Jadual & Harga Tiket Bas Ke Penang

Jadual dan harga tiket bas ke Penang Sentral dari RM 30 dan sedikit informasi umum mengenai perjalanan bas ke George Town dari KL. Penumpang boleh beli tiket bas lebih awal secara online.

Kebanyakan syarikat bas memilik sistem applikasi online mereka sendiri untuk tujuan yang sama.

Penumpang boleh book tiket bas secara online >> DI SINI

Bagi sesiapa yang ingin pergi melancong ke sana bolehlah naik bas ke Penang dari KL sudah tentu ini adalah salah satu pilihan lebih murah.

Selain menggunakan bas express pengunjung boleh menaiki perkhidmatan KTM dan juga flight. Untuk memudahkan anda boleh gunakan applikasi 12G0 Asia.

Harga Tiket Bas Ke Penang

Harga mungkin berbeza-beza mengikut syarikat bas walaupun bertolak dari destinasi atau terminal bas yang sama.

Untuk maklumat lebih tepat dan lanjut tentang harga tiket bas ekspress, anda boleh mengunjungi laman web Easybook.com.

Penumpang juga boleh cross-check info di portal yang lain seperti redbus.my dan catchthatbus.com.

Kebaikannya beli tiket melalui applikasi online ialah penumpang boleh check jadual perjalanan bas ke Penang dan membuat perbandingan harga antara syarikat bas.

Untuk makluman anda masa perjalanan dari Penang ke Kuala Lumpur atau sebaliknya adalah lebih kurang 4 jam dengan jarak perjalanan 353 KM bergantung kepada keadaan lalulintas semasa.

A. Harga tiket TBS ke Penang

Info di bawah adalah anggaran tambang bas dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Penang (Pulau Pinang).

Untuk ini kami senaraikan bas express, sebenarnya ada banyak lagi bas express yang menawarkan perkhidmatan untuk route ini.

  • Alya Express – dari RM 39.00
  • Billion Stars – dari RM 58.00
  • Ekspress Kesatuan – dari RM 40.00
  • Golden Silk Holidays – dari RM 34.00
  • Kejora (Mega Star) – dari RM 32.00
  • KPB Ekspress – dari RM 40.00
  • Plusliner – dari RM 46.00
  • Intercity – dari RM 52.00
  • Super Nice – dari RM 50.00
  • Aerobus – dari RM 40.00

B. Harga tiket Shah Alam ke Penang

Ini pula info harga tiket bas dari Shah Alam ke Pulau Pinang. Untuk tujuan info kali ini kami senaraikan 9 syarikat bas yang memberi perkhidmatan untuk laluan ini.

Sila semak senarai di bawah.

  • Billion Stars – dari RM 33.00
  • Mara Liner – dari RM 37.40
  • Persada (Taiping) – dari RM 38.00
  • Jasmine Express – dari RM 40.00
  • SUASANA HOLIDAY – dari RM 42.00
  • Lexojaya – dari RM 42.00
  • Quick Liner Express – dari RM 43.00
  • SANI (HKPS) – dari RM 43.00
  • Supernice Grassland – dari RM 45.00
  • Sri Theven Travel & Tours – dari RM 48.00
  • Pancaran Matahari – dari RM 50.00
  • Shira Transliner – dari RM 58.00

C. Ipoh ke Penang

Check out senarai harga tiket bas di bawah untuk perjalanan ke Penang. Walaupun kami senaraikan 9 syarikat bas di bawah, tetapi sebenarnya ada banyak lagi bas express yang beroperasi untuk laluan ini.

  • Mara Liner – dari RM 14.00
  • Mayang Sari Express – dari RM 16.00
  • Supernice Grassland – dari RM 18.00
  • Golden Silk Holidays – dari RM 18.00
  • Sri Maju Group – dari RM 20.00
  • KPB Ekspres – dari RM 20.00
  • Billion Stars – dari RM 20.00
  • Jasmine Express – dari RM 20.00
  • Sri Theven Travel & Tours – dari RM 20.00
  • Express Kesatuan – dari RM 20.00
  • Transnasional – dari RM 20.50
  • Aerobus – dari RM 22.00
  • GJG Travel & Tours – dari RM 25.00
  • Lexojaya – dari RM 25.00
  • Rhino Airiel Travel & Tours – dari RM 25.00
  • Unititi Express – dari RM 25.00
  • CS Travel – dari RM 25.00

D. Johor ke Penang

Jika anda hendak ke Penang dan ingin menaiki bas express, info ini berguna kepada anda. Selalunya pengunjung dari Johor menaiki pesawat untuk ke Penang kerana ianya lebih menjimatkan tenaga dan masa berbanding menaiki bas.

Kebaikan naik bas ialah anda boleh menikmati pemandangan sepanjang lebuhraya ke Pulau Pinang. Itu satu pengalaman yang menarik.

Check out senarai harga tiket bas di bawah dari Johor.

  • Billion Stars – dari RM 55.00
  • Mayang Sari Express – dari RM 55.60
  • KPB Ekspres – dari RM 58.00
  • KKKL Sdn Bhd – dari RM 58.00
  • Supernice Grassland – dari RM 65.00
  • Kejora (TBS) – dari RM 65.00
  • Quick Liner Express -dari RM 75.00
  • Sri Maju Group – dari RM 80.00
  • Sin Yong Express – dari RM 90.00
  • Etika Billion Stars – dari RM 90.00
  • Permata Utara Sdn Bhd – dari RM 90.00
  • LA Holidays – dari RM 90.00
  • TRANSTARBILLION – dari RM 95.00
  • Persada (Taiping) – dari RM 100.00
  • SELAT KERIS EXPRESS SDN BHD – dari RM 110.00
  • Star Mars travel – dari RM 120.00
  • VISIONS EXPRESS – dari RM 180.00

E. Kelantan ke Penang

Ramai yang tidak tahu bahawa ada perkhidmatan bas express dari Kelantan ke Penang. Cara ini lebih menjimatkan masa.

Untuk laluan ini ada berberapa syarikat bas yang biasa menawarkan perkhidmatan untuk laluan ini.

  • Ekspres Musafir – dari RM 33.90
  • Perdana Express – dari RM 38.00
  • Ekspres Mutiara – dari RM 38.40
  • Queen Express – dari RM 38.40
  • Transnasional – dari RM 41.30
  • Permata Utara Sdn Bhd – dari RM 43.00
  • Trizai Group – dari RM 50.00

F. Melaka ke Penang

Penumpang dari Melaka yang hendak berkunjung ke Pulau Pinang boleh rujuk pula harga tiket di bawah.

Biasanya penumpang akan menaiki bas dari Terminal Bas Melaka Sentral untuk ke mana-mana destinasi dari negeri tersebut.

  • Golden Silk Holidays – dari RM 42.00
  • Mayang Sari Express – dari RM 43.00
  • Sri Maju Group – dari RM 45.00
  • Kejora (TBS) – dari RM 45.00
  • Billion Stars – dari RM 48.00
  • KPB Ekspres – dari RM 50.00
  • KKKL Sdn Bhd – dari RM 51.00
  • SUASANA HOLIDAY – dari RM 52.00
  • Supernice Grassland – dari RM 55.00
  • Quick Liner Express – dari RM 60.00
  • Pancaran Matahari – dari RM 65.00

Nota: Harga-harga tiket bas yang tersenarai di atas bukanlah harga yang muktamad. Penumpang dinasihatkan untuk menyemak dengan syarikat bas itu sendiri atau di laman-laman portal booking tiket bas online untuk harga terkini terutama semasa musim perayaan dan cuti panjang.

Tarikan Pengunjung Di Penang

Senarai tempat menarik di Penang

Apa yang best atau what to do in Penang? Seperti perkongsian kami sebelum ini mengenai Pulau Langkawi, Penang juga memilik tarikan pelancong yang agak banyak.

Anda boleh baca info mengenai pelancongan di Penang di laman website rasmi Penang. Semua senarai dan maklumat tempat menarik di negeri tersebut ada di sana.

Bagi sesiapa yang tak pernah mengunjungi Penang, di sini kami ingin berkongsi info tempat-tempat menarik dan popular di Penang yang anda harus melawat ketika bercuti di Penang.

Bukit Bendera

Salah satu tempat yang paling popular di Penang ialah Bukit Bendera. Tempat ini selalunya padat dengan pengunjung terutama sekali ketika musim percutian.

Percutian anda tidak sempurna jika tak singgah di tempat ini.

Selain menikmati panaroma puncak bukit yang indah, para pengunjung boleh bersinggah pelbagai hotspot menarik di kawasan ini.

Antaranya ialah Muzium Burung Hantu, Earthquake & Typhoon Pavillion, Little Village dan Viewing deck.

Avatar Secret Garden

Bagi sesiapa yang minat fotografi, anda pasti kena melawat Avatar Secret Garden di Penang. Di sini, para pengunjung boleh menikmati cahaya lampu magikal pada pokok-pokok di Dark Mansion.

Juga, terdapat 3D Glow In The Dark Museum yang memiliki lukisan-lukisan cantik yang berubah daripada 2D ke 3D menggunakan ilusi optik.

Gurney Drive

Nak rasai makanan Penang, pastikan mengunjungi Gurney Drive. Terdapat pelbagai jeni makanan dijual di sini dan biasanya tempat ini meriah pada waktu malam.

Para pengunjung boleh menikmati makanan sedap sambil melihat pemandangan laut yang berdektan dengan Gurney Drive. Pasti pasangan kekasih minat tempat- tempat sebegini.

Escape Theme Park, Teluk Bahang

Hidup ini bosan tanpa cabaran. Bagi sesiapa yang ingin merasai aktiviti lasak yang penuh dengan cabaran, pastikan melawat Escape Theme Park yang terletak di Teluk Bahang.

Tempat ini terkenal dengan aktivit lasak atas pokok seperti Monkey Business, Flying Lemur dan Bungee Jumping.

Pengunjung turut boleh mengambil peluang untuk belajar memanjat pokok kelapa.

Ghost Museum

Tak takut dengan benda-benda seram seperti hantu? Cuba melawat Ghost Museum di George Town untuk menguji tahap keberanian anda.

Terdapat pelbagai jenis patung hantu yang ala-ala real di bilik-bilik di kawasan ini. Pastikan mengambil gambar dengan replika hantu di sini untuk dijadikan kenangan menarik.

Penang Akuarium

Percutian di Penang sudah tentu tak sempurna jika tidak melawat Penang Akuarium terletak di Batu Maung.

Tempat ini bukan sahaja menarik malah sesuai untuk para pengunjung yang memerlukan “healing energy”.

Terdapat berbagai-bagai jenis spesies ikan dipamerkan di akuarium ini. Tempat ini beroperasi setiap hari dari 10 pagi hingga 5 petang.

Pantai Batu Ferringhi

Satu lagi pantai yang popular untuk bermandi-manda dalam kalangan pelancong ialah Pantai Batu Ferringhi.

Pelancong bukan sahaja suka bermandi laut malah turut gemar melakukan aktiviti menarik seperti jet ski, parasailing dan banana boat.