Login SAPS Ibu Bapa (NKRA-KPM) Semakan Keputusan Peperiksaan Online

Login SAPS Ibu Bapa NKRA-KPM Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah untuk panduan anda. Tahukah anda apa kegunaa dan fungsi SAPS Ibu Bapa NKRA-KPM ini?

Tidak seperti dahulu, anak kena bawa balik rumah report kad untuk diperlihatkan kepada ibubapa dan dapatkan tandatangan sebelum dikembalikan kepada guru kelas.

Itu cara dulu, sekarang zaman IT dah ada perubahan dan pembaharuan system.

Sekarang ini semua maklumat tersebut boleh diakses melalui portal aplikasi Sistem SAPS semakan ibu bapa.

Apa yang perlu dilakukan ialah login ke portal tersebut untuk mendapatkan keputusan terkini peperiksaan anak-anak anda.

Login SAPS Ibu Bapa Secara Online

Sistem ini diwujudkan untuk membolehkan para ibu bapa memantau dan mendapatkan maklumat Kedudukan Dalam Kelas (KDK) dan Kedudukan Dalam Darjah (KDD) bagi sekolah rendah dan Kedudukan Dalam Tingkatan (KDT) untuk sekolah menengah anak masing-masing.

Sesuailah dengan namanya Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).

Dengan sistem online ini, ibu bapa mudah untuk memantau prestasi anak-anak mereka.

Sistem SAPS ibu bapa menyokong semua ujian peringkat sekolah termasuklah keputusan untuk ujian percubaan sekolah rendah dan menengah.

Peperiksaan umum seperti UPSR, PT3 dan SPM tidak disokong/dipaparkan dalam sistem ini.

Untuk keputusan peperiksaan umum para ibu bapa boleh pergi ke sekolah anak masing-masing untuk membuat semakan atau membuat semakan secara online atau SMS.

Cara Login SAPS Ibubapa NKRA-KPM

Untuk login ke portal Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah online bagi tujuan semakan keputusan peperiksaan pelajar para ibubapa boleh layari portal SAPS di https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/

Klik link di atas, selepas itu anda akan di bawah ke paparan seperti di bawah;

Portal SAPS Ibu Bapa login online

Anda bolehlah login SAPS ibu bapa seperti biasa dengan memasukkan nombor Kad Pengenalan (MyKAD) pelajar dan klik butang ‘CARI’

Selepas itu anda pilih negeri dan nama sekolah kemudian klik butang ‘SEMAK

Sistem kemudiannya akan memaparkan maklumat keputusan terkini pelajar seperti rekod kedudukan dalam kelas, pencapaian gred dan peratusan markah peperiksaan.

Rujukan Sistem Gred Pemarkahan

Untuk panduan dan rujukan anda di bawah adalah sistem pengredan yang diguna pakai di sekolah rendah dan juga sekolah menengah pada ketika ini.

Mungkin dari masa ke semasa KPM akan menukar sistem tetapi ketika ini, mereka gunakan skala pengredan di bawah.

A. Gred Sekolah Rendah

  • 80-100 Gred A Cemerlang
  • 65-79 Gred B Baik
  • 50-64 Gred C Memuaskan
  • 40-49 Gred D Mencapai Tahap Minimum
  • 0-39 Gred E Belum Mencapai Tahap Minimum
  • TH Tidak Hadir

B. Gred Sekolah Menengah

  • 85-100 Gred A Cemerlang
  • 70-84 Gred B Kepujian
  • 60-69 Gred C Baik
  • 50-59 Gred D Memuaskan
  • 40-49 Gred E Mencapai Tahap Minimum
  • 0-39 Gred F Belum Mencapai Tahap Minimum
  • TH Tidak Hadir

C. Gred Menengah Atas

  • 90-100 Gred A+ Cemerlang Tertinggi
  • 80-89 Gred A Cemerlang Tinggi
  • 70-79 Gred A- Cemerlang
  • 65-69 Gred B+ Kepujian Tertinggi
  • 60-64 Gred B Kepujian Tinggi
  • 55-59 Gred C+ Kepujian Atas
  • 50-54 Gred C Kepujian
  • 45-49 Gred D Lulus Atas
  • 40-44 Gred E Lulus
  • 0-39 Gred G Gagal
  • TH Tidak Hadir

Jika sistem ini digunapakai dengan sebaik-baiknya ianya sangat bermanfaat untuk membantu bersama-sama pihak sekolah memantau perkembangan murid dan seterusnya menaikkan prestasi anak / pelajar.

Tidaklah tugas itu diletakkan ke atas bahu pihak sekolah semuanya.

Adalah menjadi tanggungjawab para ibubap untuk bersama-sama memastikan anak / pelajar tidak ketinggalan dalam pelajaran sepanjang masa.

Semoga sedikit informasi umum mengenai login SAPS ibu bapa NKRA-KPM ini bermanfaat kepada para ibu bapa untuk memantau perkembangan pembelajaran anak-anak anda.