Bas Ke Langkawi Dari Kuala Lumpur: Jadual & Harga Tiket

Bas ke Langkawi dari Kuala Lumpur harga tiket dari RM 47.00 dan informasi jadual perjalanan bas. Pernah pergi ke Langkawi dari Kuala Lumpur? Langkawi merupakan salah sebuah destinasi pelancongan yang sangat terkenal terletak di utara Semenanjung Malaysia bukan sahaja dalam kalangan pelancong tempatan tetapi juga pelancong asing.

Penumpang boleh book tiket bas secara online >> DI SINI

Pulau ini merangkumi sebanyak 99 buah gugusan pulau kecil yang terpisah daripada Semenanjung Malaysia.

Pembaca tidak boleh meninggalkan mengenai lagenda Mahsuri jika menyebut Pulau Langkawi. Terdapat beberapa buah tempat menarik yang boleh dikunjungi di Pulau Langkawi.

Antaranya ialah Dataran Lang, Underwater World, Laman Padi dan Makam Mahsuri. Pengunjung yang hendak ke destinasi tersebut boleh mengambil bas ekspres dari Kuala Lumpur untuk sampai ke Terminal bas di Kuala Perlis.

Atau menaiki perkhidmatan KTM ETS dari Kuala Lumpur ke Alor Setar, kemudian ambil teksi atau grab ke Terminal Ferry Kuala Kedah.

Bas ekspres hanya sampai sehingga Kuala Perlis. Seterusnya, penumpang perlu menggunakan perkhidmatan feri dari Jeti Kuala Perlis untuk sampai ke Langkawi.

Sebenarnya selain Terminal Feri Kuala Perlis, pengunjung pulau lagenda tersebut boleh juga berkunjung ke sana melalui Terminal Feri Penang dan juga Terminal Feri Kuala Kedah.

Jika hendak lebih cepat boleh menaiki flight atau kapal terbang kerana pulau tersebut memiliki international airport.

Senarai Syarikat Bas Express Ke Langkawi

Terdapat banyak syarikat bas ekspres popular yang menawarkan perkhidmatan bas ke Kuala Perlis dari Kuala Lumpur.

Yang kami kongsikan di sini hanyalah sebahagian dari syarikat-syarikat bas yang melakukan perjalanan untuk menghubungkan kedua-dua destinasi tersebut.

Berikut merupakan senarai syarikat bas yang terkenal untuk perkhidmatan bas ekspres berkualiti dalam kalangan penumpang.

  • Prisma Express
  • Kesatuan Express
  • Sani Express
  • Konsortium E- Mutiara
  • Mayang Sari Express
  • Cosmic Express
  • Suasana Tony Coach

Harga Tiket Bas

Harga tiket bas biasanya bergantung pada syarikat bas dipilih. Setiap syarikat mempunyai keunikan tersendiri dan oleh itu, harga tambang bas boleh berubah sedikit antara syarikat berlainan bergantung pada jenis serta kualiti perkhidmatan ditawarkan untuk para penumpang.

Harga tiket ini boleh disemak dari masa ke semasa menggunakan applikasi online yang banyak ditawarkan sekarang ini seperti easybook.com, busonlineticket.com dan redbus.my

Berikut merupakan senarai harga tambang bas ditawarkan oleh pelbagai syarikat bas bagi perjalanan ke Kuala Perlis dari Kuala Lumpur.

  • Prisma Express – dari RM 47.00
  • Kesatuan Express – dari RM 48.00
  • Sani Express – dari RM 50.00
  • Konsortium E- Mutiara – dari RM 51.90
  • Mayang Sari Express – dari RM 52.60
  • Cosmic Express – dari RM 55.00
  • Suasana Tony Coach – dari RM 59.50

Harga tiket juga biasanya berlaku sedikit peningkatan pada masa-masa tertentu seperti semasa berlaku pergerakan penumpang yang banyak terutama semasa musim perayaan.

Jadual Perjalanan Bas

Anggaran masa diambil untuk sampai ke Kuala Perlis dari Kuala Lumpur menaiki bas ekspres ialah dalam anggaran 7 jam lebih dengan jarak perjalanan sejauh lebih kurang 494 km.

Sebanyak 82 trip bas disediakan oleh pelbagai operator bas bagi perjalanan ini.

Waktu bas pertama dan bas terakhir beroperasi bergantung pada syarikat dipilih. Oleh itu, penumpang dinasihatkan untuk mengambil perhatian pada waktu bas pertama dan bas terakhir beroperasi untuk mengelakkan masalah ketinggalan bas.

Berikut merupakan waktu bas pertama dan bas terakhir ditawarkan oleh pelbagai syarikat bas dari Kuala Lumpur ke Kuala Perlis.

Jadual ini boleh berubah bergantung pada syarikat bas, musim perayaan dan faktor lain. Segala maklumat jadual perjalanan boleh didapati di portal menempah tiket seperti easybook.com.

  • Prisma Express – 10.25 am/ 11.55 pm
  • Kesatuan Express- 11.15 pm
  • Sani Express – 9.45am/ 11.00 pm
  • Konsortium E- Mutiara- 11.00 pm
  • Mayang Sari Express- 11.30 am/ 12.30 pm
  • Cosmic Express- 7.25 am/ 11.15 pm
  • Suasana Tony Coach- 9.30 pm/ 11.30 pm

Feri Ke Langkawi Dari Kuala Perlis

Penumpang dikehendaki menggunakan perkhidmatan feri dari Jeti Kuala Perlis untuk sampai ke Jeti Kuah, Langkawi.

Syarikat Langkawi Ferry Line Ventures Sdn. Bhd merupakan salah sebuah syarikat terbesar dan popular untuk menawarkan perkhidmatan feri dari jeti Kuala Perlis ke Langkawi.

Harga Tiket Feri

Penumpang boleh membeli tiket feri ke Langkawi di kaunter tiket yang terletak di Jeti Kuala Perlis. Untuk membeli tiket syarikat Langkawi Ferry Line Ventures Sdn. Bhd, penumpang dikehendaki pergi ke kaunter no. K3 dan no. K12 di Jeti Kuala Perlis.

Selain membeli di kaunter, penumpang turut boleh mendapatkan tiket feri dengan menempah dan membeli tiket atas talian di laman web syarikat feri.

Namun, penumpang yang membeli tiket atas talian akan dikenakan caj tambahan (Convenience Fee) sebanyak RM 2 per hala, dan RM 4 bagi dua hala.

Harga tiket feri dikenakan bagi penumpang dewasa ialah sebanyak RM 18.00 sehala. Manakala, bagi penumpang kanak- kanak, harga tiket ditawarkan ialah sebanyak RM 13.00 per hala.

Jadual Perjalanan

Jumlah masa perjalanan diambil untuk sampai ke Jeti Kuah, Langkawi dari Jeti Kuala Perlis ialah dalam satu jam 15 minit.

Biasanya jumlah masa perjalanan menaiki feri bergantung pada musim dan operator feri dipilih. Manakala, jarak perjalanan dari Kuala Perlis ke Langkawi ialah dalam 35 km sahaja.

Selain itu, feri pertama biasnaya beroperasi pada pukul 7 pagi manakala feri terakhir akan ditawarkan di Kuala Perlis pada pukul 7 petang.

Semua perkhidmatan feri dan bot pergi ke Langkawi akan beroperasi setiap hari sepanjang tahun.

Maklumat Perhubungan

Berikut merupakan maklumat perhubungan Jeti Kuala Perlis dan Jeti Langkawi. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan tiket dan jadual perjalanan feri, sila hubungi nombor di bawah.

  • Alamat: Jeti Penumpang Kuala Perlis 02000 Perlis Indera Kayangan.
  • Nombor telefon Jeti Kuala Perlis: 04-985 2539 / 04-985 1899
  • Nombor telefon Jeti Langkawi: 04-966 5889

Semoga perkongsian sedikit informasi mengenai jadual dan harga tiket bas ke Langkawi dari Kuala Lumpur (KL) ini bermanfaat kepada anda. Marilah kita bersama sokong industri pelancongan domestik dan pengangkutan awam dalam negara kita.