Bas Dari Ipoh Ke Genting Highland Harga Tiket & Jadual Bas

Bas dari Ipoh ke Genting Highland. Ingin pergi melancong ke Genting Highlands? Kenapa tidak, kini sudah boleh merentas negeri dan Genting Highlands pun dah ada pelbagai jenis fasiliti baharu yang khas dibangunkan untuk para pelancong.

Jika anda dari Ipoh, terdapat perkhidmatan bas ekspres untuk perjalanan dari Ipoh ke Genting Highlands.

Jumlah bas yang beroperasi untuk route ini pula agak banya. Apa lagi berkunjunglah ke Genting Highland masa cuti-cuti ini.

Senarai Syarikat Bas

Hanya sesetengah pengendali bas ekspres sahaja yang menawarkan servis bas bagi laluan perjalanan Ipoh- Genting Highlands.

Antaranya ialah Billion Star, GJG Express Sdn Bhd, GJG Travel & Tours Sdn Bhd, Rhinoariel Travel & Tours Sdn Bhd serta Starmart Express.

Jadual Bas Express Ke Genting Highland Dari Ipoh

Trip bagi laluan perjalanan ini disediakan untuk setiap hari oleh semua syarikat bas dinyatakan di atas. Jumlah perjalanan disediakan ialah sebanyak 10 trip per hari.

Bas pertama dan terakhir bagi syarikat Billion Star beroperasi pada pukul 10.45 am dan 11.00 am. Sebanyak 4 trip perjalanan disediakan oleh syarikat ini.

Selain itu, syarikat GJG Express Sdn bhd dan Starmart Expres masing- masing menyediakan 2 trip per hari.

Kedua- dua bas pertama dan terakhir bagi syarikat GJG Express Sdn Bhd akan bergerak pada pukul 11.15 am.

Manakala, bas pertama dan terakhir syarikat Starmart Express pula beroperasi pada pukul 10.15 am dan 11.17am.

Di samping itu, syarikat GJG Travel & Tours Sdn Bhd serta Rhinoariel Travel & Tours Sdn Bhd hanya menawarkan satu trip sahaja per hari iaitu pada pukul 10.00 am dan 10.30 am.

Anggaran masa diambil untuk sampai ke destinasi ialah dalam 3 jam 40 minit. Menyedari perjalanan yang agak jauh, operator bas akan melepaskan para penumpang untuk berehat dan pergi ke tandas di R&R.

Jumlah jarak perjalan antara Ipoh dan Genting Highlands ialah dalam 185 KM sahaja. Tak jauh sebenarnya.

Harga Tiket Bas

Berikut merupakan senarai harga tiket ditawarkan oleh syarikat bas bagi perjalanan Ipoh- Genting Highlands.

Harga tambang bas boleh berubah ketika mempunyai promosi dan musim perayaan. Penumpang dinasihatkan untuk sentiasa menyemak harga di laman banyak portal online seperti easybook.com dan busonlineticket.com bagi mendapatkan maklumat harga yang tepat.

  • Billion Star- RM 35
  • GJG Express Sdn Bhd- RM 35
  • GJG Travel & Tours Sdn Bhd- RM 50
  • Rhinoariel Travel & Tours Sdn Bhd- RM 30
  • Starmart Express- RM 30

Tambang bas ke Genting Highland mungkin akan berubah dari masa ke semasa. Sentiasalah semak harga terkini sebelum beli tiket.

Cara Beli Tiket

Tiket bas boleh dibeli secara terus di Terminal Amanjaya, Ipoh. Bagi mereka yang ingin menjimatkan masa dan tenaga daripada beratur dalam baris panjang untuk membeli tiket, anda boleh melakukan penempahan tiket atas talian sahaja.

Terdapat pelbagai platform penempahan tiket disediakan dan antara paling popular dalam kalangan penumpang easybook.com, busonlineticket.com dan redbus.my.

Laman web ini turut menawarkan pelbagai mod pembayaran tiket dan antaranya ialah kad kredit, kad debit, Alipay, paypal serta perbankan online melalui FPX. Email konformasi akan diterima setelah melakukan pembayaran.

Pastikan anda membawa tiket yang sudah dicetak pada hari perjalanan. Para penumpang turut dinasihatkan agar membuat perancangan perjalanan seawal mungkin bagi mengelakkan tempat duduk dalam bas penuh.

Hotel Bajet Di Genting Highland

Tidak dapat dinafikan bahawa trip pelancongan ke Genting Highland agak mahal. Namun, terdapat beberapa buah hotel serta tempat penginapan yang menawarkan harga berpatutan per malam.

Berikut merupakan senarai hotel yang anda boleh cuba ketika mengunjungi Genting Highland.Harga per malam turut disertakan sekali.

Untuk pengetahuan anda, harga ini boleh berubah mengikut musim, dan promosi.

Sila menyemak balik harga hotel sebelum melakukan sebarang penempahan.

  • Win Win- RM 95
  • Your Hotel- RM 123
  • Hotel Seri Malaysia Genting Highlands- RM 125
  • Midhills de Wonderland 20502 Genting Highlands- RM 135

Tempat book hotel yang paling bagus ialah agoda.com, booking.com dan traveloka.com. Mereka adalah antara yang terbaik setakat ini.

Harap sedikit info mengenai harga tiket dan jadual bas dari Ipoh ke Genting Highland ini bermanfaat. Marilah memperkasakan industri pelancongan domestik dan pengangkutan awam di negara kita.