Perkhidmatan Kereta Api (ETS) KL Sentral Ke Hatyai Harga Tiket & Jadual Perjalanan

Pernah pergi melancong ke Hatyai? Hatyai merupakan sebuah bandar raya yang amat popular dalam kalangan pelancong dunia.

Bandar ini terletak di negara Thailand, berdekatan dengan sempadan Malaysia.

Antara tempat menarik yang boleh dikunjungi di Hatyai ialah Pruksa Park, Lee Garden Plaza Night Market, Double 3 Craft Cafe serta ASEAN Night Market.

READ: Perkhidmatan Kereta Api ke Padang Besar

Naik kereta api ETS dari KL Sentral ke Hatyai Thailand

Sebenarnya kita boleh pergi ke Hatyai dari KL Sentral hanya dengan menggunakan perkhidmatan keretapi ETS.

Perkhidmatan kereta api ini amat sesuai bagi penumpang yang kurang gemar menaiki kapal terbang.

Tambahan lagi, perkhidmatan ini dianggap lebih murah berbanding dengan tiket kapal terbang, selamat serta sesuai bagi mereka yang ingin menikmati pemandangan cantik.

Kali ini kita cerita sikit berberapa maklumat penting seperti jadual perjalanan, harga tiket, cara membeli tiket dan maklumat perhubungan bagi perjalanan ke Hatyai.

Cara Perjalanan

Sebenarnya, para penumpang boleh mengambil keretapi ETS dari KL Sentral untuk pergi ke Padang Besar, Perlis.

Perkhidmatan kereta api ETS ditawarkan oleh Syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Setelah sampai di Padang Besar, pelbagai jenis pengangkutan lain boleh digunakan untuk sampai ke Hatyai.

Antara perkhidmatan pengangkutan disediakan ialah kereta api, minivan, bas, dan kereta.

Anggaran harga perkhidmatan minivan/ kereta ditawarkan ke Hatyai ialah sebanyak RM 20.

Namun bagi para penumpang yang ingin menikmati pengalaman unik, anda boleh memilih untuk menaiki kereta api SRT menuju ke Hatyai.

Harga Tiket ETS KL Sentral-Padang Besar

Harga tiket perjalanan ini bergantung pada pelbagai faktor seperti masa perjalanan, musim perayaan serta jenis kelas kereta api dipilih.

Terdapat dua jenis kelas kereta api ETS yang boleh dipilih, iaitu ETS Platinum dan ETS Gold.

Harga tiket bagi ETS Gold bermula dari RM 76 sehala manakala, harga ETS Platinum pulak bermula dari RM 102 per hala.

Jadual Perjalanan ETS KL Sentral-Padang Besar

Kereta api pertama ditawarkan dari KL Sentral pada pukul 7.08 pagi, manakala, kereta api terkahir akan bergerak pada jam 10.50 malam.

Anggaran masa perjalanan diambil untuk sampai ke Padang Besar ialah dalam 5 jam 45 min.

Perkhidmatan kereta api ETS disediakan sebanyak 5 kali sehari bagi laluan perjalanan KL Sentral-Padang Besar.

Di samping itu, nombor kereta api ETS beroperasi bagi perjalanan KL Sentral-Padang Besar ialah EP 9272, EP 9274, EG 9420, EP 9276 serta EP 9278.

Selain itu, ETS Gold akan mempunyai lebih banyak perhentian bagi mengambil dan menurunkan penumpang, dan oleh sebab itu,masa diambil untuk sampai ke Padang Besar dalam ETS Gold lebih lama berbanding dengan ETS Platinum.

Jadual Perjalanan & Harga Tiket Dari Padang Besar-Hatyai

Perkhidmatan kereta api dari Padang Besar ke Hatyai hanya ditawarkan sebanyak dua kali sehari per hala.

Kereta api dari Padang Besar ke Hatyai mula bergerak pada pukul 9.55 pagi dan 4.40 petang.

Manakala, perkhidmatan kereta api dari Hatyai ke Padang Besar akan beroperasi pada pukul 8.30 pagi serta 3.00 petang dalam waktu Malaysia.

Anggaran jumlah masa diambil bagi perjalanan ini ialah sebanyak 50- 55 minit sahaja.

Manakala, harga tiket per hala bagi laluan perjalanan ini ialah sebanyak 50 Bhat.

Para penumpang boleh memilih untuk membayar sama ada dalam mata wang Bhat Thailand ataupun Ringgit Malaysia (sebanyak RM 7).

Selain itu, kaunter tiket ini akan dibuka pada pukul 9 pagi serta 2.30 tengah hari setiap hari.

Kemudahan Disediakan Dalam ETS

Terdapat pelbagai jenis kemudahan disediakan bagi kesenangan para penumpang dalam perkhidmatan ETS.

Antaranya ialah Wi-Fi, tandas, tempat duduk selesa, tempat pengecasan telefon bimbit, serta makanan.

Tambahan lagi, atendan kereta api sentiasa ada dan bersedia untuk membantu para penumpang yang memerlukan sebarang pertolongan.

Cara Book Tiket ETS

Tiket kereta api ETS boleh dibeli sama ada secara atas talian ataupun dengan secara manual di kaunter kereta api ETS, KL Sentral.

Namun, lebih ramai penumpang suka membeli tiket melalui atas talian disebabkan ia lebih mudah, senang serta menjimatkan masa dan tenaga daripada beratur berpanjangan di kaunter tiket.

Penumpang boleh membeli tiket secara atas talian terus di portal rasmi KTMB atau BusOnlineTicket.com/ETS-KTM.

Menerusi perkhidmatan atas talian, para penumpang boleh melakukan penempahan tiket, memilih tempat duduk mengikut pilihan masing-masing serta melakukan pembayaran online.

Pelbagai jenis perkhidmatan bayaran ditawarkan dan antaranya ialah kad debit, perbankan online (FPX), Alipay, Paypal dan kad kredit.

Selepas itu, penumpang akan mendapat notifikasi menyatakan penempahan dan pembayaran tiket telah berjaya.

Tiket dalam bentuk pdf akan dihantar ke alamat emel yang diberikan.

Penumpang boleh memilih sama ada untuk mencetak tiket ataupun menunjukkan tiket pdf dalam telefon sebelum perjalanan.

Maklumat Perhubungan

Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi nombor telefon khidmat pelanggan KTMB di bawah ini.
Nombor telefon: 03-2267 1200
Laman web: https://online.ktmb.com.my/

Na… dah tahu boleh sahaja ke Hatyai di selatan Thailand dengan mudah guna ETS. Apa tunggu lagi, cuti-cuti nanti luangkan masa bersama family bercuti ke sana.

Selamat bercuti!