Biasiswa OCBC Bank: Borang Permohonan Online [PDF]

Biasiswa OCBC Bank scholarship untuk pelajar yang sudah menerima tawaran melanjutkan pengajian atau kepada yang layak untuk sambung pengajian ke IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh kerajaan.

Adakah biasiswa ini kelak untuk anda?

Pelajar yang memiliki kelayakan sekurang-kurangnya 7As SPM / 5As UEC atau minimum 2As STPM boleh cuba memohon.

Kalau tak cuba memohon bagaimana nak tahu ada peluang atau tidak.

Walau bagaimanapun syarat kelayakan lebih terperinci anda boleh baca dan semak di website rasmi OCBC Bank.

Sebelum ini kami ada menulis sedikit informasi umum mengenai biasiswa MAHSA, Top Glove dan Hong Leong.

Jika berminat ada ada masa anda digalakkan membacanya.

Syarat Kelayakan Biasiswa OCBC

Seperti mana yang sudah disebut tadi, selain kelayakan akademik ada berberapa syarat lain yang diperlukan untuk memohon tajaan pelajaran dari OCBC ini.

Anda boleh membacanya di website rasmi OCBC. Untuk memudahkan anda rujuk senarai kelayakan di bawah.

Senarai syarat kelayakan biasiswa OCBC Bank

Informasi kelayakan yang terkini dan terperinci?

Anda masih perlu lawat website rasmi mereka. Mungkin mereka ada buat perubahan dari masa ke semasa.

LINK: https://www.ocbc.com.my/group/careers/scholarships.html?

Jumlah Tajaan

Pelajar yang layak dan berjaya mendapat tajaan pelajaran akan berpeluang mendapat bantuan pengajian seperti di bawah.

  • RM 12,000 setahun di IPTA yang terpilih
  • RM 23,000 sehatun untuk pelajar di IPTS yang terpilih

Bantuan tajaan ini sehingga pelajar tersebut menamatkan pengajian dalam jangka masa yang ditetapkan.

Apa yang baiknya dengan tajaan pelajaran ini ialah pelajar akan ditawarkan pekerjaan dengan OCBC Bank selepas menamatkan pengajian.

Pelajar wajib untuk berkhidmat dengan OCBC, sebab itulah kursus yang ditawarkan biasiswa adalah kursus-kursus yang berkaitan rapat dengan operasi banking.

Cara Memohon

Pelajar yang layak boleh memohon menggunakan borang permohonan yang disediakan.

Download borang permohonan tersebut, lengkapkan bersama dengan dokumen-dokumen yang diperlukan dan hantar ke alamat di bawah.

OCBC Public Scholarship MALAYSIA
Talent Management
Human Resources
OCBC Bank (Malaysia) Berhad
5th Floor, Wisma Lee Rubber, 1 Jalan Melaka, 50100 Kuala Lumpur

Jika anda masih perlukan maklumat lain mengenai biasiswa tersebut anda boleh hantar email ke MYScholarship@ocbc.com.

Borang permohonan boleh didownload melalui link di >> SINI.

Semoga sedikit informasi umum mengenai syarat kelayakan dan permohonan biasiswa OCBC Bank scholarship ini bermanfaat. Kepada yang memohon kami ucapkan All The Best!