Pos Motor Guna 4×4 Harga & Proses Penghantaran
Pos motor guna 4×4 ke mana-mana lokasi di Semenanjung Malaysia. Mungkin ramai yang ingin tahu mengenai harga pos dan cara proses penghantaran motro guna transporter 4×4 ke mana-mana destinasi seluruh Semenanjung Malaysia.
Mendapat tawaran belajar mahupun bekerja di negeri lain sememangnya memerlukan kita untuk menghantar motosikal kepunyaan kita ke lokasi kita ditempatkan.
Ianya agak sukar bagi kita sekiranya ingin membawanya dan menunggang sendiri lebih-lebih lagi jika melibatkan jarak ratusan kilometer dari kediaman asal.
Pos ini adalah kesinambungan kepada artikel kami terdahulu mengenai kaedah hantar motor guna KTM, bas express, Pos Laju dan perkhidmatan courier services.
Justeru, mengirim motosikal adalah pilihan yang terbaik dalam situasi sebegini.
Namun begitu, kita tetap saja harus mengerjakan bermacam urusan untuk perihal yang satu ini seperti membawa motosikal yang ingin dikirim ke kaunter cawangan pihak kurier, membalut motosikal tersebut dengan plastic wrap, menanggalkan bahagian atau aksesori motosikal yang mudah terjejas (plat & kedua cermin sisi), mengosongkan tangki petrol, dan lain-lain lagi perkara yang berkait dengan prosedur bagi tujuan keselamatan.
Selain itu, proses penghantaran melalui syarikat kurier juga memerlukan kita selaku pemilik motosikal yang dikirim untuk hadir ke cawangan di negeri yang dihantar untuk menuntut kiriman tersebut.
Urusan ini sedikit sebanyak menambahkan kesibukan kita yang sejatinya ada bermacam lagi perkara untuk diuruskan apabila berpindah ke tempat baru.
Bagi mereka yang merasa agak terbeban dan tak punya masa, saya syorkan anda lupakan saja penghantaran dengan kurier sebaliknya gunakan perkhidmatan dari pintu ke pintu (door to door service) yang ditawarkan oleh banyak syarikat mahupun runner yang menggunakan kenderaan persendirian.
Berdasarkan pendapat peribadi saya sendiri, pengiriman motosikal dengan menggunakan 4X4 adalah berbaloi kerana motosikal kita akan diambil di depan rumah dan seterusnya dihantar sampai ke hadapan kediaman kita di lokasi yang kita berpindah.
Sudah tentulah mungkin caj yang dikenakan sedikit tinggi berbanding caj penghantaran syarikat kurier, tapi saya kira itu tidak ada apa-apanya kerana banyak urusan kita yang dapat dipermudahkan.
Menerusi kaedah penghantaran ini, kita tidak perlu membawa motosikal yang mahu dikirim ke cawangan ataupun kaunter pihak kurier.
Tidak keterlaluan untuk dikatakan, cara ini membantu kita memindahkan motosikal kita ke lokasi yang baru dengan lebih mudah dan selamat selain menjimatkan masa dan tenaga.
Ini kerana tak semua cawangan kurier terletak berdekatan dengan rumah kita dan tentunya menyukarkan kita untuk menghantar dan menuntut motosikal tersebut.
Pada kebiasaannya, kos penghantaran motosikal dengan menggunakan 4X4 ini bermula dari RM200+-.
Ianya bergantung kepada capacity motor dan lokasi ke mana motorsikal anda dihantar.
Meskipun demikian, jika harga tersebut agak berat untuk pelajar kolej/universiti, masih ada cara untuk mendapatkan harga yang sedikit murah, iaitu dengan mendapatkan rakan lain yang turut berhajat ingin mengirim motor ke alamat yang sama.
Syarikat-syarikat yang menawarkan penghantaran motor dengan 4X4 ini tidak sukar ditemukan apabila dicari di internet.
Antaranya yang popular ialah perkhidmatan pos motor guna 4×4 yang diusahakan oleh posmotor.my. Mereka ada homepage seperti di bawah.
Selain itu anda juga boleh berhubungan dengan agent-agent shipping atau mover lain untuk tanya. Mungkin mereka juga menyediakan perkhidmatan tersebut dengan harga lebih rendah.
Begitu juga runner persendirian yang melakukan perkhidmatan ini yang kita boleh cari di Facebook kerana mereka banyak mengiklankan servis mereka di media sosial.
Tidak kurang juga, ada yang membangunkan laman sesawang sendiri sekaligus memudahkan kita membuat tempahan secara dalam talian.
Jika anda menawarkan perkhidmatan penghantaran motor guna 4×4, anda boleh iklankan perkhidmatan anda diruangan komen.
Kita juga tidak perlu risau dengan status penghantaran kerana kita boleh berhubung secara langsung dengan pemandu penghantaran apabila kita mendapatkan nombor telefonnya.
Bagi syarikat yang mempunyai system lebih professional, mereka akan mengemaskini dari masa ke masa melalui notifikasi sistem pesanan ringkas atau email.
Nota: Penggunaan mana-mana perkhidmatan penghantaran adalah atas risiko anda sendiri. Anda perlu menyelidik dengan teliti semua perkara sebelum berurusan dengan mana-mana agent penghantaran.
Sedikit penambahan untuk tujuan keselamatan dan menambahkan keyakinan anda, pastikan anda membaca dahulu review pelanggan yang pernah menggunakan perkhidmatan syarikat atau runner tersebut sebelum anda membuat keputusan untuk menggunakan khidmatnya.
Semoga sedikit informasi mengenai cara pos motor guna 4×4 ini bermanfaat. Informasi ini mungkin berguna kepada anda untuk urusan penghantaran motorsikal anda ke mana-mana destinasi di Semenanjung Malaysia.