Cara Dapatkan Salinan Geran Kereta Anda Yang Hilang Atau Rosak

Cara dapatkan salinan geran kereta yang hilang atau rosak

Geran kereta boleh sahaja rosak akibat bencana alam seperti banjir ataupun hilang akibat kecuaian sendiri, jadi bukanlah perkara yang nak dihairankan lagi.

Walau bagaimana pun, salinan geran ini sangat penting dan diperlukan untuk sesuatu urusan contohnya apabila ingin membuat tuntutan insurans/takaful kemalangan.

READ: Cara Dapatkan Cukai Jalan Digital Melalui Online

Salinan geran kenderaan inilah yang akan diperlukan oleh syarikat insurans/takaful untuk memberikan hak tuntutan anda.

Bukan itu sahaja, nak renew roadtax kenderaan, nak buat pertukaran hak milik kenderaan pun memerlukan geran kenderaan. Jadi, geran kenderaan ini memang sangat penting!

Bagaimana kalau geran dah hilang atau rosak?

Jangan risau kerana anda masih boleh dapatkannya kembali. Ada beberapa kaedah yang anda boleh lakukan iaitu melalui bank, kaunter JPJ, dan mesin kiosk JPJ.

Untuk tahu langkah-langkah yang perlu anda lakukan, teruskan baca artikel ini.

Cara dapatkan salinan geran kereta daripada bank:

  1. Anda perlu pergi ke bank dimana anda membuat loan kenderaan anda.
  2. Maklumkan kepada pegawai bank yang bertugas bahawa anda ingin mendapatkan geran kereta.
  3. Dapatkan nombor giliran daripada petugas tersebut dan sehingga giliran anda dipanggil.
  4. Setelah tiba giliran anda, maklumkan pada pegawai di kaunter untuk dapatkan geran kereta anda.
  5. Berikan Kad Pengenalan anda kepada pegawai bank tersebut untuk semakan dan pengesahan.
  6. Setelah semakan dan pengesahan selesai dibuat, dalam beberapa minit sahaja anda akan mendapatkan salinan geran kenderaan anda daripada bank tersebut.

Cara dapatkan salinan geran kereta daripada kaunter JPJ:

Berdasarkan portal rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, pemilik berdaftar yang membuat permohonan perlu mengemukakan beberapa dokumen berikut:

  1. Satu borang senarai semak salinan geran
  2. Dua salinan Borang JPJ K7. Pastikan telah diisi lengkap.
  3. Bawa Kad Pengenalan diri asal untuk semakan.
  4. Sekiranya anda mempunyai tuntutan hak milik kurang dari 2 tahun (motosikal sahaja), pastikan bawa Surat Kebenaran dari institusi kewangan.
  5. Fi yang telah ditetapkan.

Cara dapatkan salinan geran kereta daripada kiosk JPJ:

  1. Masukkan kad pengenalan anda dengan posisi kad muka ke bawah pada mesin kiosk untuk pengesahan.
  2. Lakukan imbasan cap jari kanan sehingga bunyi beep.
  3. Beberapa menu akan terpapar pada skrin mesin, anda perlu tekan pada menu ‘Cetakan Salinan Sijil Pemilikan Kenderaan’.
  4. Untuk meneruskan proses cetakan, anda perlu memasukkan kad debit dan No. PIN untuk membuat pembayaran. Hanya pembayaran kredit/debit sahaja diterima, bayar cash tak boleh tau!
  5. Untuk geran kereta original, bayaran sebanyak RM50 akan dikenakan.
  6. Akhir Sekali, cetak resit untuk simpanan. Siap!

Untuk pengetahuan anda, mesin kiosk JPJ ini terdapat di 36 lokasi di dalam Malaysia. Dengan adanya mesin kiosk JPJ ini, anda tidak perlu lagi beratur dan menunggu lama untuk berurusan di kaunter JPJ.