Jadual & Harga Tiket Bas Ke Johor Bahru Dari KL
Harga tiket bas ke Johor Bahru dari RM 28.00 dari Kuala Lumpur (KL) dan juga informasi jadual bas dari destinasi-destinasi terpilih di Semenanjung Malaysia.
Ramai yang hendak lakukan perjalanan ke Johor Bahru atau bandar yang lebih popular dikenali dengan panggilan JB, sebab bandar ini adalah ‘gateway’ ke Singapore.
Penumpang boleh beli tiket bas secara online >> DI SINI
Kali ini kami ingin kongsikan sedikit info mengenai harga tiket bas dari berberapa destinasi pilihan seperti Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuantan, Ipoh, Kelantan, KLIA2 dan juga Penang ke Johor Bahru.
Terminal yang paling sesuai untuk anda ‘drop-off’ dari mana-mana destinasi ialah di Terminal Larkin yang terletak tidak jauh dari Stadium Larkin.
Ini kerana bas ke Singapore juga berlepas dari terminal ini.
Harga tambang bas boleh berubah dari masa ke semasa.
Untuk elak kehabisan tiket bas terutama semasa musim perayaan atau cuti umum yang panjang anda digalakkan untuk tempah tiket bas lebih awal secara online.
Kalau hendak buat semakan tambang bas terkini boleh di buat online di applikasi online easybook.com.
Senarai Harga Tiket Bas Ke Johor Bahru
Di bawah adalah senarai tambang bas dari destinasi-destinasi terpilih ke Johor Bahru untuk panduan anda.
Untuk tujuan ini kita ambil 7 destinasi paling popular iaitu dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuantan, Ipoh, Kelantan, KLIA2 dan Penang.
Melalui applikasi online seperti portal yang disediakan oleh easybook.com semakan harga tiket bas untuk destinasi lain juga boleh dengan mudah dilakukan.
Berikut adalah senarai harga (anggaran) tambang bas untuk perjalanan ke Johor Bahru dari destinasi-destinasi berikut.
Harga di bawah adalah anggaran tambang bas sehala ke JB. Harga sebenar bergantung kepada syarikat bas itu sendiri.
- Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Johor Bahru – dari RM28
- Kuantan ke Johor Bahru – dari RM26
- Ipoh ke Johor Bahru – dari RM50
- Kelantan ke Johor Bahru- dari RM58
- KLIA 2 ke Johor Bahru – dari RM55.00
- Shah Alam ke Johor Bahru – dari RM34
Nota: Senarai harga tiket bas di atas adalah untuk ke Terminal Bas Larkin, Johor Bahru. Kalau hendak tengok harga tiket yang terkini kena rajin-rajin semak di portal-portal atau applikasi tempahan tiket online.
Beli Tiket Bas Online Ke JB
Nak ulang sekali lagi, Johor Bahru adalah gateway untuk ke Singapore. Tidak hairanlah jika ramai penumpang membuat tempahan tiket bas untuk ke destinasi tersebut.
Penumpang yang ingin menaiki feri ke Batam juga boleh menaiki feri dari Berjaya Waterfront, Stulang Laut Johor
Ada banyak portal-portal yang menyediakan penjualan tiket bas secara online. Antara yang popular ialah easybook.com dan redbus.my.
Anda juga boleh beli terus menerusi portal syarikat-syarikat bas itu sendiri seperti perkhidmatan yang disediakan oleh Transnasional dan Mutiara Express.
Kami sentiasa beli tiket guna online kerana ianya lebih mudah dan elakkan kehabisan tiket bas.
Pada musim cuti panjang dan perayaan jumlah penumpang agak ramai, susah nak beli tiket di terminal bas ketika itu.
Selain menggunakan bas express, penumpang juga boleh pergi ke Johor Bahru menggunakan perkhidmatan KTM dan juga flight.
Kelebihan menaiki bas ialah penumpang boleh menikmati perjalanan dan pemandangan sepanjang perjalanan.
Bas express yang menyediakan perkhidmatan ke destinasi tersebut juga selesa dilengkapi penghawa dingin, tempat duduk yang selesa, dan banyak yang lengkap dengan WiFi dalam bas.
Senarai Tempat Menarik Di Johor Bahru
Pengunjung yang merancang untuk jalan-jalan di Johor Bahru bolehlah melawat pelbagai tarikan atau ‘must-see’ di bandar tersebut. Sekurang-kurangnya 10 tarikan pelancong di Johor Bahru.
Antara tarikan utama di Johor Bahru:
- Legoland Malaysia
- Johor Bahru City Square
- Sanrio Hello Kitty Town
- AEON Mall
- Paradigm Mall
- KSL City Mall
- Johor Zoo
- Thomas Town (Puteri Harbour)
- Angry Birds Activity Park
- Komtar JBCC.
Anda boleh lihat lebih banyak senarai tarikan pelancong melalui laman website rasmi Majlis Perbandaran Johor Bahru untuk maklumat lebih terperinci.
Di sana ada maklumat lengkap mengenai tarikan pelancong di bandaraya tersebut. Pastinya anda tidak akan kekurangan aktiviti di bandar tersebut.