Harga Tiket Bas Ke Ipoh & Jadual Bas
Harga tiket bas ke Ipoh dari Kuala Lumpur RM 19.00 dan informasi jadual bas untuk penumpang yang mahu naik bas ke destinasi tersebut. Tentu ramai yang nak ke Ipoh time cuti-cuti nie.
Kali nie nak cerita sedikit pasal informasi harga tiket bas untuk perjalanan dari berberapa destinasi utama di Semenanjung Malaysia ke Ipoh Perak.
Yang bercadang nak naik bas ke Ipoh mungkin anda tercari-cari info nie. Harap dapatlah bantu sedikit sebanyak.
Kalau nak ke Ipoh naik bas yang bagusnya sekarang ini penumpang boleh beli tiket bas online lebih awal.
Penumpang boleh book tiket bas secara online >> DI SINI
Bandaraya Ipoh adalah destinasi yang agak popular. Penumpang yang hendak ke Ipoh boleh menaiki bas dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS), KLIA, Shah Alam, KL Sentral dan banyak lagi.
Banyak syarikat bas express menawarkan perkhidmatan ke route tersebut.
Ini mungkin kerana Ipoh terletak di tengah perjalanan ke utara dan ke selatan di pantai barat Semenanjung Malaysia.
Bas express hanya perlu singgah sebentar untuk turunkan dan ambil penumpang untuk perjalanan sama ada ke utara atau menuju ke Kuala Lumpur.
Harga Tiket Bas Ke Ipoh & Jadual Bas
Di bawah ada informasi jadual bas dan senarai harga tambang bas ke Ipoh. Informasi ini mungkin boleh berubah dari masa ke semasa.
Untuk yang terkini mengenai tambang dan jadual bas ada baiknya anda semak terus secara online di portal applikasi online bas express seperti easybook.com dan redbus.my.
Informasi yang ada di sini juga sebenarnya diambil dari yang terkini secara online. Antaranya ialah busonlineticket.com, catchthatbus.com dan easybook.com.
Kami cadangkan anda guna applikasi EasyBook.com. Portal tersebut senang digunakan dan mesra pengguna.
Senarai harga tiket bas dari destinasi terpilih ke Ipoh untuk rujukan anda.
- Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Ipoh – dari RM 19.00 / pax
- KLIA ke Ipoh – dari RM 40 / pax
- Shah Alam ke Ipoh – dari RM 23.00 / pax
- KL Sentral ke Ipoh – dari RM 25.00 / pax
- Penang ke Ipoh – dari RM 22.00 / pax
- Alor Setar ke Ipoh – dari RM24.00 / pax
- Perlis ke Ipoh – dari RM 27.00 / pax
- Kota Bharu Kelantan ke Ipoh – dari RM 34.00 / pax
- Kuala Terengganu ke Ipoh – dari RM 55.00 / pax
- Kuantan Pahang ke Ipoh – dari RM 44.00 / Pax
- Melaka Sentral ke Ipoh – dari RM 33.00 / pax
- Johor Bahru ke Ipoh – dari RM 55.00 / pax
Nota: Untuk info anda, harga tiket bas ke Ipoh di atas adalah yang terendah (ekonomi) untuk ke destinasi tersebut. Bas yang menawarkan kemudahan yang lebih banyak dan selesa sudah tentu akan lebih mahal harga tiketnya.
Begitu juga semasa musim permintaan tinggi seperti semasa perayaan harga dan jadual bas tersebut boleh berubah.
Lebih baik buat semakan dengan syarikat bas pilihan anda untuk info harga dan jadual bas terkini.
Jarak Perjalanan KL Ke Ipoh
Ramai juga yang tanya soalan ini, KL ke Ipoh berapa jam? Masa perjalanan banyak bergantung kepada keadaan lalulintas semasa.
Kalau tiba-tiba traffic jammed, terutama semasa musim menjelang perayaan tentu lambat sikit sampai.
Untuk makluman anda jarak antara KL ke Ipoh ialah lebih kurang 197 km atau 122 miles dengan travelling time selama 2 jam lebih.
Kalau rasa boring dalam bas, belilah tiket bas online Ipoh dengan syarikat bas yang memiliki kemudahan WiFi, dan pastikan telefon full bateri, ada powerbank lagi bagus. Boleh layan online sepanjang jalan.
Sekarang hampir kesemua syarikat bas menyediakan kemudahan WiFi dalam bas.
Sebenarnya selain bas banyak juga penumpang yang ke Ipoh naik train. Ianya salah satu pilihan yang agak baik juga.
Jika anda ingin menggunakan train, boleh naik ETS dari KL Sentral ke Ipoh dengan harga tiket dari RM25 sahaja. Masa perjalanan ialah 2 jam 50 minit.
Terminal Bas Express Amanjaya Ipoh
Jika anda menaiki bas ‘ke’ atau ‘dari’ terminal bas Amanjaya Ipoh, mungkin info ini bermanfaat kepada anda.
Di sini ada lokasi terminal tersebut. Pasti anda tidak akan sesat atau tersilap terminal nanti.
Terminal bas tersebut agak bagus, menurut respon pelanggan yang dipaparkan melalui laman portal Google Reviews.
Anda boleh membaca reviews para pelanggan yang pernah menggunakan terminal tersebut.
Tarikan Pengunjung
Tentu ramai yang tertanya-tanya, nanti sampai ke bandar tersebut apa yang menariknya?
Sebenarnya banyak.
Sepertimana bandar-bandar lain di seluruh Malaysia, Ipoh tidak kurang hebatnya.
Tentu anda tidak akan merasa bosan kerana ada begitu banyak perkara menarik yang boleh anda lakukan.
Anda boleh baca informasi senarai tempat menarik di Ipoh melalui website rasmi Majlis Perbandaran Ipoh.
Di sana informasi terperinci boleh anda baca termasuk peta lokasi tempat menarik.
Sejujurnya, selain bandaraya Kota Kinabalu, Georgetown, Langkawi dan Kuala Terengganu, bandar Ipoh adalah antara bandar yang penuh dengan tarikan pengunjung.
Sekarang ini dengan adanya connectivity yang senang antara Kuala Lumpur dan bandaraya Ipoh, jumlah pengunjung ke sana semakin meningkat.
Semoga perkongsian mengenai jadual dan harga tiket bas ke Ipoh ini bermanfaat kepada anda. Mohon like dan share info ini kepada rakan-rakan anda yang lain.