Permohonan Academy in Industry MPC & Syarat Kelayakan

Berita baik! Jika anda lepasan SPM Academy in Industry boleh menjadi pilihan anda untuk mencari kerjaya masa depan.

Jangan lepaskan peluang ini. Baca cara memohon dan syarat kelayakan untuk memohon memasuki program Academy in Industry.

ACADEMY IN INDUSTRY (AiI) AiI merupakan inisiatif Inovasi melalui kerjasama antara Kerajaan, industri dan akademia bagi meningkatkan Produktiviti Negara

Permohonan Academy in Industry MPC

READ: Tawaran Biasiswa KLK

Perkara ini diumumkan kerajaan baru-baru ini untuk lepasan SPM yang mungkin beminat untuk belajar dan terus berkerja sebagai pekerja mahir.

Apa Kelebihan AiI?

Berikut adalah kelebihan program AiI untuk anda pertimbangkan. Jika anda adalah lepasan SPM, fikir dengan teliti sebelum membuat keputusan.

  • Pensijilan dalam 9-18 bulan
  • Peluang menyertai 200 syarikat besar
  • Sasaran 20,000 pekerja menjelang akhir 2023
  • Gaji bersih sekitar RM2.000

Maksudnya dalam tempoh 18 bulan sahaja anda akan diberikan Sijil Kemahiran Malaysia dan dalam masa yang sama turut berkerja.

Syarat Kelayakan Memohon Academy in Industry (AiI)

Berminat! Apa syarat kelayakan untuk menyertai program AiI ini? Sudah tentu ada syarat kelayakan.

Sila semak syarat kelayakan di bawah.

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berusia 18 hingga 40 tahun
  3. Mempunyai kemahiran menulis, membaca dan mengira (3M)
  4. Lulus ujian saringan AiI

Sila semak carta alir penyertaan AiI dalam ilustrasi di bawah.

Syarat kelayakan program AiI

Cara Memohon

Untuk memohon memasuki AiI anda boleh semak 5 langkah permohonan di bawah.

Langkah 1 : Daftar sebagai calon perantis AiI do https://aii.mpc.gov.my/user/register
Langkah 2 : Hadir temu duga (secara fizikal atau atas talian)
Langkah 3 : Ujian saringan AiI (kemahiran membaca, menulis, mengira)
Langkah 4 : Status penerimaan tawaran dari emel atau panggilan telefon
Langkah 5 : Terima sijil AiI & SKM setelah tamat bekerja

Anda juga boleh terus menghubungi pihak sekretariat AiI di MPC untuk maklumat terkini dan lebih terperinci.

Sekretariat
Puan Nor Idayuniza Rahmat
ayu@mpc.gov.my
012-9254820

Perbadanan Produktiviti Malaysia
Lorong Produktiviti, Jalan Sultan
46200 Petaling Jaya, Selangor
https://aii.mpc.gov.my/contact

Jangan tunggu lagi, ini adalah peluang terbaik untuk anda. Mohonlah hari ini, mana tahu program AiI ini adalah reziki yang sedang anda tunggu.