Harga Tiket Kereta Api Bukit Bendera (Penang Hill) & Waktu Operasi

Harga tiket Bukit Bendera (Penang Hill) Kereta Api (Cable Car) dari RM 12.00 dan waktu beroperasi setiap hari.

Bosan dengan rutin harian yang sama? Kenapa tidak mengambil rehat daripada hidup yang stress dengan melancong tempat-tempat menarik di Malaysia.

Pastikan melawat Penang menjadi salah satu pilihan untuk anda.

Untuk anda yang belum pernah atau berhasrat untuk berkunjung ke Penang, kami ada menulis informasi lengkap mengenai harga tiket dan jadual bas ke Penang.

Terdapat pelbagai pusat peranginan yang terkenal di Malaysia. Bukit Bendera atau juga dikenali sebagai Flag Hill atau Penang Hill di Penang merupakan salah satu destinasi percutian yang popular dalam kalangan pelancong tempatan dan luar negara.

Siapa tidak suka suasana menghirup kopi di puncak bukit yang sejuk sambil menikmati panaroma bukit yang nyaman bersama yang tersayang dengan pemandangan bandaraya Georgetown di bawah bukit terhampar luas.

Bukit Bendera atau Flag Hill terletak di Pulau Pinang dan berada pada ketinggian sebanyak 830 meter dari aras laut.

Bukit ini telah dibangunkan pada sekitar tahun 1788 oleh pihak British sebagai destinasi istirehat untuk pegawai British.

Suasana sejuk pada suhu 21ºC di puncak bukit serta pemandangan hijau yang indah menjadi tarikan utama para pelancong pada musim panas.

Terdapat pelbagai alternatif yang boleh digunakan untuk sampai ke puncak bukit Bendera. Antaranya ialah kereta api dan jeep.

Walau bagaimanapun kereta api atau cable car menjadi pilihan utama para pengunjung disebabkan pelbagai faktor seperti kemudahan selesa, tambang murah serta masa perjalanan yang pendek.

Kereta api ini beroperasi pada setiap hari dari 6.30 pagi sehingga 11 malam.

Terdapat dua jenis harga tiket kereta api di Bukit Bendera iaitu kadar biasa dan fastlane.

Bagi para pengunjung yang malas hendak beratur berpanjangan dan ingin menjimatkan masa, anda boleh memilih tiket fast lane yang boleh dibeli secara online.

Harga Tiket Kereta Api Bukit Bendera

Namun, harga tiket fastlane sedikit tinggi berbanding dengan harga tiket biasa.

Jadual di bawah menunjukkan harga tiket kerata api untuk pelbagai kumpulan usia. Untuk harga tiket cable car terkini, rajin-rajinlah layari website rasmi mereka. Mungkin ada perubahan.

Harga ticket kereta api Penang Hill

Harga tiket cable car Penang Hill One Way

Nota: Kadar harga tiket cable car Penang Hill ini mungkin boleh berubah dari masa ke semasa. Anda dinasihatkan untuk membuat semakan kadar tambang yang terkini sebelum membuat pembelian tiket.

Baca juga: Pengalaman Menaiki Cable Car Di Langkawi Dan Genting Highland

Waktu Operasi Kereta Api Bukit Bendera

Di bawah adalah waktu beroperasi kereta api atau cable car Bukit Bendera untuk rujukan anda.

Waktu cable car ini beroperasi adalah sepanjang hari dari awal pagi hingga lewat malam.

Waktu beroperasi kereta api Penang Hill bermula seawal 6.30 am hingga 11.00 pm. Kaunter tiket pula akan dibuka dari 6.30 am hingga 9.45 pm setiap hari.

Pastikan anda jangan ketinggalan kereta api yang terakhir. Untuk mendapatkan informasi terkini waktu beroperasi sila buat semakan di portal rasmi Penang Hill.

Tarikan Pengunjung Bukit Bendera

Terdapat pelbagai tempat unik dan aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Bukit Bendera.

Malah lokasi ini sudah selalu berpesat dengan ramai pelancong terutama keluarga ketika musim percutian.

1. Love Lock

Love lock terdapat di viewing deck dan telah menjadi suatu trend yang wajib dipraktikkan dalam kalangan pasangan bercinta.

Pada kebiasaanya, pasangan bercinta akan menuliskan nama mereka atau kata-kata cinta di mangga (padlock) yang dijual di viewing deck.

Nah tunggu apa lagi kepada yang sedang hangat bercinti, tempat ini wajib anda kunjungi.

Mangga ini akan dikunci di pagar disediakan. Budaya ini sangat popular di Korea Selatan dan Jepun dan ia menjadi amalan yang sangat bermakna dalam kalangan couples.

2. Cliff Cafe

Teringin hendak menjamu selera sambil menikmati pemandangan puncak bukit yang nyaman? Cliff cafe ialah tempat yang anda perlu kunjungi.

Selain makanan yang enak, terdapat banyak gerai yang menjual cendera hati di Cliff cafe.

Memang berbaloi singgah sebentar di sini.

3. Owl Museum

Owl Musuem atau dikenali sebagai Muzium Burung Hantu merupakan satu lagi tempat yang popular dalam kalangan para pelancong di Bukit Bendera.

Peminat burung, apa kata jadikan tempat ini wajib singgah.

Muzium ini terletak di kawasan Astaka Bukit Bendera dan bayaran khas akan dikenakan kepada pelancong yang ingin mengunjungi tempat ini.

Terdapat pelbagai jenis arca burung hantu di muzium ini yang menjadikan tempat ini unik dan popular dalam kalangan pelancong.

Bayaran masuk untuk kanak-kanak dan golongan dewasa ialah RM 6 dan RM 12 masing- masing.

Pelancong berpeluang untuk mengambil gambar dengan arca burung hantu yang bervariasi warna dan jenis.

4. Bel Retiro

Bel Retiro merupakan bangunan bersejarah yang telah dibina ole Francis Light. Para pelancong boleh menghayati pengaruh seni bina Inggeris dalam reka bentuk bangunan ini.

Malah, bangunan ini pernah menjadi tempat urusan serta penginapan Residen British.

Para pelancong hanya dibenarkan untuk masuk sehingga pintu gerbang kerana tempat ini masih digunakan untuk tujuan urusan kerajaan.

5. Earthquake and Typhoon Pavilion

Pernah mengalami fenomena gempa bumi ataupun taufan? Di Earthquake & Typhoon Pavillion, para pengunjung berpeluang untuk merasai simulasi bencana gempa bumi serta taufan dalam keadaan yang selamat.

Konsep unik ini berjaya menarik perhatian ramai pelancong dan hampir semua pengunjung melawat Bukit Bendera pasti akan mencuba simulasi ini.

6. Menaiki Buggy

Salah satu aktiviti yang digemari oleh para pengunjung di Bukit Bendera ialah menaiki buggy di sekitar dataran puncak bukit.

Bagi sesiapa yang malas berjalan kaki, anda boleh menikmati persekitaran Bukit Bendera dengan menaiki buggy.

Buggy ini boleh memuatkan seramai 6 orang dan pemandu buggy bertanggungjawab membawa anda bersiar-siar. Kadar RM30 akan dikenakan untuk setiap buggy.

Ini merupakan aktiviti yang sesuai dilakukan bersama keluarga dan rakan- rakan.

Jika anda perlukan maklumat lanjut atau ingin berhubung dengan pengurusan kereta api Penang Hill sila layari laman website rasmi Penang Hill.

Harga tiket mungkin berubah dari masa ke semasa, penting sekali untuk anda semak di laman website rasmi mereka untuk harga yang terkini.