Peluang kerjaya Graduan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Peluang kerjaya graduan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak khas diwujudkan untuk melatih dan memberikan kemahiran kepada graduan agar mereka dapat mendidik kanak-kanak.

Sebelum ini kami ada menulis mengenai syarat kelayakan kemasukan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Ini adalah sambungan dari artikel tersebut.

Dalam kursus ini graduan bukan sahaja mempelajari cara cara mendidik kanak-kanak, malah turut boleh mendapat kemahiran dan pengetahuan berkaitan psikologi kanak-kanak, pemahaman mengenai realiti tempatan, intelektual mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dan lain lain lagi.

Ada banyak IPT di Malaysia yang tawarkan kursus ini.

Antara IPT yang menawarkan diploma ini ialah Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Kolej Perkembangan Awal Kanak-kanak, Open University Malaysia, UNITAR International Malaysia serta Kolej Perkembangan Awal Kanak- kanak.

Terdapat pelbagai jenis kerjaya yang boleh diceburi oleh graduan selepas menamatkan pengajian dalam diploma ini.

Sebab itu ramai yang berminat ambil kursus ini.

Peluang Kerja Graduan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Antara peluang pekerjaan yang boleh diceburi ialah seperti di bawah. Memang peluang kerja yang agak menarik.

  1. Guru Tadika

Para graduan boleh memohon menjadi guru tadika sama ada di tabika perpaduan milik kerajaan atau tadika swasta.

Bagi tabika perpaduan milik kerajaan, graduan boleh memohon untuk jawatan guru tabika S29 dengan mendapatkan borang permohonan di Jabatan Perpaduan Negara.

Gaji ditawarkan ialah dalam julat RM 1493 – RM 5672 (minimum- maksimum).

Selain itu, anda turut memperoleh elaun- elaun tambahan seperti imbuhan tetap perumahan (ITP), imbuhan tetap khidmat awam (ITKA) serta bantuan sara hidup (COLA) setiap bulan jika bekerja bawah kerajaan.

Bagi mereka yang berminat menjadi guru tadika swasta, anda boleh mengemukakan permohonan secara terus di tadika tersebut.

2. Guru Pra Sekolah

Graduan lepasan diploma pendidikan awal kanak-kanak turut boleh memohon menjadi guru prasekolah DG 29.

Anda boleh membuat permohonan di portal SPP. Gaji permulaan bagi jawatan ini ialah RM 1589 dan gaji maksimum ditawarkan ialah RM 5137.

Kadar kenaikan gaji tahunan bagi jawatan ini ialah sebanyak RM 145. Guru pra sekolah turut menerima elaun-elaun tambahan kerajaan setiap bulan.

Antara bidang tugas guru pra sekolah ialah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran prasekolah, membuat penilain murid, mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat kepada pelajar pra sekolah serta bertanggungjawab kepada pengurusan sukan dan motivasi murid.

3. Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S29

Para graduan turut boleh menceburi bidang lain dengan memohon sebagai penolong pegawai pembangunan masyarakat.

Antara bidang tugas kerja ialah memberi khidmat runding cara, memberi kaunseling akhlak kepada juvana, mengurus bantuan masyarakat dan lain-lain lagi.

Gaji permulaan ialah RM 1770.95 dan gaji maksimum untuk jawatan ini ialah sebanyak RM5,672.00.

Kadar kenaikan gaji tahunan ialah sebanyak RM 145. Graduan boleh memohon untuk jawatan ini di portal SPA.

4. Penolong Pegawai Tadbir N29

Graduan lepasan diploma ini turut boleh memohon sebagai Penolong pegawai tadbir N29 di bawah jabatan perkhidmatan awam.

Permohonan boleh dikemukakan di portal SPA. Antara deskripsi tugas bagi jawatan ini ialah menguruskan kerja-kerja mengenai pengurusan kewangan, pengurusan perkhidmatan pejabat, perkhidmatan personel serta pengurusan majlis rasmi.

Gaji permulaan ialah RM 1770.95 dan gaji maksimum untuk jawatan ini ialah sebanyak RM5,672.00. Kadar kenaikan gaji tahunan ialah sebanyak RM 145.

5. Pengusaha Tadika

Graduan yang mempunyai minat dalam bidang bisnes atau keusahawan, turut boleh menjadi pengusaha tadika dengan mewujudkan tadika sendiri.

Malah, bukan mudah menjadi pengusaha tadika disebabkan anda perlu menanggung beban kos seperti membayar gaji pekerja, sewa dan kos-kos lain lagi.

Disebabkan ini, kerajaan telah memperuntukkan subsidi untuk pengusaha tadika.

Graduan yang berminat untuk menjadi pengusaha tadika, turut boleh mengambil kursus pengusahawan (Bisnes) agar dapat menguruskan tadika dengan lancar.

Sebenarnya senarai kerja untuk graduan dalam bidang ini di atas hanya sebahagian kecil sahaja.

Asalkan kita tidak memilih kerja, pastinya kita akan dapat kerja juga. Tidak semestinya peluang kerja yang berkaitan dengan bidang kursus ini sahaja.

Semoga sedikit informasi ringkas mengenai peluang kerja ini bermanfaat kepada anda. Jika memang reziki kita, pastinya tidak akan salah alamat. Jangan risau dan bimbang, teruskan usaha mencari kerja untuk membina kerjaya anda.