Tawaran Bantuan Awal Pelajar IPT Dari MUIP

MUIP atau nama penuhnya Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang menawarkan inisiatif Bantuan Awal Pelajar IPT 2024 untuk pelajar yang melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT)

Bantuan ini diharapkan dapat meringankan sedikit beban anak Negeri Pahang yang akan mendaftar ke IPT untuk melanjutkan pengajian mereka.

Pelajar yang memerlukan dan berminat boleh memohon secara online dan permohonan adalah dibuka sepanjang tahun.

READ: Senarai Skim Bantuan Awal Pelajar IPT Lepasan SPM

Rujuk gambar notis/iklan tawaran di bawah.

Tawaran bantuan awal ke IPT dari MUIP

Bidang pengajian yang terlibat

  • Asasi/Matrikulasi
  • Diploma
  • Ijazah Sarjana Muda
  • Sarjana
  • Ph.D

Jumlah bantuan yang akan diberikan adalah mengikut peringkat pengajian.

  • Sijil Asasi/Matrikulasi: RM500.00
  • Diploma: RM700.00
  • Ijazah Sarjana Muda (sepenuh masa): RM1,200.00
  • Ijazah Sarjana Muda (PJJ): RM1,5000.00
  • Ijazah Sarjana (Master): RM1,500.00
  • Ph.D (selain Pengajian Islam): RM3,000.00
  • Ph.D (Pengajian Islam): RM5,000.00

Untuk memohon, anda perlu memenuhi syarat kelayakan memohon seperti di bawah.

  • Beragama Islam.
  • Pemohon adalah pemastautin di Negeri Pahang.
  • Permohonan dibuat setelah mendapat tawaran pengajian daripada IPT.
  • Bagi setiap peringkat pengajian, permohonan adalah layak hanya sekali sahaja dalam tempoh pengajian.
  • Perlu mengemukakan slip bayaran pendaftaran/sebarang bukti pendaftaran ke IPT.

Untuk memohon, layari portal yang disediakan oleh pihak penaja https://zakat4pengajian.muip.gov.my/appZ4P/index.php

Layari portal rasmi MUIP untuk maklumat lanjut http://www.muip.gov.my/