Harga Tiket Cable Car Langkawi SkyCAB

Harga tiket Cable Car Langkawi berikut adalah yang terkini seperti yang disiarkan di laman website rasmi cable car Langkawi tahun 2024. Berikut adalah harga terkini untuk warganegara Malaysia dan bukan warganegara:

Warganegara Malaysia:

  • Dewasa: RM 43
  • Kanak-kanak (3-12 tahun): RM 33

Bukan Warganegara:

Dewasa: RM 85
Kanak-kanak (3-12 tahun): RM 65

Harga ini mungkin berubah, disarankan untuk memeriksa harga terkini sebelum membeli tiket. Anda boleh menghubungi pihak Langkawi SkyCab atau mengunjungi laman web rasmi mereka untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Selain tiket asas, terdapat juga pakej-pakej lain yang boleh dibeli seperti:

  • Pakej SkyBridge: Termasuk tiket cable car dan akses ke SkyBridge.
  • Pakej SkyGlide: Termasuk tiket cable car dan akses ke SkyGlide.
  • Pakej 4-in-1: Termasuk tiket cable car, SkyBridge, SkyGlide, dan SkyDome.

Berikut adalah beberapa cara untuk membeli tiket Cable Car Langkawi:

1. Beli Secara Langsung di Lokasi

  • Anda boleh pergi terus ke stesen Cable Car Langkawi dan membeli tiket di kaunter.
  • Pastikan anda membawa wang tunai atau kad pembayaran yang diterima.

2. Beli Online

  • Kunjungi laman web rasmi Langkawi SkyCab.
  • Pilih pakej tiket yang diinginkan
  • Ikuti langkah-langkah pembelian online dan bayar menggunakan kaedah pembayaran yang tersedia.

3. Beli Melalui Agensi Pelancongan

  • Banyak agensi pelancongan di Langkawi atau di tempat lain menawarkan pakej pelancongan yang termasuk tiket Cable Car Langkawi.
  • Anda boleh menghubungi agensi pelancongan dan membeli tiket melalui mereka.

Tips:

  • Beli tiket terlebih dahulu untuk mengelakkan barisan panjang, terutama pada musim puncak.
  • Pilih waktu yang sesuai untuk mengelakkan kesesakan.
  • Periksa harga tiket terkini sebelum membeli untuk memastikan anda mendapatkan harga terbaik.

Baca juga: Harga Tiket Feri Kuala Kedah – Langkawi dan Kuala Perlis – Langkawi

Maklumat Perhubungan

Rasanya maklumat yang ada di sini semua sudah cukup lengkap, tetapi kalau rasa perlukan maklumat lebih terperinci atau maklumat lain anda boleh berhubung terus dengan pihak Panorama Langkawi menggunakan maklumat perhubungan di bawah.

Perkhidmatan tarikan pengunjung cable car ini dikendalikan oleh Panorama Langkawi Sdn Bhd.

Panorama Langkawi Sdn Bhd
Cable Car Station, Oriental Village,
Burau Bay,
07000 Langkawi,
Kedah, MALAYSIA
T:[6]04-959 4225/1225
F:[6]04-959 1121/4121
E: info@panoramalangkawi.com

Selain aktiviti menaiki cable car pengunjung juga boleh menaiki Langkawi Sky Bridge yang menawarkan pemandangan alam sekitar dan lautan di bawahnya.

Langkawi Sky Bridge ini salah satu lagi tarikan pengunjung yang paling popular di Langkawi ketika ini.

Nikmati pengalaman menaiki jabatan terapung di udara dan ambil gambar pemandangan pulau dari atas.

Rasanya ini adalah satu-satunya jambatan yang sedemikian di Malaysia ketika ini.

Pengunjung yang ke Langkawi pasti mencuba kedua-dua aktiviti ini iaitu menaiki cable car dan juga Sky Bridge. Pengalaman yang pasti tidak akan anda dapat lupakan.

Cara Ke Langkawi Cable Car

Secara keseluruhannya lokasi tempat-tempat menarik di Langkawi tidaklah berjauhan antara satu sama lain. Kebanyakan tempat menarik boleh dilawati dalam masa 1 hari.

Untuk ke Langkawi Cable Car anda boleh ambil perkhidmatan teksi atau panggil Grab Car.

Jika punya badget lebih, sewa kereta (rent a car) atau motorsikal adalah yang paling sesuai kerana anda bebas pergi ke mana-mana mengikut masa dan jadual anda.

Banyak perkhidmatan kereta sewa atau car rental ditawarkan di sana dengan harga yang agak berpatutan.

Untuk cari kereta sewa, anda boleh baca tips cari kereta sewa murah di Langkawi. Anda boleh mendapat pilihan kereta sewa yang lebih murah dan banyak.

Pastikan anda menyewa kereta atau motorsikal dengan kedai yang berlesen untuk mengelak apa-apa perkara yang kurang menyeronokkan nanti.

Memandu di Langkawi agak selamat kerana jumlah kereta yang tidak begitu banyak dengan jalan raya yang baik.

Maklumat Berkaitan

Adakah menaiki cable car ini selamat?

Cable car atau kereta kable Langkawi agak curam, tetapi janganlah risau kerana ianya dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang tinggi.

Menaiki cable car, anda boleh melihat pemandangan 360 darjah sekitar Pulau Langkawi berserta 22 pulau di sekitarnya.

Berapa lama masa diambil menaiki cable car?

Pengalaman menaiki cable car mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk sampai ke puncak. Anda akan berpeluang menikmati pemandangan sekitar Pulau Langkawi yang cantik.

Berapa ketinggian cable car di Langkawi?

Anda akan mencapai ke ketinggian 708 meter ke puncak Gunung Mat Cincang dalam masa 15 minit. Pengalaman menaiki cable car ini menjanjikan pemandangan yang menakjubkan sepanjang masa.

Bagaimana cara untuk ke Langkawi Cable Car?

Anda boleh menaiki kereta sewa, teksi atau Grab. Kos menaiki teksi dari Pantai Cenang ke Oriental Village adalah lebih kurang RM26, perjalanan mengambil masa lebih kurang 20 minit.

Semoga perkongsian info mengenai harga tiket cable car Langkawi ini bermanfaat kepada anda. Gunakan cuti-cuti anda dengan melancong dalam negara. Selamat bercuti.