19 Contoh Soalan Temuduga Biasiswa Yang Sering Ditanya Kepada Calon

Jika anda sedang mencari biasiswa atau ada memohon biasiswa, sudah tentu anda kena bersedia.

Kebanyakan tawaran basiswa akan ada sesi temuduga. Tujuannya ialah untuk menilai calon atau pemohon dari semua segi.

Antaranya yang akan dinilai ialah penampilan, kebolehan berkomunikasi dalam menyampaikan pendapat dan idea, pengurusan masa, minat calon, tahap pengetahuan, kematangan dan banyak lagi yang akan dinilai semasa temuduga.

Contoh soalan interview biasiswa

READPermohonan TVET Secara Online Kini Ikut Saluran Tunggal Tunggal

Sebab itu penting untuk anda bersedia kerana tanpa persediaan besar kemungkinan anda akan mengalami kesukaran semasa menghadapi sesi temuduga.

Perkara palin penting ialah menyediakan diri anda dengan maklumat dan jawapan kepada soalan yang mungkin akan ditanya.

Di sini kami ada senaraikan 20 soalan-soalan yang biasa ditanya semasa temuduga.

  1. Beritahu kami tentang diri anda?
  2. Apakah kekuatan atau kelebihan anda?
  3. Bagaimana mengambarkan diri anda dalam 3 perkataan?
  4. Apakah kelemahan anda, beritahu kami?
  5. Apakah pencapaian tertinggi anda?
  6. Apakah kesilapan yang pernah anda buat dan pengajaran darinya?
  7. Beritahu kami buku kegemaran anda dan mengapa?
  8. Semasa di sekolah apakah mata pelajaran kegemaran anda?
  9. Selain akademik, apakah kemahiran lain yang anda miliki?
  10. Siapa tokoh atau model peranan anda?
  11. Apa bidang pekerjaan impian anda?
  12. Bagaimana cara anda menguruskan tekanan?
  13. Selalunya dari mana atau bagaimana anda mendapatkan ilham?
  14. Adakah anda pernah atau selalu terlibat dengan aktiviti sekolah atau komuniti?
  15. Bagaimana anda menangani kritikan?
  16. Mengapa universiti atau kolej ini menjadi pilihan anda?
  17. Mengapa anda perlu menerima biasiswa ini?
  18. Jika anda dapat biasiswa ini bagaimana anda menggunakannya?
  19. Adakah anda ada apa-apa soalan untuk kami?

Sekarang bolehlah anda mula mencari-cari kaedah dan maklumat cara untuk menjawap soalan-soalan di atas.

Anda juga boleh baca artikel ini Tips Menghadapi Interview Biasiswa

Biasanya masa temuduga tidaklah begitu lama, pastikan anda menjawap dengan tepat dengan ayat yang tersusun dengan kemas dan teratur.

All the best!