Tiket Bas Ke Mersing Harga & Jadual Bas

Tiket bas ke Mersing dari Kuala Lumpur harga tiket dari RM 60.00 dan juga informasi jadual perjalanan bas express. Siapa tidak kenal Mersing sebuah daerah popular yang terletak di negeri Johor.

Memiliki banyak tempat menarik yang biasa menjadi hotspot pelancong. Antaranya ialah Pulau Aur, Pulau Sibu, Endau Rompin dan Tanjung Leman.

Penumpang boleh beli tiket bas secara online >> TIKET BAS ONLINE

Pelancong yang ingin melancong Pulau Tioman selain memandu kenderaan sendiri boleh juga menggunakan perkhidmatan bas ekspres untuk sampai ke Mersing sebelum pergi ke Jeti Mersing.

Jeti Mersing adalah salah satu “gateway” untuk pergi ke Pulau Tioman selain dari Jeti Tanjung Gemok.

Perkhidmatan bas dianggap lebih jimat, selamat serta kurang meletihkan berbanding dengan memandu kereta.

Terdapat beberapa buah syarikat yang menawarkan perkhidmatan bas ekspres ke Mersing dari pelbagai destinasi.

Antaranya ialah Transnasional, Cekap Express dan Maraliner. Penumpang bas dari pelbagai destinasi biasanya akan turun di Terminal Bas Mersing.

Jika anda ingin berkunjung ke Mersing boleh teruskan membaca informasi ini, mungkin ianya sedikit sebanyak dapat membantu merancang percutian anda.

Bas Express Ke Mersing

Selain pandu sendiri, cara terbaik untuk ke destinasi tersebut ialah menaiki bas express.

Banyak syarikat bas yang menyediakan perkhidmatan untuk laluan tersebut dan harga tambang dan jadual perjalanan bas juga berbeza.

Harga tambang biasanya bergantung pada jenis syarikat dipilih, kemudahan yang disediakan dalam bas serta musim-musim tertentu.

Tambang bas yang ditawarkan oleh sesetengah syarikat bas mungkin lebih murah berbanding syarikat lain.

Oleh itu, penumpang perlu bijak dalam memilih perkhidmatan bas syarikat yang sesuai serta perlu membandingkan harga ditawarkan.

Untuk mendapatkan maklumat mengenai harga tambang bas yang tepat, anda dinasihatkan agar selalu menyemak harga di portal menempah tiket dari masa ke masa.

Antara yang boleh anda gunakan ialah easybook.com dan busonlineticket.com

Berikut merupakan anggaran harga tiket bas ke Mersing dari pelbagai destinasi.

  • Terminal Bersepadu Selatan (TBS) – dari RM 32.00
  • Kuantan – dari RM 18.00
  • Kangar – dari RM 87.20
  • Dungun – dari RM 30.10
  • Seremban – dari RM 50.00
  • Shah Alam – dari RM 32.00
  • Kota Bahru – dari RM 53.10

Harga tambang bas ini boleh berubah dari masa ke semasa. Biasanya bila berlaku kenaikan harga minyak, banyak syarikat bas akan cuba menaikkan harga tambang.

Kerajaan kenalah tegas dalam kawalan harga tambang bas untuk orang ramai.

Jadual Bas

Banyak syarikat bas express ke destinasi tersebut menawarkan perkhidmatan bas untuk lebih daripada satu trip.

Oleh sebab itu, jadual perjalanan bas juga berlainan. Kebanyakan bas-bas ini beroperasi pada setiap hari.

Berikut merupakan jadual perjalanan bas ke Mersing dari pelbagai destinasi. Penumpang boleh memilih waktu perjalnan yang sesuai ketika melakukan proses penempahan tiket.

Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Ke Mersing

Antara syarikat yang menawarkan perkhidmatan bas bagi laluan TBS- Mersing ialah Cepat Express, Sanwa Express dan Maraliner.

Bas pertama dan bas terakhir bagi syarikat Cepat Ekspress bergerak pada pukul 3.30 pagi.

Boleh rujuk jadual bas express di bawah.

Jadual bas dari TBS ke Mersing Johor

Bas syarikat Sanwa Express pula trip paling awal pada pukul 5 pagi dan bas terakhir pada jam 11 .00 malam.

Manakala, bas pertama dan terakhir syarikat Maraliner hanya akan beroperasi pada pukul 8 malam.

Tempoh perjalanan dalam bas ke laluan TBS- Mersing ialah dalam 4 jam 30 minit bergantung pada keadaan trafik.

Sesetengah bas akan berhenti pada beberapa pusat R& R sekiranya ada penumpang yang hendak pergi ke tandas.

Kuantan Ke Mersing

Syarikat Transnasional, Maraliner dan TransMalaya Ekspres mengendalikan perkhidmatan bas bagi laluan ini.

Bas pertama dan terakhir bagi syarikat Transnasional bergerak pada pukul 8 pagi dan 10.30 malam.

Maraliner pula menawarkan bas dari pukul 1 pagi hingga 2 petang.

Manakala, TransMalaya Ekspres mengenadalikan bas ke laluan Kuantan- Mersing dari pukul 8.30 pagi hingga 11.30 malam.

Purata tempoh perjalanan diambil untuk sampai ke Mersing dari Kuantan ialah dalam 3 jam.

Kangar Ke Mersing

Syarikat Cepat & Cekap Express menawarkan perkhidmatan bas ke laluan Kangar – Mersing. Perkhidmatan bas hanya akan ditawarkan pada pukul 7 malam setiap hari.

Tempoh masa perjalanan diambil untuk sampai ke Mersing ialah dalam masa 10 jam.

Dungun Ke Mersing

Antara syarikat popular yang menawarkan perkhidmatan bas ke laluan Dungun- Mersing ialah Transnasional, Cepat Express, Maraliner dan Ekspres Mutiara.

Syarikat Cepat Express hanya menawarkan perkhidmatan bas pada pukul 12.30 malam manakala bas syarikat Ekspres Mutiara beroperasi pada pukul 10.30 setiap malam.

Selain itu, bas syarikat Transnasional beroperasi dari 10.15 pagi hingga 10.15 malam.

Maraliner pula menawarkan servis bas pertama dan terakhir pada pukul 10.45 pagi dan 10.45 malam.

Masa perjalanan diambil untuk laluan Dungun- Mersing ialah dalam 4 jam 30 minit.

Seremban Ke Mersing

Syarikat Sanwa Express dan Maraliner mengendalikan perkhidmatan bas ke laluan perjalanan Seremban- Mersing.

Bas pertama dan terakhir disediakan oleh syarikat Sanwa Express ialah pada pukul 6 pagi dan 11.59 malam.

Selain itu, bas syarikat Marliner beroperasi hanya pada pukul 9 malam setiap hari.

Jumlah masa perjalanan diambil untuk sampai ke destinasi ialah dalam 4 jam lebih.

Shah Alam Ke Mersing

Syarikat Sanwa Express menyediakan perkhidmatan bas bagi laluan Shah Alam- Mersing.

Bas pertama dan terakhir beroperasi pada pukul 10.30 pagi dan 9.30 malam. Masa perjalanan diambil dari Shah Alam ke Mersing ialah 4 jam 30 minit.

Kota Bahru Ke Mersing

Antara syarikat bas yang mengendalikan perkhidmatan bas ekpres ke laluan ini ialah Cepat Express, Perdana Express, Express Mutira dan Transnasional.

Bas pertama dan terakhir ditawarkan oleh syarikat Cepat Express ialah pada pukul 8 malam manakala bagi syarikat Perdana Express, bas hanya beroperasi pada pukul 8.30 malam.

Bas syarikat Ekspres Mutiara beroperasi dari pukul 8.15 malam hingga 8.45 malam sahaja.

Transnasional pula menawarkan bas dari pukul 8.30 pagi hingga 8.30 malam setiap hari.

Jumlah masa diambil untuk sampai ke destinasi pilihan ialah dalam anggaran 7 ke 9 jam.

Cara Book Tiket Bas

Penempahan tiket bas boleh dilakukan dengan mudah di portal menempah tiket seperti EasyBook.com, redBus.my serta CatchThatBus.com.

Kami selalu gunakan applikasi EasyBook.com kerana sudah serasi dan lama menggunakan applikasi tersebut.

Apa pun terpulang kepada diri masing-masing applikasi mana yang anda prefer guna untuk tempahan tiket bas.

Laman web berikut bukan sahaja memudahkan proses membeli tiket malah turut membantu penumpang untuk merancang perjalanan menggunakan servis bas ekspres.

Yang paling menarik, penumpang boleh memperoleh harga tiket murah melalui diskaun serta pakej promosi yang ditawarkan sekiranya menempah tiket menggunakan laman web ini.

Sesetengah portal menempah tiket seperti CatchThatBus sudah mempunyai aplikasi sendiri dan oleh itu, penumpang boleh mengakses aplikasi ini dengan mudah pada bila- bila masa.

Disebabkan segalanya ada di hujung jari, penumpang tidak perlu lagi membazir tenaga dan masa beratur di kaunter bas untuk membeli tiket.

Untuk informasi lengkap mengenai pelancongan di daerah tersebut layari website rasmi Majlis Daerah Mersing.

Di sana ada disenaraikan berserta maklumat lengkap mengenai tempat-tempat menarik yang ada di daerah tersebut.

Harap info mengenai jadual dan harga tiket bas ke Mersing ini bermanfaat kepada anda. Marilah bersama memperkasa dan menyokong industri pelancongan domestik dan pengangkutan awam di negara kita.