Pendaftaran Pengundi MySPR Sistem Login Online
Pendaftaran pengundi MySPR system login online untuk pendaftaran pemilih dan juga semakan status terkini. Tidak lama lagi mungkin akan berlaku PRU, dah bersedia untuk mengundi?
Pihak SPR telah menyediakan portal MySPR untuk membolehkan dan memudahkan rakyat Malaysia mendaftar sebagai pengundi secara online.
Melalui portal ini juga pengundi boleh melakukan perkara-perkara berikut seperti menukar alamat mengundi dan mengemaskini maklumat peribadi.
Untuk maklumat lebih terperinci layari semakan daftar pengundi online di sini.
Baca juga: Semakan MySalam Online
Jika anda sudah mendaftar dan ingin membuat semakan anda boleh melayari https://pengundi.spr.gov.my/
Untuk makluman anda kerajaan telah meminda Rang Undang-Undang Perlembagaan (pindaan 2019) yang mana umur boleh mengundi telah diturunkan dari 21 sebelum ini ke 18 tahun kini.
Dengan pindaan ini dijangka jumlah pengundi pada PRU15 adalah lebih 22 juta berbanding hanya 14.9 juta pada PRU14 yang lepas.
Jika anda berada dalam kategori umur tersebut dan belum mendaftar sebagai pengundi, ada baiknya anda berbuat demikian.
Mengundi adalah kewajipan dan kaedah menunaikan hak kita untuk memilih kerajaan.
Portal MySPR Daftar
Di atas adalah langkah-langkah untuk membuat pendaftaran sebagai pengundi/pemilih melalui laman portal MySPR online.
Untuk mendaftar anda hanya perlu ikut 3 langkah mudah seperti dalam ilustrasi bergambar di atas.
Pendaftaran pemilih online boleh dibuat di https://mysprdaftar.spr.gov.my/
Untuk menggunakan portal ini bagi tujuan mendaftar sebagai pemilih anda mestilah memenuhi kriteri seperti di bawah;
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan
- Tidak dihalang/hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuatkuasa
Selain itu untuk menjadi pengguna MySPR anda perlu sediakan info tambahan seperti di bawah;
- Nombor telefon bimbit yang sah
- Emel yang sah
- Gambar depan kad pengenalan
- Gambar swafoto bersama kad pengenalan
Untuk makluman anda permohonan yang dibuat dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari berkerja akan diproses pada hari yang sama.
Permohonan yang dibuat selepas 12.00 tengahari berkerja atau semasa cuti kelepasan am (public holiday) akan diproses pada hari berkerja berikutnya.
Perlu diambil perhatian bahawa pegawai SPR yang bertugas akan membuat semakan ke atas permohonan anda secara manual.
Jika disahkan benar, anda akan menerima email pengaktifan yang akan dihantar ke emai anda.
Pendaftaran Pengundi MySPR Online
Selepas anda telah menerima email seperti mana yang ditunjukan seperti gambar di atas anda kini bolehlah menggunakan portal MySPR untuk mendaftar sebagai pengundi.
Anda juga boleh menggunakan portal MySPR ini untuk membuat pertukaran alamat mengundi.
Semua fungsi ada berada di dalam portal tersebut.
Selepas semuanya selesai, anda bolehlah cetak Borang A yang telah dikemaskini untuk rujukan pada masa akan datang.
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut anda boleh menghubungi hotline SPR di talian 603-8892 7018 dalam waktu pejabat atau melalui sistem aduan di http://www.spr.gov.my/ms/aduan-pertanyaan.
Semoga sedikit informasi mengenai sistem online pendaftaran pengundi MySPR ini bermanfaat kepada anda.
Marilah bersama-sama tunaikan kewajiban dan hak kita sebagai rakyat Malaysia. Memilih kerajaan yang baik dan bertanggungjawap untuk kesejahteraan rakyat keseluruhan adalah tanggungjawap kita. Jangan salah pilih.