Bas Pasir Gudang Ke Temerloh Harga Tiket & Jadual Bas

Bas Pasir Gudang ke Temerloh Pahang harga tiket dari RM 33.00 sehala. Ketika ini bas express telah mula dibenarkan untuk kembali beroperasi. Tentu ramai yang akan ambil kesempatan balik kampung atau bercuti bersama keluarga. Temerloh adalah salah satu destinasi pelancongan yang menarik.

Jika anda hendak ke Temerloh anda boleh menaiki bas express dari Pasir Gudang. Ketika ini sekurang-kurangnya ada 2 syarikat bas yang menyediakan perkhidmatan untuk menghubungkan kedua-dua destinasi tersebut iaitu Jengka Liner dan Trans Malaya Express.

Penumpang boleh book tiket bas online >> DI SINI

Yang bestnya, anda kini tidak perlu bersesak-sesak di terminal bas untuk urusan beli tiket bas. Anda boleh beli tiket bas online.

Kami biasanya akan gunakan applikasi yang disediakan oleh easybook.com untuk tujuan booking tiket bas. Sebenarnya ada banyak lagi applikasi yang menyediakan perkhidmatan yang sama seperti busonlineticket.com dan redbus.my.

Terpulang kepada anda hendak pilih yang mana satu.

Bas Services Pasir Gudang Ke Temerloh

Macam yang sudah disebut tadi sekurang-kurangnya ada 2 syarikat bas yang beroperasi untuk laluan ini iaitu Trans Malaya Express dan Jengka Liner.

Trans Malaya Express biasanya akan beroperasi setiap hari Ahad, Khamis, Jumaat dan Sabtu. Harga tambang bas dari RM 35.00 sehala. Anda boleh book tiket melalui applikasi online easybook.com

Jengka Liner pula beroperasi beroperasi 2 kali sehari, 1 sebelah pagi dan 1 trip sebelah malamdari Isnin hingga Ahad. Tambang bas untuk Jengka Liner adalah lebih kurang RM 33.50 sehala. Penumpang boleh beli tiket secara online di applikasi busonlineticket.com.

Jarak perjalanan antara kedua-dua destinasi ini ialah 349 KM, agak jauh juga. Bergantung kepada situasi lalulintas semasa dan keadaan cuaca, perjalanan dari Pasir Gudang ke Temerlong mengambil masa lebih kurang 6 jam 40 minit.

Penumpang boleh semak jadual waktu terkini perjalanan bas menghubungkan kedua destinsi ini menggunakan applikasi online seperti easybook.com.

Tempat Menarik

Sebelum pergi selalunya kita check apa tempat-tempat menarik yang ada. Rugi jika destinasi tersebut tidak memilik apa-apa untuk pengunjung bukan. Temerloh dan Pasir Gudang kedua-duanya tidak kurang rebatnya.

Setiap hari beribu-ribu pengunjung datang ke destinasi ini untuk bercuti dan juga untuk tujuan-tujuan lain.

Untuk Temerloh anda boleh baca senarai tempat menarik di daerah tersebut di website rasmi Majlis Perbandaran Temerloh.

Begitu juga Pasir Gudang, anda boleh baca senarai dan informasi lengkap di laman website rasmi Majlis Daerah Pasir Gudang.

Di sana anda boleh jadikan rujukan dan panduan pelancong di daerah tersebut. Nampaknya pihak berkuasa tempatan sekaran ini sedang mengiatkan usaha memperkenalkan tarikan-tarikan pelancong di daerah masing masing.

Ini perkara yang baik dan patut kita sokong.

Harap sedikit informasi umum mengenai jadual dan harga tiket bas Pasir Gudang ke Temerloh ini bermanfaat kepada anda. Marilah kita bersama memperkasa dan menyokong pembangunan ekonomi pelancongan dalam negara kita.