Tiket Bas Ke Dungun & Jadual Bas Online

Tiket bas ke Dungun Terengganu dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Kuala Lumpur dari RM 44.00 atau dari pelbagai lokasi di Semenanjung Malaysia berserta informasi jadual bas. Boleh sahaja ramai tidak sedar, yang Dungun adalah antara destinasi popular di pantai timur Semenanjung Malaysia.

Ramai pengunjung datang ke daerah tersebut kerana banyak tarikan pelancongan yang terdapat di sana. Yang bagusnya, book tiket bas dan jadual perjalanan bas semua boleh semak dan beli secara online.

Penumpang boleh beli tiket bas secara online >> Online Ticket

Baiklah, sebelum itu sedikit info mengenai daerah Dungun yang perlu anda tahu. Dungun merupakan sebuah kampung nelayan yang terletak di Terengganu.

Senarai tempat menarik di daerah Dungun Terengganu

Dungun sangat popular untuk tempat- tempat menarik seperti Pantai Teluk Bidara, Air Terjun Chemerong, Dungun Great Market dan Rimba Bandar Bukit Bauk.

Pengunjung yang berhasrat untuk ke destinasi ini, terdapat pelbagai cara boleh digunakan untuk pergi ke Dungun.

Kali ini kami ingin kongsikan informasi perjalanan ke Dungun dari pelbagai destinasi menggunakan perkhidmatan bas ekspres.

Perjalanan menggunakan servis bas bukan sahaja menjimatkan kos, malah turut dianggap selamat dan kurang meletihkan.

Yang bagusnya, syarikat bas express sekarang ini berlumba-lumba menyediakan pelbagai kemudahan terkini untuk penumpang yang menggunakan perkhidmatan mereka.

Senarai Harga Tiket Bas Ke Dungun

Terdapat beberapa syarikat bas express yang menawarkan perkhidmatan bas dari pelbagai destinasi seperti Pahang, Johor, Selangor dan Kuala Lumpur ke Daerah tersebut.

Antara yang agak popular ialah Adik Beradik Express, Moraza Express, Maraliner dan Prisma Serimas Holidays Sdn. Bhd.

Syarikat-syarikat bas ini sering menjadi pilihan penumpang.

Berikut merupakan harga tambang bas ekspres ke destinasi tersebut dari terminal bas pelbagai destinasi. Harga tiket bas boleh berubah bergantung pada promosi dan musim.

Oleh itu, anda dinasihatkan untuk menyemak harga di portal penempahan tiket online seperti easybook.com dari semasa ke semasa untuk mendapatkan maklumat tepat mengenai harga tiket bas ekspres.

  • Terminal Bersepadu Selatan (TBS)  – dari RM 44.00
  • Kuantan Terminal Sentral – dari RM 25.00
  • Putrajaya Sentral – dari RM 50.00
  • Seremban – dari RM 36.50
  • Kangar – dari RM 72.00
  • Pasir Gudang – dari RM 50.60

Nota: Harga di atas adalah seperti mana yang dipaparkan di applikasi online. Harga antara syarikat bas tidak sama, ada yang sedikit mahal berbanding yang lain, bergantung kepada reputasi bas dan juga kemudahan yang disediakan dalam bas.

Kalau hendak dapatkan maklumat terkini boleh semak tambang bas dan jadual melalui banyak aplikasi online seperti redbus.my, catchthatbus.com dan busonlineticket.com. Semuanya menyediakan informasi lengkap untuk anda.

Jadual Bas

Biasanya, jadual perjalanan bergantung pada syarikat bas itu sendiri. Ada antara bas yang menawarkan lebih dari satu perjalanan sehari. Penumpang bebas memilih waktu perjalanan yang sesuai dengan menempah tiket atas talian. Berikut antara jadual perjalanan bas ke daerah tersebut dari pelbagai destinasi.

TBS ke Dungun

Terdapat tiga syarikat besar yang menawarkan servis bas ekspress untuk laluan dari TBS ke Dungun iaitu Syarikat Adam Ekspress, Moraza Express dan Adik Beradik Express.

Jarak perjalanan laluan ini ialah 371 km dan masa perjalanan diambil ialah dalam 5 jam lebih.

Servis bas ditawarkan pada setiap hari dan waktu bas pertama dan bas terakhir bergerak dari TBS ialah 10.30 pagi dan 11 malam.

Kuantan ke Dungun

Bagi laluan Kuantan Terminal Sentral ke Dungun, terdapat dua syarikat besar menawarkan servis bas iaitu Adam Ekspres dan Ayu Express.

Masa perjalanan diambil untuk sampai ke Dungun dari Kuantan ialah dalam 2 jam 20 minit manakala, jarak perjalanan ke Dungun ialah dalam 163 km.

Servis bas ditawarkan untuk setiap hari. Bas pertama ditawarkan pada pukul 3 pagi manakala bas terakhir bergerak pada pukul 4.15 petang.

Putrajaya ke Dungun

Antara syarikat yang menyediakan servis bas dari Putrajaya Sentral ke Dungun ialah syarikat Moraza Express, Ayu Express dan Adik Beradik Express.

Jarak perjalanan ialah sejauh 391 km dan masa diambil untuk sampai ke Dungun ialah dalam 5 jam 30 minit. Bas pertama dan bas terakhir ditawarkan pada pukul 7.30 pagi dan 11.59 malam.

Seremban ke Dungun

Syarikat Transnasional dan Kesatuan Express menyediakan servis bas dari Seremban ke Dungun. Perjalanan dari Seremban ke Dungun mengambil dalam anggaran masa 6 jam dan jarak perjalanan ialah sejauh 422 km.

Bas pertama bergerak pada 7 pagi manakala bas terakhir bergerak pada 9.30 malam.

Kangar ke Dungun

Bagi laluan Kangar ke Dungun, syarikat terkenal seperti Adik Beradik Express menyediakan perkhidmatan bas untuk penumpang.

Jarak perjalanan Kangar- Dungun ialah sejauh 596 km dan masa diambil untuk sampai ke destinasi ialah dalam 11 jam lebih.

Bas pertama dan bas terakhir bergerak pada pukul 8 malam.

Pasir Gudang ke Dungun

Bagi mereka yang pergi ke Dungun dari Pasir Gudang, syarikat Adik Beradik Express dan Prisma Serimas Holidays Sdn. Bhd. menyediakan perkhidmatan bas.

Jarak perjalanan Pasir Gudang- Dungun ialah sejauh 495 km manakala, jumlah masa perjalanan diambil ialah dalam anggaran 8 jam.

Perkhidmatan bas ditawarkan setiap hari untuk laluan ini. Bas pertama dan terakhir bergerak pada pukul 9 pagi dan 9.30 malam.

Cara Beli Tiket Bas

Seperti mana yang dikongsikan tadi, tiket bas boleh dibeli dengan mudah di laman web seperti Easybook.com, Busonlineticket.com dan CatchThatBus.com.

Untuk book tiket bas ke Dungun secara online, penumpang berpeluang untuk menentukan tempat duduk serta masa perjalanan mengikut kesesuaian diri. Mungkin ini salah satu kelebihan membeli tiket lebih awal secara online.

Selain itu, penumpang turut boleh terus membeli tiket di kaunter tiket di terminal bas. Masalahnya, penumpang perlu rajin beratur membeli tiket. Jika bernasib malang, tiket bas kemungkinan habis dijual.

Oleh itu, penumpang dinasihatkan agar menempah tiket di atas talian untuk menjamin tempat duduk di bas. Kemudian, menukarkan slip tempahan yang diprin sebagai tiket di terminal bas.

Maklumat Perhubungan Bas Express

Berikut merupakan maklumat perhubungan bagi syarikat- syarikat yang menawarkan perkhidmatan bas ekspress ke Dungun.

Adik Beradik Express

Alamat pejabat: F2, Bangunan MBKT Pasar Manir, 21200 Kuala Terengganu, Terengganu
Nombor telefon: (09) 6155 989 (Ofis) /(09) 6223 289 (MBKT kaunter). Website: Adik Beradik Express

Ayu Express

Alamat pejabat : No. 49-2, Jln SP 1/1, Bandar Saujana Putra, Lebuhraya Elite, 42610 Jenjarom, Selangor
Nombor Telefon.: +6012-2728427 / +6017-6867568

Moraza Express

Alamat pejabat: Wisma MORAZA, No.12 & 14, Jalan 9/3, IKS Industrial Area, Section 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.
Nombor Telefon: 012-644 6012

Maraliner

Alamat pejabat: Lot 26, Lorong Medan Tuanku 1, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50300, Kuala Lumpur
Nombor Telefon: 03 – 2691 5810/ 03 – 2697 9797

Prisma Serimas Holidays Sdn. Bhd.

Alamat: No 231 A Tingkat, 1, Jalan Bandar 13, Taman Melawati, 53300 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Nombor telefon: 03-4162 6010

Kepada yang pertama kali melawat Dungun dan tidak tahu apa perkara menarik di sana anda boleh layari website rasmi Majlis Perbandaran Dungun.

Di sana ada disediakan maklumat terperinci tempat-tempat menarik di daerah tersebut.

Semoga perkongsian info mengenai jadual dan harga tiket bas ke Dungun ini bermanfaat kepada anda. Marilah kita bersama menyokong dan memperkasakan industri pelancongan tempatan dan pengangkutan awam di negara kita.