Bas Ke Johor Bahru Dari Kota Bharu Harga Tiket

Bas ke Johor Bahru dari Kota Bharu Kelantan harga tiket dari RM 65.00 dan juga informasi jadual bas untuk menghubungkan kedua-dua destinasi tersebut. Perjalanan menggunakan perkhidmatan bas sering menjadi pilihan orang ramai disebabkan ia selamat, lebih murah serta kurang memenatkan.

Oleh itu, ramai penumpang lebih gemar menggunakan bas ekspres untuk pergi ke Johor Bahru, Johor dari Kota Bharu, Kelantan.

Penumpang boleh beli tiket bas secara online >> DI SINI

Johor Bahru terkenal untuk pelbagai tempat menarik seperti Taman Tema Air Desaru Coast Adventureland, Legoland dan Danga Bay.

Johor merupakan ‘gateway’ ke Singapore. Setiap hari berpuluh ribu rakyat antara kedua negara ini merentasi sempadan untuk pelbagai tujuan.

Johor juga adalah sebuah negeri industri yang menawarkan banyak peluang pekerjaan. Ianya menjadi tumpuan berhijrah rakyat negara ini kerana faktor ekonomi.

Tidaklah menghairankan banyak syarikat bas express menawarkan perkhidmatan bas express untuk laluan (route) ini.

Semua bas yang beroperasi dari Kota Bharu akan mengambil penumpang di Terminal Bas Kota Bahru dan akan sampai ke Terminal Bas Larkin, Johor Bahru.

Penumpang boleh menggunakan perkhidmatan seperti bas tempatan (Johor Bahru boarder bus), Grab dan teksi untuk pergi ke destinasi seterusnya dari Terminal Bas Larkin.

Senarai Bas Ke Johor Bahru

Senarai bas express dari Kota Bharu ke Johor Bahru

Beberapa syarikat bas terkenal mengendalikan perkhidmatan bas ekspres bagi perjalanan dari Kota Bharu ke Johor Bahru.

Berikut merupakan senarai operator bas terkenal yang menyediakan servis bas ekspres bagi perjalanan ini.

Sudah pasti mungkin ada banyak syarikat bas express yang menyediakan perkhidmatan antara kedua destinasi tersebut. Kami akan kemaskini senarai ini dari masa ke semasa.

Harga Tiket Bas

Harga tambang bas yang dicaj bagi laluan perjalanan ini ialah antara RM 64.90 hingga RM 70.00 bergantung pada syarikat bas dipilih.

Berikut merupakan senarai harga tiket bas bagi perjalanan Kota Bharu – Johor Bahru bagi setiap operator bas.

Sebenarnya harga terkini dan jadual bas disemak di banyak portal online yang menawarkan perkhidmatan pembelian tiket bas secara online.

Antara yang amat popular di Malaysia ialah web easybook.com dan busonlineticket.com.

  • Adik Beradik Express – dari RM 65.00
  • Asia Express – dari RM 65.00
  • Cepat Express – dari RM 66.00
  • KKKL Sdn Bhd – dari RM 70.00
  • Konsortium E-Mutiara – dari RM 64.90
  • Perdana Express – dari RM 65

Jadual Bas

Purata masa diambil untuk sampai ke Johor Bahru dari Kota Bharu menaiki bas ekspres ialah dalam 11 jam 50 minit. Jumlah masa perjalanan sebenarnya bergantung pada keadaan trafik dan cuaca.

Misalnya, bas akan bergerak lebih lambat ketika masa trafik dan cuaca hujan. Untuk pengetahuan anda, keadaan trafik menjadi semakin teruk ketika musim cuti.

Hal ini boleh menyebabkan jumlah masa perjalanan diambil untuk sampai ke destinasi menjadi lebih lama.

Jarak perjalanan antara destinasi tersebut ialah lebih kurang 694 km dan sebanyak 9 trip bas disediakan untuk penumpang setiap hari.

Berikut merupakan masa bas pertama dan bas terkahir beroperasi bagi setiap syarikat bas dari Johor Bahru.

  • Adik Beradik Express – 8.00 pm / 8.45 pm
  • Asia Express – 8.30 pm
  • Cepat Express – 8.00 pm / 8.30 pm
  • KKKL Sdn Bhd – 8.00 pm / 8.30 pm
  • Konsortium E- Mutiara – 8.00 pm / 8.45 pm
  • Perdana Express- 8.30 pm

Cara Beli Tiket Bas

Tiket bas boleh dibeli secara manual di Terminal Bas Kota Bahru. Terdapat barisan kaunter-kaunter tiket pelbagai syarikat di bangunan terminal ini.

Selain itu, penumpang turut boleh menempah tiket di portal penempahan tiket secara online. Untuk maklumat anda, bas ekspres ditawarkan bagi laluan perjalanan dari Kota Bahru ke Johor Bahru agak terhad.

Oleh sebab itu, penumpang dinasihatkan untuk menempah tiket terlebih dahulu untuk menjamin tiket bas. Antara portal atau website yang boleh digunakan untuk beli tiket bas secara online ialah easybook.com.

Antara kebaikan menempah tiket bas atas talian ialah dapat menjamin tiket bas, proses mudah, menjimatkan masa penumpang serta penumpang berpeluang untuk merancang perjalanan bas.

Hotel- hotel terdekat dengan Terminal Bas Larkin Johor Bahru

1. OYO 89750 Debunga Boutique Hotel
• Alamat: No 30, 32, Jalan Dataran Larkin 2, Larkin Jaya, 16150 Johor Bahru, Johor
• Nombor telefon: 010-401 1393

2. Hotel Seri Malaysia Johor Bahru
• Alamat: LOT PTB 17648, Jalan Langkasuka, Larkin, 80350 Johor Bahru, Johor
• Nombor telefon: 07-221 1002

3. Double K Hostel Johor Bahru
• Alamat: 31, 1, Jalan Dataran 1, Larkin, 80350 Johor Bahru, Johor
• Nombor telefon: 07-232 8299

4. Olive hotel
• Alamat: Taman Dataran Larkin, 19-21, Jalan Dataran 2, Larkin Jaya, 80350 Larkin, Johor
• Nombor telefon: 07-234 1960

5. Ghazrin’s Classic
• Alamat: Taman Dataran Larkin JDT, 3, Jalan Dataran Larkin 3, 80350 Johor Bahru, Johor
• Nombor telefon: 018-952 4009

Jika anda mengunjungi Johor Bahru dan perlukan maklumat tempat-tempat menarik di sekitar kawasan tersebut anda boleh membaca senarai bersama informasi lengkap di website rasmi Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

Semoga sedikit informasi mengenai bas ke Johor Bahru dari Kota Bharu Kelantan ini bermanfaat kepada anda. Marilah bersama sokong industri pelancongan domestik dan pengangkutan awam negara kita.