Harga Tiket Feri Ke Batam | Jadual Ferry Stulang Laut – Batam Center

Harga tiket feri ke Batam harga booking tiket dari jeti Stulang Laut (Berjaya Waterfront) ke Batam dari RM100.00.  Mungkin ramai yang sedang merancang untuk bercuti apa kata ke Batam pula kali ini.

Ada banyak sebab mengapa ramai yang berminat untuk bercuti ke Batam.

Penumpang boleh book tiket ferry secara online >> DI SINI

Harga Tiket Feri Ke Batam

Berikut adalah senarai harga tiket ferry dari Stulang Laut Johor ke Batam Center Indonesia.

  • One Way RM 100 (Adult), RM 70 (Child)
  • Two Way RM 160 (Adult), RM 100 (Child)

*Harga tiket diatas adalah tidak termasuk surcharge sebanyak RM23.

Harga tiket ferry dari Berjaya Waterfront Stulang Laut ke Batam

Selain ambil feri dari Stulang Laut ke Batam, pengunjung yang hendak melakukan perjalanan ke Batam boleh juga ambil feri dari terminal ferry Pasir Gudang.

Di bawah sedikit maklumat mengenai feri untuk ke destinasi ini;

  • Pasir Gudang Ferry Terminal ke Batam – dari RM85.00, Kanak-Kanak RM50 / Pax

Ramai pengunjung yang membuat booking tiket ke Batam melalui easybook.com dan juga BusOnlineTicket.com.

Anda boleh gunakan portal ini jika ingin membuat tempahan tiket lebih awal.

Antara feri operator yang menyediakan perkhidmatan dari Stulang Laut (Berjaya Waterfront) ke Batam Center ialah CITRA INDOMAS dan BISTARI GEMILANG.

Jadual Perjalanan Feri Stulang Laut – Batam

Berikut adalah jadual ferry ke Batam setiap hari.

A. Stulang Laut – Batam Center (Malaysia Time)

  • 7:15am, 9:30am, 10:45am, 12:00pm, 1:45pm, 2:45pm, 3:45pm, 5:15pm, 6:00pm

B. Batam Center – Stulang Laut (Indonesia Time)

  • 6:45am, 7:15am, 8:00am, 9:30am, 12:45pm, 10:15am, 11:45am, 5:00pm, 1:15pm, 2:00pm

Ini bermaksud anda tidak perlu risau untuk tidak mendapat tiket feri, pada hari-hari biasa tidak termasuk pada masa musim perayaan dan cuti umum.

Biasanya akan ada 5 trip ferry bertolak dari Berjaya Waterfront ke Batam setiap hari.

Di bawah adalah jadual perjalanan feri dari Stulang Laut Johor ke Batam.

Jadual perjalanan Feri dari Stulang Laut, Johor ke Batam

Masa perjalanan Jeti Stulang Laut – Batam akan mengambil masa 2 jam lebih.

Tempat duduk adalah FREE SEAT bermaksud siapa cepat dia dapat. Kalau mahu dapatkan tempat duduk yang lebih selesa dan boleh meninkmati pemandangan kena duduk tepi tingkap.

Makanan ada dijual di dalam feri, jika anda tidak sempat beli makanan sebelum masuk feri, jangan risau. Boleh beli semasa dalam perjalanan di feri tersebut.

Perkhidmatan money changer juga ada disediakan dalam feri mengikut rate (kadar) pertukaran semasa.

Ada 2 jam lebih dalam feri, cukup masa untuk urusan tersebut. Di Pulau Batam juga ada money changer, tidak perlu risau tentang hal tersebut. Ferinya agak laju jugalah.

Tarikan Pengunjung Di Batam

Pengunjung yang pergi ke Batam berpeluang untuk melakukan dan mengunjungi banyak aktiviti dan tarikan pelancong.

Sekurang-kurangnya 15 ‘must do’ di Batam yang boleh anda masukkan dalam senarai anda sepanjang berada di sana.

Di bawah adalah sedikit perkongsian senarai aktiviti dan tarikan pelancong yang berkunjung ke Batam;

  • Menikmati sukan air (Jet Skiing, Wakeboarding, Snorkeling dan bermacam lagi)
  • Malawat Maha Vihara Duta Maitreya Temple
  • Trip ke Pulau Penyengat
  • Menikmati makanan laut (seafood) dengan harga yang murah
  • Trip sepanjang Northern Coast
  • Santai do Pantai Nongsa
  • Melihat sunset di Jambatan Barelang
  • Relaxing dan massage. Massage di Batam lebih murah berbanding di Singapore atau Malaysia. Sesuai untuk relaxing dan merehatkan tubuh anda
  • Scuba Diving. Walaupun Batam bukanlah destinasi scuba diving yang terkenal tetapi aktiviti ini ada ditawarkan di sana dengan diving site yang menarik dan cantik.
  • Main golf kepada yang peminat sukan golf
  • Trip ke Pulau Bintan
  • Melawat kampung air di Tanjung Uma. Rumah-rumah penduduk didirikan di atas air
  • Mengunjungi Taman Ocarina (Ocarina Park)
  • Nightlife (Bar dan Kelab Malam). Jika anda pengemar nighlife, Batam boleh menjadi destinasi anda.
  • Membeli-belah di Nagoya Hill Shopping Mall. Ambil masa anda mencari barangan kegemaran anda dengan harga yang lebih murah di shopping mall tersebut.

Maklumat yang lebih banyak dan lengkap termasuk booking aktiviti dengan harga lebih murah mengenai ‘things to do’ di Batam boleh anda baca di website Klook.com.

Pengunjung yang akan ke Batam jika ingin melakukan semua aktiviti ini bolehlah peruntukkan berberapa hari.

Selain dari senarai di atas ada banyak lagi aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di sana.

Stulang Laut Ferry Terminal: Alamat & Nombor Telefon

Jika anda perlukan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan Terminal Feri Stulang Laut, Johor anda boleh hubungi mereka menggunakan maklumat perhubungan di bawah;

Berjaya Waterfront Sdn Bhd
88, Jalan Ibrahim Sultan,
80300 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim,
Telefon:
+607 221 8000
+607 221 9000
Website: https://berjayawaterfront.com.my/ferry-terminal/

Atau

No. 88, Jalan Ibrahim Sultan Stulang Laut,
Johor, 83000 Johor Bahru
Telefon: 07-221 1677

Info Berkaitan

Berapa harga tambang feri ke Batam dari Pasir Gudang?

Terdapat perkhidmatan feri bertolak dari Terminal Feri Pasir Gudang ke Batam. Sebanyak lebih kurang 6 trip setiap hari dengan harga tiket dari RM 55.00 sehala.

Trip pertama feri bertolak pada jam 8.00 pagi dan yang terakhir jam 6.30 petang.

Perjalanan feri mengambil masa lebih kurang 1 jam 40 minit dari Pasir Gudang ke Batam.

Jika anda dari Kuala Lumpur anda boleh menaiki bas expres ke Pasir Gudang untuk dapatkan feri ke destinasi ini.

Berapa harga tambang feri ke Batam dari Puteri Harbour?

Harga tiket feri dari Terminal Feri Puteri Harbour ke Batam ialah dari RM75.00 / pax.

Adakah disediakan perkhidmatan feri ke Batam dari Pengerang?

Penumpang boleh dapatkan feri dari Terminal Feri Tanjung Belungkor ke Batam Center. Harga tiket feri adalah sekitar RM 77.00.

Penumpang boleh naik teksi, kereta atau Grab ke Terminal Feri Tanjung Belungkor. Jangka masa naik kereta sekitar 40 minit dengan jarak 45.1 KM.

Adakah ferry services dari Port Klang ke Batam?

Tiada perkhidmatan feri dari Pork Klang ke Batam buat masa ini. Penumpang boleh baik bas express ke mana-mana terminal feri di Johor untuk ke Batam.

Adakah perkhidmatan ferry dari Melaka ke Batam?

Belum ada perkhidmatan feri untuk laluan dari Melaka ke Batam. Anda boleh dapatkan feri dari terminal feri Pasir Gudang, Puteri Harbour, Stulang Laut dan Tanjung Belungkor. Baca info untuk perkhidmatan bas express dari Melaka ke Johor

Semoga perkongsian info mengenai tiket feri ke Batam ini bermanfaat kepada anda. Bercuti dan melancong itu baik untuk rehatkan minda dan banyak pengalaman.