Pos Barang Guna Bas Transnasional Express

Pos barang guna bas Transnasional express di seluruh Semenanjung Malaysia. Perniagaan online atau atas talian semakin popular sekarang ini.

Sudah tentu cara untuk pos barang juga pelbagai. Ada guna bas, courier services, KTM dan bas.

Macam mana cara pun kaedah pengantaran yang digunakan, janji barang tersebut sampai kepada pihak yang dituju.

Sekarang ini yang sangat popular ialah kaedah hantar barang guna bas Transnasional Express.

Harga adalah bergantung kepada barang yang dikirim. Makin berat, makin mahallah. Itu sudah pasti.

Sebelum ini kami ada tulis sedikit informasi mengenai hantar motor guna bas. Ramai yang tanya, boleh ke pos motor guna bas Transnasional?

Anda boleh berhubung terus dengan pihak Transcourier untuk perkhidmatan hantar motor. Mereka boleh bagi informasi dan juga panduan.

Kalau tempat anda  berdekatan dengan stesen KTM anda boleh pertimbangkan hantar motor guna KTM.

Mungkin sebelum ini ramai yang dah pernah hantar barang guna bas Intercity. Selepas ini anda punya banyak pilihan.

Bas Transnasional Express ini pergi ke hampir setiap bandar dan pekan di Semenanjung Malaysia. Hantar barang guna khidmat mereka sudah pasti lebih cepat sampai.

Cara Hantar Barang Guna Bas Transnasional

Rasanya senang sahaja. Pertamanya anda semak jadual perjalanan bas tersebut ke destinasi di mana anda ingin hantar barang anda.

Anda boleh buat semakan melalui dengan menghubungi agent atau kaunter tiket bas express tersebut yang terdekat dengan anda di senarai contact number Transnasional.

Bungkus barang anda baik-baik dan kemas supaya bungkus tak rosak atau koyak masa dalam perjalanan.

Kalau barang itu mudah pecah atau rosak anda tandalah perkataan “Fragile” dan inform pemandu bas supaya berhati-hati handle barang anda.

Selepas itu anda berurusan dengan kaunter bas Transnasional atau dengan pemandu bas untuk penghantaran.

Ianya mudah dan mungkin lebih murah, kata sesetengah orang yang sudah pernah menggunakan perkhidmatan tersebut.

Pastikan anda ambil nama dan nombor telefon pemandu berserta no pendaftaran bas untuk diberikan kepada penerima.

Sudah tentu detail anda seperti nama penuh dan nombor telefon anda (anda) sekali dengan nama dan nombor telefon penerima untuk memudahkan pihak Transnasional menghubungi anda atau penerima bila barang sudah selamat sampai ke destinasi.

Anda boleh layari portal rasmi Transnasional Express untuk maklumat lebih terperinci mengenai syarikat bas tersebut.

Parcel Delivery By Bus Easybook.com

Jika tidak ada perkhidmatan bas express Transnasional di kawasan berdekatan anda, boleh juga gunakan perkhidmatan pos barang yang ditawarkan oleh easybook.com.

Sebelum ini portal atau applikasi online easybook.com hanya tertumpu kepada booking tiket bus express, ferry dan train secara online.

Tetapi baru-baru ini mereka sudah menambah perkhidmatan mereka iaitu penghantaran barang (parcel) guna bas express.

Yang ini lebih menarik kerana perkhidmatan tidak terhad dengan menggunakan hanya satu bas tetapi semua syarikat bas express yang berdaftar dengan mereka.

Maksudnya soal tiada bas Transnasional ditempat anda tidak timbul kerana jika anda menggunakan khidmat portal easybook.com, barangan atau parcel anda akan dihantar guna bas yang berdaftar dengan portal tersebut.

Anda boleh layari cara guna portal easybook.com untuk lebih memahami cara menggunakan portal yang sangat popular di Malaysia tersebut.

Maksudnya anda kini punya banyak pilihan dan tidak perlu risau untuk cari bas express bagi tujuan pos barang anda kepada penerima.

Semoga sedikit informasi cari pos barang guna bas Transnasional Express ini bermanfaat kepada anda. Marilah bersama menyokong industri pengangkutan awam di negara kita.