Program Bantuan Ambil Lesen Memandu Kelas B2 Percuma – MyLesen 2023

Berita baik untuk rakyat Malaysia khususnya golongan B40! Kerajaan Malaysia telah mengadakan Program MyLesen B2 sebagai salah satu insentif bantuan kewangan kepada rakyat.

Program ini dianjurkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia untuk membantu golongan B40 yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19 supaya boleh mendapatkan Lesen Memandu Malaysia Kelas B2 (Motosikal tidak melebihi 250 c.c) secara percuma!

READ: Program MyPSV – Lesen Kelas E dan Lesen PSV Percuma

Kerajaan mengaharapkan agar dengan adanya insentif ini, rakyat dapat meningkatkan taraf sosioekonomi dan pendapatan isi rumah melalui apa-apa bidang pekerjaan.

Rakyat tidak perlu membayar apa-apa kos ujian dan latihan kerana program ini ditanggung sepenuhnya oleh pihak kerajaan. Program ini hanya membenarkan pengambilan Lesen Memandu Malaysia Kelas B2 (Motosikal tidak melebihi 250 c.c) manakala kuota bagi program MyLesen B2 ini hanya terhad untuk 9,000 orang peserta yang layak sahaja.

Bantuan lesen memandu kelas B2 untuk B40

 Tarikh Buka dan Tutup Permohonan

Permohonan ini dibuka bermula 30 Mei 2023 sehingga kuota penyertaan 9,000 orang peserta telah dipenuhi.

Adakah penyertaan dibuka kepada orang ramai?

Tidak. Program ini hanya ditawarkan kepada penerima bantuan Kerajaan yang tertentu sahaja.

Mari kita lihat senarai bantuan Kerajaan tersebut.

  • eKasih
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
  • Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
  • Zakat
  • Baitulmal
  • Lembaga Hasil Dalam Negara (LHDN)

Adakah anda menerima salah satu daripada bantuan Kerajaan di atas? Jika ya, mari lihat syarat kelayakan lainnya pula.

Syarat Kelayakan:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 16 tahun ke atas
  • Penerima bantuan Kerjaan yang dinyatakan di atas.
  • Memiliki kesihatan tubuh dan mental yang baik
  • Tidak memilki sebarang Lesen Memandu
  • Tiada sebarang rekod senarai hitam JPJ, PDRM, dan Mahkamah
  • Tanggungan kepada penerima layak memohon.

Sekiranya anda dipilih sebagai peserta yang layak dan memenuhi segala syarat kelayakan, anda akan dihubungi melalui surat dan emel.

Cara Pendaftaran

Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan yang dikehendaki, maka anda bolehlah merujuk ke JPJ Negeri anda masing-masing bersama dokumen dan dapatkan borang penyertaan daripada pihak JPJ tersebut.

Jadi, jangan lepaskan peluang ini! Jika anda memerlukan maklumat yang lebih terperinci, anda boleh melayari laman website rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia, atau email mylesenb2@jpj.gov.my atau hubungi mereka di talian 03-88928714/03-8892 8693.

Semoga program bantuan kerajaan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat yang memerlukan. Ini sedikit sebanyak adalah kemudahan untuk meringankan beban kepada golongan B40.