Slip Peperiksaan SPM Hilang Cara Dapatkan Salinan Baru

Slip Peperiksaan SPM Hilang dan cara dapatkan salinan yang baru. Adakah slip Sijil Peperiksaan Malaysia anda hilang?

SPM merupakan salah satu peperiksaan dan penilaian yang penting bagi pelajar sekolah menengah.

Malah slip ini biasanya akan digunakan bagi permohonan ke sebarang universiti, kolej komuniti, politeknik mahupun pekerjaan.

Sebelum ini kami ada menulis sedikit informasi umum mengenai syarat kemasukan ke IPG dan juga kursus jururawat.

Boleh baca jika berminat dalam bidang kerjaya sebagai guru atau jururawat.

Balik kepada topik kali ini, anda tidak perlu risau kerana terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk memperoleh slip SPM semula.

Terdapat empat cara yang boleh digunakan untuk mendapat sijil SPM dan artikel ini akan membincangkan kesemua cara ini dengan lebih mendalam.

Permohonan Sijil SPM Secara Online

Sebenarnya, calon yang mengalami kehilangan slip SPM boleh membuat permohonan secara atas talian di portal Lembaga Peperiksaan.

Dengan cara ini, calon tidak perlu membazir masa dan tenaga untuk pergi ke ofis Lembaga peperiksaan.

Calon boleh melakukan permohonan di laman web e-Lembaga Peperiksaan iaitu https://elp.moe.gov.my/ .

Untuk makluman anda, anda akan dikenakan caj sebanyak RM 30 dan perlu melakukan bayaran ini secara online juga.

Hampir semua sudah ada online banking, tentu tidak timbul masalah mengenai cara membayarnya.

Setelah pergi ke portal LP, anda perlu klik pada bahagian “Perkhidmatan” yang terdapat di bahagian kiri skrin anda.

Klik pada bahagian “Salinan Keputusan” dan pilih SPM daripada senarai peperiksaan yang diberikan.

Calon perlu mengisikan maklumat kad pengenalan dan terus klik pada “Papar borang permohonan” untuk mengisikan borang permohonan.

Maklumat seperti nama pemohon, tarikh lahir dan tarikh mengambil peperiksaan akan dipaparkan secara automatik.

Isikan kesemua maklumat yang diminta dengan betul sebelum meneruskan kepada bahagian “penghantaran salinan”.

Terdapat dua pilihan diberikan sama ada mengambil sendiri salinan SPM dari LPM ataupun menggunakan perkhidmatan Pos Laju.

Jika anda ingin menggunakan perkhidmatan POS LAJU, malah akan dikenakan caj tambahan sebanyak RM 10.

Selepas itu, sila membuat semakan terakhir, dan kilik pada bahagian “Pengesahan Perakuan Pemohon” dan Mohon sebagai langkah terkahir.

Sijil SPM akan dihantar selepas 7 hari bekerja jika memilih cara pos.

Memperoleh Secara Terus Dari Lembaga Peperiksaan

Anda turut boleh pergi ke kaunter sijil di pejabat Lembaga Peperiksaan. Kaunter ini terdapat di lobi utama aras bawah Blok E11, LP Putrajaya.

Bayaran sebanyak RM 30 perlu dilakukan untuk mendapat balik sijil SPM.

Pastikan anda membawa kad pengenalan serta salinan keputusan jika ada untuk membuat permohonan.

Menggunakan Pihak Ketiga

Jika anda tidak dapat pergi ke pejabat, anda turut boleh menggunakan pihak ketiga dengan syarat pihak ketiga perlu membawa salinan sijil Kad pengenalan pemohon, surat wakil yang boleh diperoleh daripada laman web Lembaga peperiksaan serta salinan keputusan jika ada.

Antara individu yang dianggap atau layak sebagai pihak ketiga ialah ibu bapa, suami, isteri, serta adik beradik.

Permohonan Melalui Pos

Calon boleh membuat permohonan melalui pos. Anda perlu menghantar borang permohonan salinan keputusan LP/ SIJIL.Pin 1.06.

Borang ini boleh diperoleh sama ada dari pejabat Lembaga peperiksaan atau di laman web.

Pastikan borang permohonan telah lengkap dan perlu disertakan bersama dengan salinan kad pengenalan.

Borang ini perlu diposkan ke alamat Lembaga Peperiksaan.

Bayaran sebanyak RM 30 akan dikenakan dan bayaran ini boleh dilakukan sama ada secara tunai, dengan menggunakan Wang Pos, atau dengan Kiriman Wang Money (Money Order) atas nama Akauntan Negara.

Maklumat Perhubungan

Berikut merupakan maklumat perhubungan lembaga peperiksaan. Sebarang pertanyaan boleh dikemukan menggunakan nombor diberikan.

  • Alamat: Blok E11, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Parcel E, 62604 Putrajaya
  • Nombor telefon: 03-8884 3526/3528.

Antara semua cara di atas, rasanya anda pasti setuju bahawa cara pertama itu lebih mudah untuk anda.

Semoga sedikit informasi umum mengenai cara dapatkan semula sijil atau slip SPM yang hilang ini bermanfaat kepada anda.