Jadual & Harga Tiket Bas Larkin Ke Melaka
Harga tiket bas Larkin ke Melaka ketika ini berharga dari RM 15.00 dan jadual bas boleh anda semak di banyak portal online.
Nak berkunjung ke Melaka guna bas? Apa salahnya, bas sekarang service makin bagus dan selesa.
Sebenarnya penumpang tidak perlu risau kerana ada banyak syarikat bas express yang memberikan perkhidmatan bas untuk laluan atau route ini.
Penumpang boleh book tiket bas online secara online >>> DI SINI.
Untuk lebih mudah anda boleh semak informasi tersebut menggunakan applikasi online seperti portal easybook.com, redbus.my dan busonlineticket.com
Jarak perjalanan dari Larkin – Melaka Sentral adalah lebih kurang 216 km dan purata masa diambil untuk sampai ke sana dengan menaiki bas ekspress adalah dalam anggaran 3 jam lebih.
Bergantunglah juga dengan keadaan lalulintas semasa.
Musim perayaan ada sesak sedikit. Mungkin akan berlaku kelewatan perjalanan bas dan peningkatan harga tiket bas.
Sebelum ini kami ada tulis informasi untuk perjalanan dari TBS ke Melaka Sentral menggunakan bas express.
Jadual Dan Harga Tiket Bas Larkin Ke Melaka
Di sini, terdapat banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan bas ekspres ke Melaka Sentral dari Larkin Bus Terminal.
Biasanya, tiket bas boleh dibeli secara online melalui laman web syarikat bas masing-masing ataupun secara manual di kaunter bas tertentu di terminal bas di Larkin di Johor Bahru.
Jadual bas dan harga tiket untuk ke destinasi tersebut dari Larkin boleh dibuat secara online di applikasi online seperti Easybook.com, Busticketonline.com, CatchThatBus.com dan RedBus.my.
Di sana anda akan boleh melihat semua maklumat tersebut dalam satu paparan, juga boleh memilih bas yang sesuai dengan badget anda.
Senarai Bas Express
Sebenarnya banyak syarikat bas express yang tawarkan perkhidmatan. Sebab laluan atau route ini agak popular.
Di bawah ada beberapa bas yang tawarkan perkhidmatan menghubungkan kedua-dua destinasi ini.
- DELIMA EXPRESS SDN BHD – dari RM 20.00
- Jebat Express – dari RM 21.00
- Supernice Grassland – dari RM 21.00
- 707 Bus – dari RM 22.00
- KKKL Sdn Bhd – dari RM 22.00
Cara Book Tiket Bas Guna Easybook.com
Penat beratur membeli tiket di kaunter? Kenapa tidak menempah tiket secara online di EasyBook.com. Mudah, cepat dan menjimatkan masa.
Bagi sesiapa yang ingin menempah tiket secara online di EasyBook.com, di sini kami berkongsi beberapa langkah untuk anda ikuti untuk menempah tiket bas dengan mudah.
1. Memilih Tempat Destinasi
Layari laman web EasyBook.com dan anda perlu memilih laluan perjalanan (tempat bertolak dan tempat destinasi) dan tarikh, masa serta jumlah penumpang.
Seterusnya, klik pada bahagian “Search Your Trip” untuk memilih trip perjalanan yang sesuai.
2. Pilih Trip Yang Sesuai
Pelbagai pilihan laluan perjalanan (trip) akan dipaparkan dan anda boleh memilih trip perjalanan yang sesuai.
3. Pilih Tempat Duduk
Untuk memilih tempat duduk, anda dikehendaki klik pada bahagian “Choose Seat”.
Senarai tempat duduk dalam perkhidmatan bas dipilih akan dipaparkan. Pilih tempat duduk dan klik “Continue” untuk meneruskan proses menempah tiket.
4. Maklumat Penumpang
Isikan maklumat penumpang seperti nama, nombor telefon dan nombor kad pengenalan dan pastikan anda mempunyai akaun Easybook.com.
Bagi sesiapa yang tidak memiliki akaun ini, anda boleh berdaftar untuk memudahkan urusan pembelian tiket pada masa akan datang.
5. Insurans
Tandakan pada bahagian insurans untuk memastikan perlindungan penumpang dijamin semasa dalam perjalanan.
6. Pilih Cara Pembayaran
Terdapat tiga kaedah pembayaran yang boleh anda pilih. Pilihan yang paling popular dipilih oleh para penumpang ialah online banking.
Tandakan pada bahagian “Agree Ticketing Policy”.
Salah satu syarat penting dinyatakan ialah penumpang dikehendaki datang ke kaunter bas 30 minit sebelum perjalanan dan pastikan anda mematuhi syarat ini.
A) Pilihan pertama: Visa & Mastercard
B) Pilihan kedua: PayPal dan Visa & Mastercard
C) Pilihan ketiga: online banking
7. Masukkan Word Verification Dan Klik “Pay Now” Untuk Membuat Pembayaran
Klik pada bahagian “OK”. Tempat duduk dipilih akan dikunci dalam masa 7 minit dan anda diperlukan untuk melakukan pembayaran dengan segera.
8. Semak Email
Semak email untuk memastikan anda menerima E-tiket yang betul. Pastikan maklumat terkandung dalam E-tiket adalah betul dan jika tiada masalah, E-tiket anda sedia untuk dicetak. Tukar E-tiket di kaunter stesen bas.
Sebenarnya proses beli tiket bas Larkin ke Melaka ini simple sahaja.
Yang pentingnya ialah pastikan maklumat yang diberi adalah tepat dan alamat email yang digunakan juga masih aktif sebab e-tiket anda akan dihantar ke inbox email anda nanti setelah proses pembelian selesai.
Penginapan Dan Tarikan Pelancong
Jika anda perlukan penginapan atau mahu booking hotel berdekatan dengan Terminal Melaka Sentral anda boleh layari laman webportal yang tidak asing lagi kepada para traveller iaitu Trivago, booking.com dan banyak lagi.
Jika anda perlukan informasi mengenai tempat-tempat menarik di Melaka, boleh rujuk dan baca di website rasmi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.
Di sana ada senarai dan keterangan lengkap setiap tarikan pengunjung di kota penuh bersejarah tersebut.