Jadual & Harga Tiket Feri Kuala Kedah Ke Langkawi Book Online
Tiket feri Kuala Kedah ke Langkawi dari RM20.00 dewasa dan RM14.00 kanak-kanak berumur 3 hingga 12 tahun.
Tiket boleh book online di portal yang disediakan untuk penumpang. Masa cuti-cuti sekolah nanti tentu ramai yang teringin untuk ke Langkawi.
Penumpang boleh booking tiket ferry ke LANGKAWI secara online >> BOOK TIKET ONLINE
Pulau Langkawi sememangnya terkenal dengan pelbagai tarikan pelancongan yang banyak dan menarik seperti menaiki cable car, SkyBridge, Kilim Geoforest Park, Underwater World dan pantainya yang indah dan bersih.
Salah satu hal yang menyebabkan Langkawi menerima pengunjung yang ramai kerana pulau bebas cukai tersebut adalah juga ‘gateway’ untuk feri ke Koh Lipe Thailand.
Koh Lipe adalah pulau peranginan yang sangat terkenal dan cantik setanding dengan Maldives.
Selain Terminal Feri Kuala Kedah, penumpang yang hendak ke Langkawi juga boleh menaiki feri dari Terminal Feri Kuala Perlis dengan kadar harga tambang feri yang lebih murah.
Harga Tiket Feri Kuala Kedah Ke Langkawi
Ada banyak syarikat feri menyediakan perkhidmatan pengangkutan dari Kuala Kedah ke Langkawi.
Antaranya yang aktif beroperasi ialah My Ferry, Kenangan 2, Starcity 6, Marine Star 2, EKS Bahagia 99, My Master, Coral Island 1 dan Langkawi Ferry 3.
Untuk pengunjung yang tidak bawa kereta ke pulau pelancongan tersebut, informasi harga tembang di bawah mungkin bermanfaat kepada anda. Harga tiket ketika ini adalah seperti di bawah.
- Dewasa (Adult) – RM20
- Kanak-Kanak (Children) – RM14
Ferry bertolak dari Terminal Feri Kuala Kedah ke Langkawi bermula seawal jam 7.00 pagi dan feri terakhir bertolak pada pukul 7.00 petang.
Jangan bimbang atau risau kerana sentiasa ada perkhidmatan feri hampir setiap jam bertolak dari terminal feri Kuala Kedah.
Anda boleh booking tiket feri mengikut masa yang sesuai denga jadual perjalanan anda.
Nota: Harga tambang feri boleh berubah dari masa ke semasa. Kami akan kemaskini infonya di sini jika berlaku perubahan. Walau bagaimanapun jika anda perlukan maklumat yang lebih terperinci dan tepat jangan malu jangan segan, hubungi terus tiket counter menggunakan maklumat perhubungan di bawah.
Jadual Feri Ke Langkawi
Penumpang dinasihatkan untuk rujuk laman website rasmi Langkawi Ferry Lines untuk jadual perjalanan ferry yang terkini menghubungkan Pulau Langkawi dan Jetty Kuala Kedah.
Jadual perjalanan feri ke Langkawi ini mungkin akan berubah dari masa ke semasa.
Anda juga boleh terus beli tiket ferry ke Langkawi melalui portal tersebut.
Kaunter Tiket Feri
Jika anda perlukan maklumat lebih terperinci dan lanjut anda boleh hubungi kaunter tiket di terminal feri Kuala Kedah atau di Langkawi.
Untuk memudahkan anda mungkin untuk mengetahui waktu kaunter dibuka dan juga jadual perjalanan feri yang terkini, gunakan nombor telefon di bawah untuk berhubung dengan mereka.
Kaunter Tiket Langkawi
Kaunter Langkawi No.1, 6 & 7, Kompleks Jetty Point
07000 Langkawi, Kedah Darul Aman
Tel : 04-966 5889 / 04-9665131
Kaunter Tiket Kuala Kedah
Jeti Penumpang Kuala Kedah
06600 Kedah Darul Aman
Tel : 04-762 6295 / 04-762 6296
Tarikan Pelancong Di Langkawi
So apa yang best atau bagusnya di Langkawi? Ramai pengunjung pergi ke pulau tersebut. Tentu banyak tarikan pelancong yang boleh anda nikmati.
Antara tarikan pelancong yang sering menjadi pilihan ialah pengalaman menaiki cable car, SkyBridge, Kilim Geoforest Park, Underwater World dan banyak lagi. Cuba tengok sedikit senarai ‘must visit’ di pulau yang terkenal dengan jolokan sebagai ‘pulau lagenda’ tersebut.
Berikut adalah senarai ‘What To Do in Langkawi’ sebagai panduan anda;
- Panorama Langkawi SkyCab (Cabke Car)
- Langkawi Sky Bridge
- Kilim Karst Geoforest Park
- Cenang Beach
- Langkawi Wildlife Park
- Tanjung Rhu Beach
- Crocodile Adventureland Langkawi
- Underwater World
- Eagle Square
- Telaga Tujuh Waterfalls
Ini hanyalah senarai, untuk info details kena tanya pakcik Google. Ada banyak website yang anda buat perkongsian info lengkap tempat-tempat tersebut di website mereka.
Antara yang boleh anda layari ialah website rasmi Langkawi Municipal Council. Di Sana ada senarai yang sangat lengkap berserta peta kedudukan tempat-tempat menarik tersebut untuk panduan anda.
Isu Parking Kereta Di Jeti Kuala Kedah
Ramai yang ada memuat naik di online, mengenai pengalaman mereka berdepan dengan ‘ulat parking’ di sekitar jeti tersebut.
Rata-rata menyatakan ketidak senangan mereka dengan kehadiran ulat parking ini kerana ramai yang rasa tertipu dan terpaksa membayar lebih.
Sebenarnya ada banyak tempat letak kenderaan berlesen dan berbayar berdekatan dengan jeti, untuk memudahkan anda buat tempahan lebih awal dan terus ke tempat parking tersebut untuk urusan meletakkan kenderaan sebelum berjalan ke terminal feri.
Kami ada menulis sedikit info dan tips mengenai parking kereta di Jeti Kuala Kedah. Luangkan masa membacanya untuk kebaikan anda juga.