Syarat Kemasukan TVET Tafiz MARA & Senarai Program Pengajian Ditawarkan

Majlis Amanah Rakyat (MARA) ada memperkenalkan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Tahfiz MARA di institusi pendidikan dibawah naungan mereka.

Kini pihak Mara merancang untuk memperluaskan lagi program TVET Tafiz dengan penawaran lebih banyak bidang pengajian dan penglibatan lebih banyak institusi pengajian tinggi.

Syarat permohonan kemasukan TVET Tafiz Mara

READSyarat Permohonan Kemasukan GIATMARA Seluruh Negara

Syarat Kemasukan TVET Tafiz MARA

Berikut adalah syarat kemasukan untuk mengikuti program TVET Tafiz Mara.

  • Berumur 18 tahun sehingga 40 tahun.
  • Pemohon berminat dalam bidang teknikal.
  • Pemohon sihat tubuh badan.
  • Pemohon menghafal sekurang-kurangnya 10 juzuk.

Bidang Pengajian Ditawarkan TVET Tafiz

Ketika ini berikut adalah senarai bidang pengajian yang ditawarkan untuk program ini.

  1. Diploma Teknologi Penyejukan dan Penyaman Udara – IKM Besut
  2. Diploma Kompetensi Kimpalan – IKM Lumut
  3. Diploma Teknologi Automotif Komersial – IKM Jasin
  4. Diploma Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan (Radiologi dan Pengimejan) – KKTM Ledang

Untuk maklumat lanjut dan cara memohon kemasukan ke program TVET Tafiz Mara layari laman portal rasmi MARA.