Harga Tiket & Jadual Feri Kuala Kedah Ke Langkawi
Jadual feri Kuala Kedah ke Langkawi tahun ini dan harga tiket dari RM20.00 dan RM14.00 untuk kanak-kanak.
Mungkin ramai yang bercadang untuk melawat Langkawi. Selain menggunakan jalan udara, pengunjung juga boleh melawat Langkawi menggunakan jalan / laluan laut iaitu menggunakan feri.
Kebanyakan pelawat ke pulau peranginan tersebut menggunakan perkhidmatan feri dari jeti Kuala Kedah. Perjalanan penumpang feri biasanya meningkat sepanjang bulan puasa dan menjelang Hari Raya.
Anda boleh beli tiket FERI ke Langkawi secara online>> DI SINI
Pengunjung ke pulau lagenda tersebut ramai yang menggunakan jalan laut dari Pulau Pinang (Penang) dan juga melalui Kuala Perlis.
Untuk pengunjung yang tidak bawa kereta ke Langkawi, di sini kami akan kongsikan sedikit info mengenai jadual feri ke Langkawi melalui pintu masuk (gateway) di jeti Kuala Kedah.
Jika anda menaiki feri dari jeti Kuala Kedah atau Kuala Perlis anda boleh parking kereta di kawasan berhampiran jeti.
Ada banyak tempat letak kenderaan berbayar disediakan untuk kemudahan anda.
Kami ada tulis sedikit info mengenai parking kereta di jeti Kuala Kedah untuk membantu dan menjadi rujukan penumpang feri.
Jadual Feri Ke Langkawi
Jumlah feri yang memberi perkhidmatan pengangkutan penumpang dari Kuala Kedah ke Langkawi agak banyak dengan kekerapan yang agak tinggi setiap hari.
Jadual waktu perjalanan feri bermula seawal pukul 7 pagi hingga pukul 7 petang. Walau bagaimana pun para penumpang dinasihatkan menempah tiket awal secara online.
Cara beli tiket feri online ini ada kami kongsikan di sini.
Anda juga boleh layari laman website rasmi Langkawi Ferry Line untuk membeli tiket dan semakan jadual feri semasa.
Ini untuk mengelakkan anda kehabisan tiket atas sebab-sebab yang tidak dijangka seperti sepanjang bulan puasa, musim perayaan dan sebagainya.
Gambar di bawah adalah jadual feri Kuala Kedah ke Langkawi untuk rujukan anda.
Bergantung kepada situasi terkini, jadual ini boleh berubah dari masa ke semasa.
Harga Tiket Feri Ke Langkawi
Kadar bayaran / tambang tiket Kuala Kedah ke Langkawi terbahagi kepada 2 kategori iaitu kategori DEWASA dan KANAK-KANAK (CHILDREN).
- Dewasa (Adult) – RM20.00
- Kanak-Kanak (Children) – RM14.00
Kadar tambang feri ini boleh berubah dari masa ke semasa.
Jika ada apa-apa perubahan kami akan kemaskini di ruangan ini atau boleh juga baca info harga tiket feri Kuala Kedah ke Langkawi yang terkini.
Berapa Lama Naik Feri Ke Langkawi
Ramai nak tahu mengenai maklumat nie. Berapa lama masa yang diambil perjalanan menggunakan feri dari Jetty Kuala Kedah ke pulau lagenda tersebut?
masa perjalanan guna feri dari Kuala Perlis ke Langkawi mengambil masa selama lebih kurang 55 minit, manakala jika perjalanan dari Kuala Kedah pula mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit.
Naik feri dari jeti Kuala Kedah sedikit lebih jauh berbanding dengan Kuala Perlis ke pulau tersebut.
Maklumat Perhubungan
Untuk urusan pembelian tiket Kuala Kedah ke Langkawi atau lain-lain maklumat lanjut boleh berhubung terus dengan pihak pengusaha feri.
Jika anda perlukan info lanjut dan lebih terperinci anda boleh menghubungi services centre Langkawi Ferry Lines Venture Sdn. Bhd.
Sila gunakan mana-mana maklumat perhubungan di bawah:
Langkawi Counter
Kaunter Langkawi No.1, 6 & 7, Kompleks Jetty Point
07000 Langkawi, Kedah Darul Aman
Tel : 04-966 5889 / 04-9665131
Kuala Kedah Counter
Jeti Penumpang Kuala Kedah
06600 Kedah Darul Aman
Tel : 04-762 6295 / 04-762 6296
Terdapat banyak tempat menarik dan aktiviti (things to do) di Langkawi untuk dikunjungi dan dilakukan.
Antaranya yang paling popular untuk pengunjung ialah menaiki cable car (gondola) dan juga SkyBridge.
Jika anda berpeluang ke Langkawi pastikan anda mencuba kedua-dua tarikan pengunjung tersebut.
Jeti Kuala Kedah Google Reviews
Ramai yang tanya ‘Mana lebih best jeti Kuala Kedah atau Kuala Perlis?’ Agak susah juga nak buat perbandingan.
Jom tengok apa rating jeti Kuala Kedah di Google. Jika dilihat dari segi populariti dan jumlah penumpang jeti Kuala Perlis lebih menonjol.
Walau bagaimanapun jeti Kuala Kedah juga agak popular sebagai gateway atau pintu masuk ke pulau yang terkenal dengan jolokan ‘pulau lagenda’ tersebut.
Setakat ini Jeti Kuala Kedah mendapat rating sebanyak 3.4 dengan jumlah reviews sebanyak 118. Agak banyak juga.
Kalau nak baca Google Reviews yang dibuat oleh para penumpang feri yang pernah menggunakan perkhidmatan jeti ini boleh baca di sini.
Tarikan Pelancong Di Kedah
Jika selepas ke Langkawi dan anda masih ada masa, terdapat banyak tarikan pengunjung yang boleh anda kunjungi di negeri Kedah.
Sekurang-kurangnya 10 tempat menarik yang boleh anda kunjungi di Kedah. Kami kongsikan sedikit info di bawah untuk anda.
Di bawah kami kongsikan senarai 9 tarikan pengunjung di negeri Kedah untuk anda;
- Lembah Bujang
- Kuala Kedah Fort
- Gunung Jerai – Kedah Peak
- Alor Setar Heritage Trail
- Muzium Padi
- Gunung Keriang
- Tree Top Walk Sungai Sedim
- Kota Kuala Muda Tsunami Memorial
- Merdeka Bridge
Anda boleh dapatkan lebih banyak info di website rasmi Langkawi Manucipal Council jika hendak tahu lebih banyak mengenai tempat-tempat tersebut.
Di sana ada senarai lengkap termasuk peta yang boleh anda rujuk.
Selain semua tarikan yang ada di Langkawi, pengunjung juga boleh menaiki feri ke Koh Lipe Thailand, semua pulau peranginan di Thailand yang setanding dengan Maldives.
Langkawi adalah gateway ke pulau tersebut dari Malaysia.
Memang berbaloi untuk bercuti di Langkawi dan ianya pasti akan menjadi percutian yang sangat bermakna dan menarik untuk anda.