Penghantaran Bungkusan Guna Bas Di Easybook.com

Penghantaran bungkusan guna bas di Easybook.com. Selain menggunakan syarikat courier services seperti J&T Express, GDEX dan Poslaju, mungkin anda boleh cuba kaedah ini.

Tahukah anda bungkusan boleh dihantar ke destinasi pilihan menggunakan perkhidmatan bas?

Perkhidmatan Topbus dianggap lebih mudah, murah dan cepat.

Hantar Bungkusan Guna Topbus

Sebuah konsortium iaitu Topbus telah ditubuhkan untuk melaksananakan perkhidmatan penghantaran bungkusan ke seluruh semenanjung Malaysia.

Top bus ini dibina dengan kerjasama Easybook dengan lebih daripada 30 syarikat bas di Semenanjung Malaysia.

Terdapat tiga jenis perkhidmatan yang disediakan oleh Topbus.

Antaranya ialah penghantaran bungkusan dari terminal ke terminal, terminal ke pintu serta pintu ke pintu.

Kaunter Topbus

Berikut merupakan senarai kaunter kaunter Topbus yang dibina di Malaysia.

Jumlah kaunter ini dijangkan akan ditambah dari masa ke semasa pada masa akan datang jika sambutan menggalakkan dari para pengguna.

  • Kedah
  • Pulau Pinang
  • Perak
  • Kuala Lumpur
  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Johor

Pada ketika ini mungkin ramai yang masih belum sedar mengenai perkhidmatan dari Topbus ini kerana ianya baru sahaja dilancarkan di laman website easybook.com.

Kelebihan Perkhidmatan Topbus

Terdapat beberapa kelebihan menggunakan perkhidmatan Topbus untuk penghantaran bungkusan.

Antaranya ialah harga penghataran yang murah dan berpatutan, dengan harga RM 8 untuk 3 kg pertama bagi penghantaran ke seluruh Malaysia.

Selain itu, penghataran parsel atau bungkusan telah dilakukan antara negeri dengan cepat iaitu dalam masa separuh hari sahaja.

Di samping itu, bas ekspres digunakan untuk penghantaran dan Malaysia mempunyai rangkaian bas ekspres yang luas dan besar dengan lebih daripada 1000 buah bagi melakukan penghantaran antara negeri.

Kaedah Book Perkhidmatan Hantar Bungkusan (Parcel)

Para pengguna boleh melakukan pembayaran bagi servis penghataran bungkusan melalui dua kaedah iaitu secara atas talian dan manual di kaunter Topbus.

Bagi kaedah paling mudah melalui atas talian, para pengguna boleh menempah servis dan melakukan pembayaran melalui atas talian menggunakan pelbagai opsyen ditawarkan di laman web Easybook,com.

Antara opsyen pembayaran yang ditawarkan ialah perbankan online, kad kredit, kad debit dan Alipay.

Seterusnya, pengguna perlu menghantar bungkusan anda di terminal bas berdekatan.

Manakala, bagi pengguna yang ingin menggunakan kaedah manual, anda boleh melakukan pembayaran secara terus di kaunter ketika menghantar bungkusan di terminal bas.

Pastikan anda membalut dan membungkus bungkusan anda dengan kemas sebelum menghantar di terminal.

Setelah itu, bungkusan tersebut akan diproses untuk penghantaran dalam bas ekspres ke destinasi pilihan.

Setelah, bungkusan tersebut sampai ke destinasinya, Topbus akan menghubungi pemilik bungkusan melaui SMS untuk memungut di terminal bas.

Jadual Penghataran Parcel

Servis Topbus dibuka dari hari Isnin ke Sabtu dari pukul 9 pagi hingga 6 petang.

Perkhidmatan penghantaran bungkusan tidak dilaksanakan pada hari Ahad, serta ketika cuti umum.

Untuk penghantaran bungkusan yang memerlukan transisi, bukan penghantaram terus dari terminal ke terminal, mungkin boleh mengambil lebih daripada separuh hari untuk dihantar ke destinasi.

Harga Penghantaran

Berikut merupakan senarai harga bagi penghantaran bungkusan. Sila pastikan anda menyemak harga penghantaran dari semasa ke semasa di laman web Easybook.com .

Jumlah harga bungkusan akan ditetapkan berdasarkan berat asal ataupun berat volumetrik, mana-mana yang tinggi.

A. Terminal ke terminal

Harga 3kg pertama ialah RM 8, dan harga 1 kg seterusnya ialah RM 1.20.

B. Terminal ke pintu.

Harga 3kg pertama ialah RM 15, dan harga 1kg seterusnya ialah RM 2.30.

C. Pintu ke pintu

Harga 3 kg pertama ialah RM 21 dan harga 1kg seterusnya ialah RM 3.20.

Barangan Larangan

Terdapat beberapa barangan yang tidak boleh dihantar menggunakan perkhidmatan Topbus.

Antaranya ialah bahan letupan, barangan mudah terbakar, bahan radioaktif, senjata api, racun, bahan kimia yang mudah menghakis, telefon bimbit, alkohol dan barangan kemas.

Sila rujuk laman web Easybook.com untuk senarai lengkap barangan lain yang dilarang oleh Topbus.

Maklumat Perhubungan

Bagi sebarang pertanyaan, boleh dikemukakan di alamat email di bawah ini:
admin@topbus.express.

Harap sedikit informasi mengenai perkhidmatan (parcel delivery) penghantaran bungkusan guna bas yang disediakan oleh easybook dan Topbus ini bermanfaat. Harap ianya lebih baik dan murah.