Tiket Bas SP Bumi Online: Harga & Jadual Bas
Tiket bas SP Bumi informasi senarai harga tiket dan jadual bas online ke semua destinasi di Semenanjung Malaysia. Ramai tentu pernah dengar dan guna service bas ekspress SP Bumi.
Ada sesiapa pernah menggunakan atau menaiki bas express S.P Bumi?
Jika anda selalu melakukan perjalanan terutama ke mana-mana destinasi di Pantai Timur besar kemungkinan anda pernah naik bas S.P Bumi Express.
Penumpang boleh book tiket bas secara online >> DI SINI
Bas ini agak popular terutama untuk perjalanan ke destinasi di pantai timur Semenanjung Malaysia seperti Kota Bharu, Kuala Terengganu dan Kuantan.
Proses pembelian tiket ke mana-mana destinasi di seluruh negara kini semakin mudah dan pantas.
Yang baiknya penumpang ingin menggunakan perkhidmatan bas SP Bumi kini mempunyai pilihan iaitu beli tiket bas melalui applikasi online yang disediakan oleh syarikat bas express SP Bumi atau beli terus dari kaunter tiket yang terdekat dengan anda.
Selain itu banyak juga portal tempat beli tiket bas online yang lebih bagus seperti redbus.my dan easybook.com.
Portal-portal ini menyediakan informasi lengkap berkenaan pilihan harga tambang dan jadual perjalanan bas yang lebih banyak untuk anda.
Ada masa-masa tertentu akan berlaku pergerakan orang ramai secara besar-besaran seperti musim cuti sekolah dan musim raya.
Pada musim perayaan dan cuti panjang, ada baiknya tiket bas dibeli lebih awal untuk mengelak kehabisan tiket.
Untuk beli tiket bas secara online, anda perlukan email yang masih aktif kerana maklumat tiket anda akan dihantar ke email anda nanti.
Jika anda belum mempunyai email anda boleh register email baru di sini.
Check Trip & Harga Tiket Bas SP Bumi Online
Tidak perlu risau untuk dapatkan jadual perjalanan bas ke mana-mana destinasi.
Sekarang ini semua maklumat boleh diperolehi dengan mudah dan pantas.
Kalau hendak check trip bas SP Bumi Express mengenai info seperti jadual bas bertolak dan harga tiket semua boleh dilakukan melalui applikasi online.
Untuk beli tiket bas kami selalu menggunakan applikasi online paling popular di Malaysia yang dibangunkan oleh EasyBook.com. Ianya mudah dan setakat ini tiada masalah.
SP Bumi Express ada menyediakan applikasi online untuk tujuan tersebut. Boleh sahaja terus layari laman website rasmi SP Bumi untuk tujuan tersebut.
Kelemahan sistem tersebut ialah, result carian anda terhad untuk perjalanan bas S.P Bumi sahaja. Bas lain dia tidak tujukkan.
Book tiket bas melalui applikasi online ini semakin popular sekarang ini. Boleh mejimatkan masa, wang dan tenaga anda.
Jika perlukan lebih banyak maklumat dan pilihan boleh sahaja check jadual perjalanan bas-bas express yang lain diportal yang popular seperti easybook.com.
Website tersebut ada menyediakan applikasi di mana anda boleh check trip, harga tiket dan dan semua jadual perjalanan bas ke destinasi pilihan anda dalam satu paparan sahaja.
Untuk book tiket bas, kami biasanya lebih memilih portal Easybook.com kerana ianya memberi lebih banyak pilihan untuk penumpang.
Walau bagaimanapun terpulang kepada diri masing-masing hendak guna applikasi yang mana satu, mungkin pengalaman tempah tiket bas berbeza-beza.
No Telefon Kaunter Tiket Bas
Jika anda tidak tahu atau kurang selesa menggunakan applikasi book tiket online, anda juga boleh membeli tiket bas S.P Bumi Express terus dengan kaunter tiket yang terdekat dengan anda.
Nama penuh syarikat bas ini ialah Syarikat Pengangkutan Bumi Pantai Timur Sdn Bhd atau lebih popular dengan nama S.P Bumi yang berpengkalan di Kuala Terengganu.
Jangan bimbang kerana syarikat bas express SP Bumi memiliki kaunter tiket di banyak lokasi di seluruh Semenanjung Malaysia seperti di bawah.
Semak senarai atau lokasi kaunter tiket S.P Bumi yang terdekat dengan anda.
Ketika ini lebih kurang 24 kaunter tiket milik syarikat tersebut. Sila rujuk senarai Kaunter Tiket S.P Bumi Express berikut:
- Alor Setar – 04 – 733 4221
- Butterworth – 04 – 333 3689
- Johor Bahru (Larkin) – 012 – 996 6031
- Jerteh – 09 – 697 1431
- Jitra – 012 – 456 2881 / 012 – 456 2681
- Kuala Terengganu – 09 – 623 7789 / 09 – 625 1144
- Kulim – 013 – 483 2383
- Sungai Nibong – 04 – 658 4589
- Sungai Petani – 04 – 421 3494
- Permaisuri – 09 – 609 0268
- Kota Bahru – 09 – 743 5666
- Dungun – 09 – 845 4023
- Kemaman – 09 – 859 3789 / 09 – 868 7499
- Shah Alam / Klang – 019- 273 2245
- Batu Pahat – 013 – 7200246
- Lumut – 05 – 6836052
- Parit Buntar – 017 – 401 2789
- Taiping – 05 – 891 6691 / 05 – 847 5055
- Seremban – 012 – 394 6855
- Ipoh (Terminal Amanjaya) – 017 – 437 9903
- Pasir Gudang – 013- 778 8447
- Hentian Putra – 03 – 4040 0262
- Kajang – 03 – 9736 9789
- Melaka Sentral – 016 – 680 4956
Maklumat Perhubungan & Lokasi Pejabat SP Bumi
Ada apa-apa perkara yang menyebabkan anda perlu berhubung dengan syarikat bas tersebut?
Pejabat perhubungan rasmi S.P Bumi terletak di Kuala Terengganu.
Boleh gunakan maklumat di bawah untuk berhubung dengan pihak syarikat bas.
Lokasi di bawah adalah seperti mana yang ada di Google Maps.
Syarikat Pengangkutan Bumi Pantai Timur Sdn. Bhd.
Hentian Bas MPKT,
Jalan Masjid Abidin,
20100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Telefon: 09-623 7789
Apa Kata Para Penumpang S.P Bumi
Yang bestnya sekarang ini kita boleh melihat costumer ratings mengenai semua perkara di Google reviews.
S.P Bumi juga tida dapat lari dari menerima reviews / testimoni pelanggan-pelanggan yang pernah menggunakan perkhidmatan mereka.
Pada ketika info ini ditulis, S.P Bumi menerima rating 2.3 bintang sahaja dengan 8 maklum balas pelanggan.
Kita percaya ini bukanlah mewakili pendapat majoriti yang pernah menggunakan perkhidmatan SP Bumi Express. Pastinya banyak juga pelanggan yang berpuas hati.
Ada kawan-kawan yang selalu guna syarikat bas express ini dan mereka agak berpuas hati. Apapun sama-sama kita menilai.
Yang bestnya, ada begitu banyak syarikat bas express lain yang boleh menjadi pilihan anda jika anda kurang berpuas hati.
Apapun baik juga ada costumer reviews untuk membolehkan syarikat pengurusan bas express tersebut mengenal pasti kelemahan dan memperbaikinya untuk keselesaan dan kelangsungan perniagaan pada masa akan datang.
Semoga infomasi umum mengenai tiket bas SP Bumi online ini bermanfaat kepada anda. Mari kita bersama-sama sokong industri pelancongan dan pengangkutan awam dalam negara kita.