Semak Syarat Kelayakan Kejuruteraan Mekatronik Yang Perlu Anda Penuhi!

Senarai syarat kelayakan kejuruteraan mekatronik

Anda pernah dengar tak tentang kejuruteraan mekatronik? Pasti anda biasa dengar kan tentang pekerjaan yang menggabungkan elemen-elemen mekanikal, elektronik, dan komputer untuk mengendalikan sistem automasi, robotik, dan peralatan elektronik yang kompleks.

Haa inilah dia kejuruteraan mekatronik! Ia adalah gabungan kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan elektrik, dan kejuruteraan komputer.

READ: Peluang Pekerjaan Diploma Kejuruteraan Elektrik Terokai Potensi Kerjaya Masa Depan Anda

Anda rasa berminat nak ambil pengajian dalam bidang ini? Tapi apa syarat kelayakan yang diperlukan? Untuk menjawab pertanyaan ini, jom teruskan membaca!

Program kejuruteraan mekatronik di Malaysia ada ditawarkan di pelbagai universiti dan institusi pengajian tinggi, jadi ia boleh sahaja menetapkan syarat kelayakan yang berbeza-berbeza mengikut tempat masing-masing.

Tetapi jika mengikut secara amnya, ada beberapa syarat kelayakan yang biasanya diperlukan.

Berikut adalah beberapa syarat kelayakan yang biasanya diperlukan:

1. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Di Malaysia, anda perlu sekurang-kurangnya lulusan SPM untuk menyambung pengajian.

Sijil SPM pula mestilah lulus ataupun sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran yang diperlukan seperti Matematik, Sains, dan Bahasa Inggeris.

2. Memiliki Kelayakan STPM atau Setaraf

Anda boleh menggunakan sijil STPM ataupun setaraf untuk mengambil program diploma dalam kejuruteraan mekatronik.

Biasanya, syarat sijil STPM anda mestilah sekurang-kurangnya Gred C+ dalam mata pelajaran Matematik, Fizik, dan Kimia.

3. Kelayakan Matrikulasi

Sekiranya anda mempunya kelayakan matrikulasi seperti Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia, anda boleh mengambil program dalam kejuruteraan mekatronik.

4. Diploma dalam Kejuruteraan

Anda mungkin telah menamatkan pengajian dalam diploma kejuruteraan yang berkaitan.

Dengan sijil diploma anda tersebut, anda boleh terus memohon di mana-mana universiti atau institusi pengajian tinggi untuk mengambil program ijazah sarjana muda dalam kejuruteraan mekatronik.

5. Kelayakan Antarabangsa

Pelajar antarabangsa pun boleh mengambil pengajian dalam bidang mekatronik di Malaysia.

Kelayakan yang diperlukan adalah seperti A-Level, International Baccalaureate (IB), atau setaraf.

Selain itu, ada beberapa ujian kemahiran berbahasa Inggeris yang mungkin anda perlu ambil seperti IELTS atau TOEFL.

6. Kelayakan Khas

Beberapa institusi pengajian tinggi mungkin memerlukan kelayakan tambahan atau ujian khas sebelum menerima kemasukan anda untuk menuntut pengajian di tempat mereka.

Antara ujian khas adalah ujian masuk kejuruteraan seperti MUET, menjalani temuduga, atau ujian penilaian kejuruteraan.

Demikianlah beberapa syarat kelayakan kejuruteraan mekatronik di Malaysia.

Jika anda berhasrat untuk menyambung pengajian kejuruteraan mekatronik di mana-mana institusi pengajian tinggi yang anda minati, penting untuk anda berhubung sendiri dengan mereka untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai syarat kelayakan dan proses permohonan.

Walau apa pun, bagi anda di luar sana yang berniat untuk menyambung pengajian dalam kejuruteraan mekatronik, semoga anda mendapat tempat pengajian terbaik anda dan selamat maju jaya!