Senarai Tawaran Program Penajaan/Biasiswa & Bantuan Kewangan KPT

Ini adalah senarai tawaran Program Penajaan atau Biasiswa dan bantuan kewangan dari Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang boleh anda terokai kesesuaian dengan anda.

Anda boleh bertanya terus tentang peluang tajaan pendidikan yang ada dalam senarai di bawah di kaunter KPT semasa Karnival Jom Masuk U tahun ini.

Antara tawaran/biasiswa dan bantuan kewangan yang disediakan:

  • Skim Latihan Akademik Bumiputera (SLAB);
  • Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI);
  • Sub Kepakaran (SK);
  • Pasca Kedoktoran (PD);
  • Hadiah Latihan Persekutuan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (HLP PPPT);
  • Hadiah Latihan Persekutuan Bagi Staf Bukan Akademik IPTA (HLPSBA);
  • Program Pentauliahan Profesional;
  • MyBrain Science;
  • MyBrain 2.0;
  • YBM Pengajian Tinggi – Atlet Cemerlang IPT;
  • YBM Pengajian Tinggi – Tokoh Siswa;
  • YBM Pengajian Tinggi – Pelajar Cemerlang Politeknik;
  • Dermasiswa B40 TVET;
  • Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK);
  • Bantuan Kewangan Asasi IPTA (BKA IPTA);
  • Bantuan Kewangan Orang Kurang Upaya (BKOKU);
  • Program Pendidikan Khas (PPK);
  • Malaysia International Scholarship (MIS); dan
  • Islamic Development Bank (IsDB) Scholarship.

Senarai tawaran biasiswa dari KPT

Selain dari senarai di atas mungkin dari masa ke semasa akan ada program tajaan baru yang akan diwujudkan.

Rujuk maklumat terkini di laman Media Sosial KPT.