Pos Motor Guna Nationwide Express Lebih Murah & Pantas

Rasanya ramai yang tertanya-tanya bagaimana nak pos motor ke tempat lain? Sebenarnya banyak saja agensi atau syarikat yang buat perkhidmatan pos motor, tapi kali ni nak cerita tentang Nationwide Express pula!

Anda pernah tak gunakan perkhidmatan Nationwide Express untuk pos motor?

Pasti anda yang pernah dan ada yang belum pernah kan?

Ramai juga yang menyangka syarikat ini hanya sediakan servis penghantaran surat dan bungkusan sahaja, tapi sebenarnya pos motor pun ada!

Cakap saja nak hantar motosikal ke mana di Semenanjung Malaysia ini, mereka boleh uruskan untuk anda!

READ: Pos Motor Guna KTM

Rasanya harga pos motor oleh Nationwide lebih murah kalau nak bandingkan dengan tempat lain. Syarikat ini pun ada sediakan perkhidmatan balut motor untuk elakkan motor tercalar semasa menghantar.

Cara pos motor guna Nationwide Express

Memang berbaloi sangat, anda pun taklah risau kalau motor calar teruk.

Cara Tempahan Penghantaran Motor

Jika anda nak gunakan servis mereka, anda perlu menghantar sendiri motor anda ke cawangan mereka yang paling dekat dengan anda. Kemudian beritahulah ke mana anda pos motor anda.

Anda mungkin akan diminta untuk isi beberapa borang dan buat pembayaran ikut CC motor anda.

Tidaklah rumit mana kan!

Waktu operasi Nationwide Express

Sebelum anda nak datang ke pejabat mereka, pastikan anda tahu waktu mereka beroperasi. Pejabat mereka buka pada hari Isini hingga Sabtu pada pukul 8.30 pagi hingga 6 petang.

Hari ahad pula adalah hari mereka tutup. Jadi kalau anda nak berurusan, datanglah pada hari bekerja, jangan datang pada hari ahad pula ya!

Dokumen Untuk Pos Motor

Semasa anda datang ke mana-mana cawangan untuk post motor, pastikan anda bawa dua dokumen berikut:-

  1. Anda perlu berikan 2 salinan kad pengenalan.
  2. Anda perlu kemukanan geran motosikal yang sah ataupun kad kenderaan anda.

Kalau anda dah berjaya kemukakan dokumen yang mereka minta, barulah mereka boleh luluskan untuk pos.

Geran motosikal memang penting, sebab syarikat nak elakkan daripada masalah-masalah motor curi.

Sekarang kan banyak!

READ: Pos Motor Guna Pos Laju

Harga Kadar Penghantaran Motosikal

Menurut Nationwide Express sendiri, harga adalah mengikut bilangan CC motosikal.  Check laman website rasmi Nationwide Express untuk info harga terkini.

1 CC = RM1.60
SST = 6%

Jadi jika misalnya motor anda ialah motor 250CC, pengiraannya adalah seperti berikut (Ini adalah anggaran sahaja) :-

1 CC = RM1.60
250 X 1.60 = RM400

SST = 6%
400 X 6%= RM24

Jadi, anggaran harga bagi penghantaran motor 250CC ialah,

RM400 + RM24 =RM424

Lebih kurang macam tu lah kalau nak kira sendiri, tapi kalau nak lebih tepat anda bolehlah datang terus ke cawangan Nationwide Express sendiri.

Perkara Yang Anda Perlu Lakukan Sebelum Pos Motosikal

  1. Masa anda datang ke kaunter untuk berurusan, jangan lupa bawa Kad Pengenalan dan geran motosikal anda ya! Dua dokumen tersebut memang wajib.
  2. Sebelum anda nak pos motor, anda digalakkan cabut dahulu no. plat dan cermin sisi motor anda. Bukan apa, risau semasa proses penghantaran nanti, ia patah atau rosak kerana mungkin terlanggar atau terhantuk sesuatu di dalam lori penghantaran.
  3. Sebaiknya anda bungkus motor anda untuk elakkan sebarang calar yang teruk, sebab kita tak tahu apa yang berlaku semasa lori penghantaran dalam perjalanan kan.
  4. Kalau anda nak pos motor, pastikan dulu bahawa tanki minyak anda tidak terlalu penuh. Risau tertumpah pula semasa dalam perjalanan, maklumlah penghantaran melalui darat, lainlah kalau guna pengangkutan udara.
  5. Soal kunci motosikal pula, lebih baik kalau anda yang pegang sendiri kerana anda tidak digalakkan untuk letak bersama dengan motor untuk dipos.

Alamat Atau Address Nationwide Express & Contact Number

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan ataupun ingin berurusan secara langsung dengan mereka, anda boleh rujuk alamat dan lokasi berikut:-

Nationwide Express Courier Services Berhad (133096-M),
Lot 6 & 7, Jalan Utas 15/7,
Section 15, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Phone: +603-8073 3333 / +603-5163 3333
Fax: +603-5031 8896/97
Email: nationcare@nationwide.com.my

Bagi yang duduk jauh dari Selangor, anda tak perlu risau kerana cawangan Nationwide ini ada banyak cawangan sebenarnya.

Berikut adalah beberapa alamat dan nombor yang anda boleh hubungi:-

1. Alor Setar
Lot 135 & 136, Kompleks Alor Setar,
05150 Alor Setar,
Kedah.
Phone: 6047312205
Fax: 6047333603
Email: aor@nationwide.com.my

2. Batu pahat
No 39, Jalan Penjana 3/A,
Jalan Tras,
28700 Bentong,
Pahang.
Phone: 6074314869/4310750
Fax: 6074321445
Email: bpt@nationwide.com.my

3.Butterwoth
No. 7377 Ground Floor,
Jalan Bagan Ajam,
Taman Intan,
13000 Seberang Perai,
Pulau Pinang.
Phone: 60147173198
Email: bwh@nationwide.com.my

4. Dungun
134, Batu 49, Jalan Paka,
23000 Dungun,
Terengganu.
Phone: 60122632857
Email: dgn@nationwide.com.my

5. Ipoh
No 11, Lot PT 138197
Jalan Panglimabukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh,
Perak.
Phone: 6052558823/2550666
Fax: 6052558823
Email: iph@nationwide.com.my

Senarai alamat cawangan ni baru sedikit tau, kalau anda nak lihat yang selebihnya, anda boleh layari pautan berikut http://www.nationwide.com.my/customer-care/networks.

Jadi itulah serba sedikit tentang Nationwide Express. Proses untuk pos motor pun tak lah begitu rumit.

Paling penting syarikat penghantaran ini ada banyak cawangan di seluruh Malaysia. Jadi memang senanglah nak berurusan dengan mereka. Lepas ni kalau nak pos motor, boleh lah cuba dengan Nationwide Express pula dan kongsikan lah pengalaman anda!