Terminal Bas Temerloh: No Telefon & Hotel Berdekatan

Terminal Bas Temerloh merupakan stesen bas utama di Temerloh Pahang. Terminal ini menawarkan servis bas ekspres ke pelbagai destinasi di seluruh Semenanjung Malaysia. Terminal ini turut dikenali sebagai Terminal Utama Temerloh dalam kalangan penduduk tempatan di daerah tersebut. Terdapat pelbagai syarikat bas yang beroperasi dan menawakan servis bas ekspres untuk penduduk daerah.

Penumpang boleh book tiket bas secara online >> DI SINI

Dari segi lokasi, sememangnya stesen bas tersebut terletak di tempat yang strategik dan mudah ditemui serta berdekatan dengan banyak kemudahan untuk penumpang bas express.

Terminal Bas Express Temerloh

Terminal bas express ini terletak di tengah-tengah bandar Temerloh berdekatan dengan Lebuh Raya Karak. Terdapat sebuah pasar raya popular yang dikenali sebagai “ The Store” berdekatan dengan stesen bas ini.

Selain itu, terdapat sebuah stesen teksi yang menawarkan servis teksi di bangunan terminal. Stesen teksi ini dibina di bahagian hadapan manakala, terminal bas terletak di bahagian belakang bangunan yang sama.

Ini amat memudahkan pengguna stesen bas kerana semuanya ada berdekatan.

Terdapat pelbagai pilihan boleh digunakan oleh penduduk sekitar Temerloh untuk pergi ke stesen bas tersebut.

Antaranya ialah dengan menggunakan perkhidmatan teksi. Untuk pengetahuan anda, terdapat sebuah stesen teksi di bahagian hadapan bangunan terminal bas.

Selain perkhidmatan teksi, terdapat beberapa perkhidmatan bas dikendalikan bagi memudahkan penduduk tempatan pergi ke terminal utama Temerloh.

Biasanya, bas dalam perjalanan dari Kedah ke Kuantan serta bas yang pergi ke Kuala Lumpur akan melalui terminal ini.

Terdapat banyak bas express beroperasi dari stesen bas ini ke pelbagai destinasi di Semenanjung Malaysia.

Baca juga: Perkhidmatan Bas Express Kuala Lumpur ke Temerloh

Senarai Bas Ekspress

Terdapat banyak syarikat bas popular yang menawarkan perkhidmatan bas ekspres ke pelbagai destinasi di sekitar Semenanjung Malaysia dari terminal bas ini.

Operator bas ini bukan sahaja menawarkan tambang bas yang berpatutan, malah turut terkenal untuk perkhidmatan bas yang berkualiti dengan kemudahan dalam bas yang terkini.

Mungkin ada berberapa syarikat bas lagi yang tidak tersenarai. Kami akan kemaskini info dari masa ke semasa.

Destinasi Popular Bas Express Dari Temerloh

Berikut merupakan antara laluan perjalanan popular yang dikendalikan oleh operator bas dari stesen bas tersebut. Perkhidmatan bas ditawarkan ke destinasi- destinasi di bawah hampir setiap hari.

Kuala Lumpur

Antara syarikat bas yang mengendalikan servis bas bagi laluan perjalanan KL- Temerloh ialah LA Holidays, Maraliner dan Transnasional.

Bas pertama bagi syarikat LA Holidays dan Transnasional mula beroperasi dari pukul 9.00 pagi dan 10.45 pagi. Manakala, bas pertama bagi syarikat Maraliner mula beroperasi pada pukul 11.00 pagi.

Harga tiket bas yang ditawarkan bagi laluan ini ialah dari RM 12.00. Manakala, jumlah trip bas beroperasi bagi laluan perjalanan ini ialah sebanyak 16 trip.

Bahau

Syarikat Cepat Express, Jengka Liner dan Transnasional merupakan antara operator bas yang biasa menyediakan trip bas antara Bahau dan bandar Temerloh.

Bas pertama bagi syarikat Cepat Express, Jengka Liner dan Transnasional beroperasi dari terminal ini pada pukul 9.15 pagi, 10.00 pagi serta 10.30 pagi.

Sebanyak 6 trip ditawarkan bagi laluan perjalanan ini. Anggaran harga tiket bas ditawarkan bagi trip ini ialah dari RM 8.10.

Kuala Terengganu

Syarikat bas yang menawarkan servis bas ekspres dari Kuala Terengganu ke Temerloh ialah Jasa Pelangi Express, Jengka Liner dan Transnasional.

Bas pertama syarikat Jasa Pelangi Express dan Jengka Liner mula dikendalikan dari pukul 10.00 malam dan 9.30 malam. Manakala, bas pertama syarikat Transnasional akan beroperasi pada pukul 8.30 pagi.

Harga tiket bas ditawarkan bagi perjalanan Temerloh – Kuala Terengganu ialah dari RM 31.00. Hanya 5 trip bas disediakan bagi laluan Kuala Terengganu – Temerloh.

Shah Alam

Syarikat Jengka Liner dan LA Holidays mengendalikan servis bas ekspres dari Terminal Temerloh ke Shah Alam, Selangor.

Bas pertama bagi kedua- dua syarikat ini akan beroperasi pada pukul 9.30 pagi setiap hari. Tambang bas dikenakan bagi laluan ini ialah dari RM 16.70.

Manakala, hanya sebanyak 6 trip bas ditawarkan bagi laluan perjalanan ini.

Secara ringkasnya di bawah adalah jadual bas yang bertolak dari terminal ini ke berberapa destinasi popular di seluruh semenanjung Malaysia.

Jadual dan harga tiket bas express di Terminal Bas Temerloh Pahang

Anda boleh dapatkan maklumat lebih terperinci mengenai jadual bas dan harga tiket dari terminal ini ke semua destinasi melalui applikasi busonlineticket.com.

Kemudahan Untuk Penumpang

Sebagai sebuah stesen bas utama, pelbagai kemudahan serta fasiliti disediakan di stesen bas ini untuk memudahkan penumpang yang menggunakan terminal bas tersebut. Antaranya ialah tentu sekali kaunter tiket bas. Terdapat beberapa kaunter tiket bagi pelbagai syarikat dibangunkan di bangunan terminal. Penumpang boleh membeli tiket bas serta menyemak jadual perjalanan bas dan tambang bas di sini.

Anda juga boleh membeli tiket bas secara online melalui applikasi yang disediakan oleh EasyBook.com.

Selain itu, terminal ini turut mempunyai tempat rehat yang besar dan luas di depan barisan kaunter bas. Bilik rehat ini dibina untuk memuatkan penumpang yang ramai bersinggah di terminal.

Kemudahan asas seperti tandas dan tempat solat turut disediakan untuk keselesaan penumpang.

Di samping itu, terdapat gerai- gerai kecil yang menjual makanan serta minuman ringan di bangunan terminal. Penumpang turut boleh berkunjung di pasar raya, “The Store” dengan hanya berjalan kaki.

Hotel Berdekatan Terminal Bas

Mungkin ramai yang memerlukan penginapan atas pelbagai alasan. Berita baiknya, seperti di mana-mana stesen bas express terdapat hotel dan kemudahan penginapan untuk pengguna.

Berikut merupakan senarai hotel-hotel terdekat dengan stesen bas tersebut.

  • Hotel Seri Malaysia Temerloh – contact number 09- 296 5776
  • Merrinton Hotel Temerloh – contact number 09- 290 2333
  • Hotel Jelai Temerloh – contact number 09- 296 6626
  • Hotel Semantan – contact number 09- 290 2828
  • U Design Hotel – contact number 012- 697 1933

Selain hotel-hotel di atas, sebenarnya ada banyak lagi. Temerloh adalah bandar yang sibuk dan tumpuan pelancong kerana banyak tarikan atau produk pelancongan ditawarkan di daerah tersebut.

Boleh baca informasi di laman website rasmi Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) dan juga Tourism Temerloh. MPT ada melancarkan Applikasi Mobile Tourism di mana pengusaha produk pelancongan di daerah tersebut boleh mempromosikannya.

Semoga informasi mengenai Terminal Bas Temerloh ini bermanfaat. Marilah bersama kita memperkasa dan menyokong industri pengangkutan awam dan pelancongan tempatan di negara kita.