Untuk makluman anda jarak antara KL ke Ipoh ialah lebih kurang 197 km atau 122 miles dengan travelling time selama 2 jam lebih.
Sebenarnya selain bas banyak juga penumpang yang ke Ipoh naik train. Ianya salah satu pilihan yang agak baik juga.
Jika anda ingin menggunakan train, boleh naik ETS dari KL Sentral ke Ipoh dengan harga tiket dari RM25 sahaja. Masa perjalanan ialah 2 jam 50 minit.
Terminal Bas Express Amanjaya Ipoh
Jika anda menaiki bas ‘ke’ atau ‘dari’ terminal bas Amanjaya Ipoh, mungkin info ini bermanfaat kepada anda.
Di sini ada lokasi terminal tersebut. Pasti anda tidak akan sesat atau tersilap terminal nanti.
Terminal bas tersebut agak bagus, menurut respon pelanggan yang dipaparkan melalui laman portal Google Reviews.
Anda boleh membaca reviews para pelanggan yang pernah menggunakan terminal tersebut.
Tarikan Pengunjung
Tentu ramai yang tertanya-tanya, nanti sampai ke bandar tersebut apa yang menariknya?
Sebenarnya banyak.
Sepertimana bandar-bandar lain di seluruh Malaysia, Ipoh tidak kurang hebatnya.
Tentu anda tidak akan merasa bosan kerana ada begitu banyak perkara menarik yang boleh anda lakukan.
Anda boleh baca informasi senarai tempat menarik di Ipoh melalui website rasmi Majlis Perbandaran Ipoh.
Di sana informasi terperinci boleh anda baca termasuk peta lokasi tempat menarik.
Sejujurnya, selain bandaraya Kota Kinabalu, Georgetown, Langkawi dan Kuala Terengganu, bandar Ipoh adalah antara bandar yang penuh dengan tarikan pengunjung.
Sekarang ini dengan adanya connectivity yang senang antara Kuala Lumpur dan bandaraya Ipoh, jumlah pengunjung ke sana semakin meningkat.