Syarat Kelayakan Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional (YTN) Scholarship
Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional (YTN) dan syarat kelayakan memohon untuk pelajar Malaysia. Permohonan boleh dibuat secara online untuk pelajar melalui website YTN .
Pelajar yang sedang mencari tempat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, tajaan pendidikan ini mungkin peluang baik untuk anda.
Pihak YTN membuka permohonan biasiswa dan pinjaman pengajian untuk pelajar yang layak dan berminat.
Baca Maklumat Lanjut Mengenai Biasiswa >> DI SINI
Peluang biasiswa tajaan pihak YTN di universiti awam dan swasta ini terbuka kepada semua warga Malaysia yang berkelayakan.
Jika anda sedang cari biasiswa apa salahnya cuba memohon peluang ini.
Setiap tahun biasanya biasiswa ini akan ditawarkan. Mungkin reziki anda mendapat tajaan dari pihak mereka siapa tahukan?
Sekarang ini ada dua (2) kategori biasiswa yang ditawarkan oleh YTN.
- TNB Prime Scholarship
- TNB Shine Sponsorship
Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional (YTN)
Biasiswa YTN ini terbuka untuk semua pelajar warga negara Malaysia yang belajar peringkat ijazah di universiti awam tempatan (local universities) dan juga overseas.
Biasiswa dari agensi-agensi lain kerajaan dan juga swasta juga banyak terbuka setiap tahun.
Boleh baca maklumat lebih terperinci mengenai biasiswa ini di laman website rasmi YTN >> YTN Scholarship.
Permohonan boleh dihantar secara online di portal yang sama.
Syarat Biasiawa TNB
Yang menariknya di portal tersebut pelajar boleh semak terus sama ada anda ‘qualify’ atau tidak.
Anda boleh semak terus secara online untuk mengetahui sama ada anda memenuhi syarat biasiswa YTN atau tidak.
Maksudnya selepas semak dan anda tidak qualify tidak perlulah susah-susah menghantar permohonan anda kerana tapisan pertama ini penting. Boleh jimat masa dan tenaga.
Walau bagaimanapun syarat kelayakan ini tidaklah bergantung sepenuhnya kepada kelayakan akademik sahaja tetapi juga merangkumi aspek lain seperti kualiti kepimpinan, penglibatan aktif dalam bidang sukan dan kokurikulum.
UNITEN Scholarship
Biasiswa UNITEN ini pula ditawarkan oleh pihak UNITEN. Biasiswa dan pinjaman pendidikan juga dibuka untuk pelajar-pelajar di UNITEN.
Uniten adalah salah sebuah universiti yang terbaik di Malaysia ketika ini.
Setiap tahun ramai pelajar yang memohon memasuki UNITEN. Mungkin tahun ini anda salah satu daripada pelajar yang bertuah tersebut.
Pemohon digalakkan untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Tenaga Nasional (UNITEN). Untuk mendaftar baca di sini.
Untuk tawaran biasiswa dan pinjaman kali ini, permohonan boleh dibuat dari masa ianya dibuka sehingga tarikh tutup. Kalau lambat biasanya tidak akan dilayan lagi.
Semakan YTN Scholarship
Pemohon yang disenarai pendek (short-listed) mungkin akan dihubungi untu sesi temuduga biasiswa tersebut.
Jika anda ingin membuat semakan status permohonan anda boleh berhubung dengan pihak YTN Puan Wan Qobatiah Wan Johan Tel: 03-8924 7520, Encik Khairil Anuar Mohamad Tel: 03-8924 7531 & Encik Nur Syafiq Kamaruzan Tel: 03-8924 7539.
Jika anda dihubungi untuk sesi temuduga pastikan anda telah bersedia sepenuhnya.
Anda boleh baca sedikit tips berguna menghadapi interview biasiswa dari blog ini.
Selain biasiswa yang ditawarkan oleh pihak UNITEN, pelajar juga boleh memohon biasiswa dari agensi atau syarikat korporat yang lain untuk menaja pengajian anda di universiti tersebut.
Anda boleh melihat senarai biasiswa yang agak banyak di portal universiti berkenaan >> Student Financial Aids.
Alamat Perhubungan YTN
Jika anda perlukan apa-apa maklumat lebih lanjut dan terkini bolehlah berhubung terus dengan pihak YTN menggunakan maklumat perhubungan di bawah;
Yayasan Tenaga Nasional
Aras 1, Bangunan BB,
Universiti Tenaga Nasional,
KM 7, Jalan IKRAM-UNITEN
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan
General Line: 03-89247500
Fax: 03-89247501
Email: infoytn@tnb.com.my
Kepada yang memohon biasiswa ini kami ingin mengucapkan semoga berjaya. Jika biasiswa ini reziki anda, tentu ianya akan menjadi milik anda juga.
Janganlah malas atau ragu untu mencuba memohon peluang ini.
————————————
Jika berminat anda juga boleh cuba memohon mana-mana dari peluang biasiswa di bawah.
- Biasiswa Sime Darby
- Biasiswa Gamuda
- Biasiswa Petronas
- Biasiswa Shell