Pos Motor Dari Sarawak Ke Semenanjung MASCargo
Pos motor dari Sarawak ke Semananjung Malaysia guna perkhidmatan MASCargo. Jika anda berkerja di Sabah atau Sarawak dan atas sebab tertentu anda perlu pos motor anda ke Semananjung, sedikit informasi umum mengenai topik ini mungkin bermanfaat untuk anda.
Sebelum ini kami ada menulis berberapa informasi berkaitan topik yang sama ini iaitu pos motor guna Pos Laju, bas express, KTM, GDex dan juga J&T Express.
Jika ada masa bolehlah baca, mungkin maklumat yang ada di sana berguna untuk anda.
Balik kepada topik ini, ramai yang email kami tanya cara paling murah untuk hantar motor mereka dari Sabah atau Sarawak balik ke Semenanjung.
Untuk kata tips hantar motor yang kami kongsikan ini adalah yang termurah tidak pasti juga, cuma ini adalah pengalaman sebenar dan mungkin boleh menjadi panduan
Sebelum ini ada juga buat sedikit research cara hantar motor dari Sarawak ke Semenanjung.
Macam-macam info sudah dibaca, yang paling popular ialah cadangan pos motor guna agen. Banyak shipping agent buat business ini.
Persoalannya ialah selain guna agen adakah boleh kita urus penghantaran itu sendiri tanpa guna khidmat agen?
Boleh. Anda boleh uruskan sendiri dan prosesnya tidaklah susah.
Cara paling mudah ialah hantar motor guna MASCargo. Kita sebagai pemilik / penghantar boleh uruskan sendiri kerana prosesnya sangatlah mudah.
Sebenarnya ringkas sahaja pun urusannya. Sesetengah orang lebih gemar guna perkhidmatan shipping agent kerana malas hendak urus sendiri.
So, macam mana caranya hantar motor guna MASKargo dari Sarawak ke Semenanjung? Di bawah adalah sedikit cara yang anda boleh buat.
Dokumen Yang Diperlukan
Jika hendak hantar motor ke Semananjung, dokumen yang diperlukan ialah seperti berikut.
- Dua (2) keping salinan Kad Pengenalan (IC)
- Dua (2) keping salinan Kad Motor (Scan / Photocopy / ambil gambar pakai smartphone (pastikan clear) No Engine / No Chasis)
Untuk penerima pula anda perlu sediakan maklumat / dokumen berikut
- Nama penerima
- No Kad Pengenalan penerima
- No h/p penerima
- Alamat penerima
Bawa semua dokumen dan maklumat tersebut ke MASCargo yang terdekat untuk proses penghantaran.
Staff MASCargo yang bertugas akan uruskan bagi anda termasuklah perkhidmatan teknikal seperti timbang berat motor, bungkus (balut) motor, buang minyak dan sebagainya.
Tentu sekali anda akan bayar caj teknikal handling dan juga harga pos motor mengikut berat motor.
Harga Pos Motor
Anggaran untuk hantar motor dari Sarawak ke Semananjung banyak bergantung kepada berat motor anda.
Jika lebih ringan, lebih murah. Untuk motor berkuasa tinggi atau besar sudah tentu lebih mahal kerana ianya agak berat berbanding motor seperti motor kapcai EX5.
Bayaran untuk teknikal handling pula lebih kurang RM76. Harga ini boleh berubah dari masa ke semasa.
Ramai tanya apa kelebihan guna MASCargo? Tentu sekali ianya lebih murah untuk motor kecil dan tempoh masa penghantaran juga cepat.
Anda tidak perlu menunggu berminggu-minggu untuk motor anda sampai ke Semenanjung.
Selain info yang ada di sini, satu blog yang disarankan anda baca untuk proses hantar motor guna MASCargo ialah blog http://ceriteraterindahku.blogspot.com/.
Pemilik blog tersebut ada menceritakan dengan terperinci pengalaman dirinya menghantar motor jenis NOUVO S dari Sarawak ke Johor.
Semoga sedikit informasi mengenai cara pos motor dari Sarawak ke Semenanjung ini dapat membantu anda sedikit sebanyak.
Nak post motosikal dari sarawak ke semenanjung
Silakan. Banyak shipping agent boleh tolong uruskan jika tidak mahu guna perkhidmatan MASCargo