Tiket Bas Kuantan Ke TBS: Harga Tiket & Jadual Bas

Tiket bas Kuantan ke TBS dari RM 24.00 untuk penumpang yang ingin melakukan perjalanan dari Kuantan ke TBS atau dari TBS ke Kuantan. Jika anda membeli tiket menggunakan applikasi easybook.com, mereka selalunya akan menawarkan diskaun sehingga 28% kepada penumpang.

Penumpang boleh book tiket bas secara online >> DI SINI

Sebenarnya selain applikasi easybook.com, boleh juga gunakan applikasi untuk tujuan yang sama dari busonlineticket.com.

Sekarang ini trend pengguna lebih senang atau selesa beli tiket bas online dari portal-portal yang biasa kita dengar seperti easybook.com, redbus.my, busonlineticket.com atau beli terus dengan portal online syarikat bas yang popular seperti Transnasional, Mutiara Express dan Adik Beradik Express.

Penumpang juga boleh membeli terus tiket bas anda di di kaunter yang disediakan di dalam Terminal TBS atau Terminal Sentral Kuantan. Masih ramai yang ragu dengan kaedah booking tiket bas secara online.

Jika hendak lebih selamat, lebih elok jika tempah tiket awal terutama semasa musim cuti sekolah dan perayaan. Tiket bas akan selalu habis kena booking.

Harga Tiket Bas TBS – Kuantan

Harga tiket dari Kuantan ke TBS adalah lebih kurang RM24 yang mana anda boleh beli terus melalui online lebih awal atau di kaunter bas pilihan anda di Terminal Sentral Kuantan bagi yang beroperasi dari Kuantan ke TBS atau kaunter-kaunter bas express di TBS.

Jika membuat tempahan tiket bas secara online anda berpeluang memilih bas yang menawarkan harga tiket lebih rendah dan juga jadual bas mengikut kesesuaian perjalanan anda

Kami selalu beli tiket bas online dengan Easybook.com yang memberi anda kelebihan perbandingan harga antara syarikat bas dan juga jadual bas dari Kuantan ke Kuala Lumpur dalam satu paparan sahaja.

Jadual Bas

Jika anda memilih untuk booking tiket melalui online, sebenarnya anda boleh semak terus jadual bas untuk perjalanan dari Kuantan ke mana-mana destinasi pilihan anda.

Jadual perjalanan bas express dari Kuantan Sentral ke Kuala Lumpur memang mempunyai kekerapan yang agak tinggi kerana adanya permintaan yang banyak dari penumpang yang ramai.

Jarak perjalanan dari TBS ke Kuantan adalah lebih kurang 244 KM. Sebanyak 13 syarikat bas memberikan perkhidmatan bas dengan jumlah perjalanan lebih kurang 89 trip setiap hari menghubungkan kedua-dua terminal ini.

Ada pertanyaan seperti perjalanan bas dari Kuantan ke TBS berapa jam? Perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lumpur mengambil masa lebih kurang 3 hingga 4 jam.

Waktu perjalanan bas dari Kuantan ke Kuala Lumpur ini memang agak lama kerana jaraknya yang agak jauh juga bergantung kepada keadaan lalulintas semasa.

So tidak perlu tanya tentang jangka masa diambil dari kuantan ke kl berapa jam, duduk diam-diam menikmati panorama sepanjang jalan atau rehatkan diri.

Antara syarikat bas yang memberikan perkhidmatan untuk laluan ini ialah Adam Express, Cosmic Express, Etika Express, Jasa Pelangi Express, Kesatuan Express, Konsortium Bas Ekspres (Malaysia), LA Holidays, Maraliner, Mayang Sari Express, Swiftliner Express Sdn Bhd (Arwana Express), Transnasional dan Utama Express.

Maksudnya penumpang mempunyai banyak pilihan bas dan masa perjalanan yang sesuai dengan keperluan anda.

Destinasi Popular Dari Kuantan

Jika bertolak dari Kuantan, dan tidak dapat atau sempat membeli tiket bas secara online, atas sebab-sebab tertentu, anda boleh beli terus tiket Kuantan -TBS di terminal bas Sentral Kuantan.

Bas dari Kuantan ke destinasi-destinasi tersebut juga ada. Di bawah ada sedikit senarai untuk perjalanan bas ekspress dari Kuantan ke destinasi tersebut berserta anggaran harga tambang.

  • Bas Kuantan ke Melaka – dari RM 27.00 / pax
  • Bas Kuantan ke Penang – dari RM 56.00 / pax
  • Bas Kuantan ke Ipoh – dari RM 43.00 / pax
  • Bas Kuantan ke Kuala Terengganu – dari RM 18.00 / pax
  • Bas Kuantan ke Johor Bahru – dari RM 30.00 / pax
  • Bas Kuantan ke Kota Bharu – dari RM 35.00 / pax
  • Bas Kuantan ke Alor Setar – dari RM 63.00 / pax
Kaunter tiket bas di Terminal Sentral Kuantan Pahang
Photo: Airfan96
Kuantan Bus Terminal waiting area
Photo: Kautham Krishnan

Di bawah adalah lokasi Terminal Sentral Kuantan.

Terminal Bersepadu Selatan (TBS)

Terminl Bersepadu Selatan (TBS) adalah terminal bas yang diuruskan oleh Maju Terminal Management And Services (Maju TMAS).

Kaunter tiket bas Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Bandar Tasik Selatan
Photo: Debalina G

Lokasi Terminal Bersepadu Selatan (TBS)


Terminal Bersepadu Selatan (TBS)
Jalan Terminal Selatan
Bandar Tasik Selatan
57100 Kuala Lumpur.
Tel: +603 – 9051 2000 / +603 – 9051 2001
Website: www.tbsbts.com.my

Semoga perkongsian info mengenai jadual dan harga tiket bas Kuantan ke TBS ini bermanfaat kepada anda. Marilah bersama kita menyokong dan memperkasakan industri pengangkutan awam di negara kita.