Harga Tiket Bas Ke Johor Bahru & Jadual Bas

Harga tiket bas ke Johor Bahru dari  RM 20.00 dan jadual bas dari destinasi-destinasi terpilih di Semenanjung Malaysia. Ramai yang hendak lakukan perjalanan ke Johor Bahru atau bandar yang lebih popular dikenali dengan panggilan JB, sebab bandar ini adalah ‘gateway’ ke Singapore.

Mengikut pemerhatian kami di portal-portal tempat beli tiket bas online seperti easybook.com, banyak syarikat bas menawarkan promosi sehingga 28% off ketika ini sepanjang pandemik COVID-19 ini. Mungkin jumlah penumpang kurang tetapi bilangan bas express yang banyak.

Penumpang boleh beli tiket bas secara online >> DI SINI

Memang agak ramai warga Malaysia yang berkerja di Singapore. Begitu juga ramai orang dari Singapore sering melakukan perjalanan ke banyak destinasi percutian di Semenanjung Malaysia sama ada menggunakan bas mahupun memandu kereta sendiri.

Untuk kali ini kami ingin kongsikan sedikit info mengenai harga tiket bas dari berberapa destinasi pilihan seperti Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuantan, Ipoh, Kelantan, KLIA2 dan juga Penang ke Johor Bahru.

Terminal yang paling sesuai untuk anda ‘drop-off’ dari mana-mana destinasi ialah di Terminal Larkin yang terletak tidak jauh dari Stadium Larkin. Ini kerana bas ke Singapore juga berlepas dari terminal ini.

Harga tambang bas boleh berubah dari masa ke semasa. Untuk elak kehabisan tiket bas terutama semasa musim perayaan atau cuti umum yang panjang anda digalakkan untuk tempah tiket bas lebih awal secara online.

Kalau hendak buat semakan tambang bas terkini boleh di buat online di applikasi online easybook.com.

Senarai Harga Tiket Bas Ke Johor Bahru

Di bawah adalah senarai tambang bas dari destinasi-destinasi terpilih ke Johor Bahru untuk panduan anda. Untuk tujuan ini kita ambil 7 destinasi paling popular iaitu dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuantan, Ipoh, Kelantan, KLIA2 dan Penang.

Melalui applikasi online seperti portal yang disediakan oleh easybook.com semakan harga tiket bas untuk destinasi lain juga boleh dengan mudah dilakukan.

Berikut adalah senarai harga (anggaran) tambang bas untuk perjalanan ke Johor Bahru dari destinasi-destinasi berikut.

Harga di bawah adalah anggaran. Harga sebenar bergantung kepada syarikat bas itu sendiri. Ada syarikat-syarikat bas yang menawarkan tambang lebih murah untuk kanak-kanak berbanding penumpang dewasa (adult).

  • Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Johor Bahru – RM20.00 – RM45.00
  • Kuantan ke Johor Bahru – RM29.00 – RM32.00
  • Ipoh ke Johor Bahru – RM53.00 – RM95.00
  • Kelantan ke Johor Bahru- RM 64.00 – RM75.00
  • KLIA 2 ke Johor Bahru – RM55.00 – RM59.00
  • Penang ke Johor Bahru – RM50.00 – RM100.00
  • Shah Alam ke Johor Bahru – RM33.00 – RM45.00

Nota: Senarai harga tiket bas di atas adalah untuk ke Terminal Bas Larkin, Johor Bahru. Kalau hendak tengok harga tiket yang terkini kena rajin-rajin semak di portal-portal atau applikasi tempahan tiket online.

Beli Tiket Bas Online Ke JB

Nak ulang sekali lagi, Johor Bahru adalah gateway untuk ke Singapore. Tidak hairanlah jika ramai penumpang membuat tempahan tiket bas untuk ke destinasi tersebut.

Penumpang yang ingin menaiki feri ke Batam juga boleh menaiki feri dari Berjaya Waterfront, Stulang Laut Johor

Ada banyak portal-portal yang menyediakan penjualan tiket bas secara online. Antara yang popular ialah easybook.com dan redbus.my.

Anda juga boleh beli terus menerusi portal syarikat-syarikat bas itu sendiri seperti perkhidmatan yang disediakan oleh Transnasional dan Mutiara Express.

Kami sentiasa beli tiket guna online kerana ianya lebih mudah dan elakkan kehabisan tiket bas.

Pada musim cuti panjang dan perayaan jumlah penumpang agak ramai, susah nak beli tiket di terminal bas ketika itu.

Selain menggunakan bas express, penumpang juga boleh pergi ke Johor Bahru menggunakan perkhidmatan KTM dan juga flight.

Kelebihan menaiki bas ialah penumpang boleh menikmati perjalanan dan pemandangan sepanjang perjalanan. Bas express yang menyediakan perkhidmatan ke destinasi tersebut juga selesa dilengkapi penghawa dingin, tempat duduk yang selesa, dan banyak yang lengkap dengan WiFi dalam bas.

Senarai Tempat Menarik Di Johor Bahru

Pengunjung yang merancang untuk jalan-jalan di Johor Bahru bolehlah melawat pelbagai tarikan atau ‘must-see’ di bandar tersebut. Sekurang-kurangnya 10 tarikan pelancong di Johor Bahru.

Antara tarikan utama ialah Legoland Malaysia, Johor Bahru City Square, Sanrio Hello Kitty Town, AEON Mall, Paradigm Mall, KSL City Mall, Johor Zoo, Thomas Town (Puteri Harbour), Angry Birds Activity Park dan Komtar JBCC.

Anda boleh lihat lebih banyak senarai tarikan pelancong melalui laman website rasmi Majlis Perbandaran Johor Bahru untuk maklumat lebih terperinci. Di sana ada maklumat lengkap mengenai tarikan pelancong di bandaraya tersebut. Pastinya anda tidak akan kekurangan aktiviti di bandar tersebut.

Semoga perkongsian info mengenai harga tiket bas ke Johor Bahru ini bermanfaat kepada anda. Marilah kita bersama mempromosi dan menyokong industri pelancongan dalam negara kita. Banyak destinasi yang tidak kurang menariknya berbanding negara luar.